Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 Februari 2019

'Terfitnah' Tommy Thomas Anti-Islam, Penyokong PAS Buat Permohonan Maaf Terbuka.

SOSMED | Enam minit menyebarkan gambar fitnah sudah cukup membuatkan seseorang disiasat oleh polis. Begitulah yang terjadi ke atas Mohd Shahrizan selepas terkantoi menyebarkan fitnah ke atas Peguam Negara, Tommy Thomas yang didakwanya telah mengeluarkan kenyataan penghina Nabi dan Islam bukan jenayah di Malaysia. 





Awal pagi tadi seorang penyokong PAS yang dikenali dengan nama Mohd Shahrizan telah menyebarkan gambar yang mengatakan,"Peguam Negara dah bersuara. Penghina Nabi dan Islam bukan penjenayah, mereka berhak lontarkan pandangan (Tommy Thomas)".


Gambar itu diiringi dengan kapsyen yang berbunyi,"Terketap bibir bila membaca kenyataan ini!!! Melampau dan kurang ajar," katanya dalam kenyataan itu.



Gambar yang sama turut tular di platform seperti WhatsApp dan sekaligus menghadirkan kecaman ke atas Tommy Thomas dan Pakatan Harapan.



Tommy Thomas kemudiannya membuat laporan polis bagi membersihkan fitnah ke atas dirinya. Untuk rekod, dakwaan dan sebaran Mohd Shahrizan itu adalah palsu dan tidak berasas.



Berikut adalah permohonan maafnya kepada Tommy Thomas.

PERMOHONAN MAAF TERBUKA ATAS KENYATAAN BERTARIKH 27 FEBRUARI 2019 MELALUI LAMAN SOSIAL FACEBOOK.

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Saya, adalah pemilik akaun “Mohd Shahrizan” dan melalui satu kenyataan yang dimuat naik oleh saya pada 27 Februari 2019 dengan ini memohon maaf secara terbuka dan menyesali kenyataan yang didakwa dibuat oleh Peguam Negara dan berbunyi sebagaimana berikut, “Penghina Nabi dan Islam bukan penjenayah, mereka berhak lontarkan pandangan”

3. Saya telah difahamkan bahawa kenyataan yang telah tular tersebut adalah tidak benar sama sekali dan kenyataan tersebut juga merupakan satu kenyataan berunsur fitnah kepada Peguam Negara yang boleh menjejaskan reputasi dan nama baik pihak Peguam Negara sendiri. Saya sedar bahawa saya sepatutnya mengambil langkah berhati-hati dalam memastikan segala maklumat adalah adalah tepat dan benar sebelum memuat naik kenyataan tersebut bagi mengelakkan sebarang fitnah atau sebarang isu berbangkit yang lain.

4. Saya mengakui bahawa saya tidak dapat mengawal kemarahan dan sangat beremosi semasa memuat naik kenyataan tersebut rentetan daripada hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna laman sosial Facebook yang menggunakan akaun dengan nama Foo Sing Wai yang dituduh di Mahkamah pada hari ini di atas kesalahan menghina Nabi Muhammad S.A.W dan Sayyidatina AIsyah R.A.

5. Saya berharap agar pihak Tuan berlapang dada untuk memaafkan kesalahan saya. Saya juga telah insaf dan berjanji untuk tidak akan mengulangi kesalahan ini lagi. Saya juga telah memadam kenyataan tersebut setelah 6 minit ianya dimuat naik dengan segera setelah menyedari kesahihannya. Saya memohon supaya tiada sebarang tindakan lanjut akan dikenakan ke atas saya selepas permohonan maaf ini dikeluarkan.

Sekian Terima Kasih. - 27 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...