Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 26 Februari 2019

KPM Nafi Ada Kaitan Dengan Beribu-Beribu Pengawal Keselamatan Hilang Kerja.

LAPORAN | Utusan melaporkan 12,000 pengawal keselamatan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia akan kehilangan pekerjaan disebabkan terma kontrak dua syif ditukarkan menjadi tiga syif.

Memetik laporan Utusan, Presiden Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM), Datuk Seri Mustapa Ali mendakwa, terma kontrak baru telah menyebabkan 12,000 pengawal keselamatan sekolah ditamatkan perkhidmatan selain tidak disambung kontrak oleh Kementerian Pendidikan.

“Dalam format dua syif yang terbahagi kepada petang dan malam, empat pengawal akan bertugas setiap hari tetapi format tiga syif terbahagi kepada pagi, petang serta malam, hanya tiga pengawal keselamatan bertugas setiap hari.

“Kita menggaji kira-kira 40,000 pengawal keselamatan untuk mengawal 12,000 sekolah di seluruh negara. Pelaksanaan format tiga syif ini sudah tentu memberi kesan kepada kami,”
katanya dalam kenyataan itu.



KPM dalam dua kenyataan berbeza sebelum ini pernah memaklumkan kementerian itu tidak terlibat dalam pemberhentian kakitangan di sektor pembersihan dan kawalan keselamatan sekolah.


Ini kerana bahagian pembersihan dan kawalan keselamatan dianugerahkan kontrak secara tender kepada syarikat-syarikat terpilih mengikut peraturan sedia ada.

"Berhubung isu pembuangan atau pengurangan pekerja-pekerja kebersihan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menjelaskan bahawa KPM tidak terlibat denhan penamatan ataupun pengambilan mana-mana pekerja kebersihan. Ia dibuat sepenuhnya oleh syarikat yang mendapat kontrak," katanya dalam kenyataan yang bertajuk PEKERJA-PEKERJA KEBERSIHAN SEKOLAH ADALAH DIPILIH DAN DILANTIK OLEH SYARIKAT YANG MENDAPAT KONTRAK KEBERSIHAN, BUKAN DIBUAT OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Manakala dalam kenyataan yang bertarikh 30 Januari 2019, KPM mengeluarkan kenyataan bertajuk, "KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TIDAK TERLIBAT DALAM SOAL PENGAMBILAN DAN PENAMATAN PEKERJA-PEKERJA KONTRAK PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN SEKOLAH," bagi menjelaskan pemberhentikan kakitangan kebersihan dan kawalan keselamatan di sekolah seluruh Malaysia tiada kaitan dengan kementerian itu.


Sementara itu di sosial media, netizens menyalahkan kerajaan kerana dianggap bertanggungjawab atas perkara itu.

Berikut adalah antara respon netizens di sosial media;










Jika 12,000 pengawal keselamatan diberhentikan kerja, ia akan memberikan mesej tidak baik kepada kerajaan sedia ada.

Mungkin perbincangan boleh dilakukan bagi mendapatkan situasi menang-menang kepada semua pihak yang terlibat. - 26 Februari 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...