Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 27 Februari 2019

PAS, Hadi Tak Bayar Apa-Apa Kepada Clare Rewcastle-Brown Untuk Selesaikan Kes Luar Mahkamah..

MalaysiaGazette | Tiada sebarang kos dibayar kepada kepada pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown, sebagai kos untuk menyelesaikan saman antara kedua-dua pihak di luar mahkamah.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, berdasarkan kepada Perintah Persetujuan keatas kedua-dua pihak, maka tuntutan dan tuntutan balas daripada mereka.


“Mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai kos kepada mana-mana pihak.

“Dengan kata lain, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) tidak membayar apa-apa bayaran ataupun Kos kepada pihak defendan untuk penyelesaian kes ini di luar Mahkamah,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Takiyuddin membuat kenyataan itu menjawab kenyataan mengelirukan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim penyelesaian luar Mahkamah kes melibatkan saman Presiden Pas terhadap Clare di Mahkamah Tinggi London pada 01 Februari 2019.

Anwar mencabar Pas menjelaskan sama ada parti itu membayar lebih RM1 juta kepada Clare.

Katanya, penjelasan Pas itu perlu selepas pihaknya mendapati afidavit kes yang difailkan oleh Rewcastle-Brown tidak selari dengan penjelasan Pas sekali gus menimbulkan banyak kekeliruan dalam penyelesaian kes berkenaan.

“Mereka (Pas) kata menang kes padahal buktinya (kes) tidak ditarik balik dan saya mahu kepastian adakah bayaran daripada PAS diberi kepada Rewcastle-Brown?

“Saya sebenarnya tak mahu panjangkan (isu) dengan Pas, mereka kecam saya tapi tak pernah jawab. Ini kali pertama saya bangkitkan (mengenai penyelesaian kes saman) kerana saya lihat (ada) percanggahan kenyataan, termasuklah boleh bohong yang sukar untuk diterima,”
kata Anwar.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata Pas tidak membayar apa-apa bayaran di mana-mana peringkat kes ini kerana Pas bukanlah satu pihak dalam tindakan ini.

“Pas menganggap kenyataan Presiden PKR tersebut adalah langkah terdesak beliau bagi mengalihkan pandangan rakyat dari isu ‘krisis keyakinan’ parti-parti dalam Pakatan Harapan terhadap Pengerusi mereka, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang juga Perdana Menteri Malaysia,” katanya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...