Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 25 Februari 2019

Jangan Seronok Sangat, Ini Strategi SPRM Nak Perangkap PAS.

Wan Ji | APA STRATEGI SPRM NAK PERANGKAP PAS?

1. Siasatan terhadap PAS belum selesai lagi. Tetapi, PAS sudah kelihatan galak, hanya apabila pengarah SPRM menjawab soalan wartawan bahawa akaun PAS tidak ada kaitan langsung dengan kemasukan wang 1MDB.

2. Keadaan ini seperti dalam kes saman SR tahun lepas. Yang ketika itu, masih belum selesai lagi, tetapi mereka sudah galak - kata mereka sudah menang. Akhirnya, jadi sebaliknya - mereka terpaksa tarik saman tanpa meminta pihak SR minta maaf, ataupun tarik artikle terbabit.



3. Dengan jawapan itu, PAS melalui SU agongnya mengugut akan saman kepada sesiapa sahaja yang dakwa PAS terlibat dengan 90 juta itu.

4. Dalam laporan SPRM, siasatan yang dilakukan bukan sekadar pada akaun PAS, malah melibatkan beberapa individu pemimpin PAS. Dengan itu, kegalakan parti yang ajar konsep Bohong Syarie itu amat menarik untuk dilihat.

5. Mahfuz Umar yang belum dipanggil membantu siasatan SPRM, baru-baru ini menyatakan bahawa beliau pun ada maklumat berkenaan kemasukan wang UMNO kepada PAS, tanpa beliau menjelaskan bahawa itu masuk ke dalam akaun PAS pusat, atau akaun PAS di peringkat negeri, ataupun dalam akaun peribadi individu pemimpin PAS tertentu.

6. Dijangka, Husam dan Rafizi bakal disaman oleh PAS sebelum siasatan SPRM selesai. Ini kerana, kedua-dua tokoh politik ini secara terbuka telah menyatakan penerimaan PAS terhadap wang UMNO.

7. Semoga tidak ada seorangpun pemimpin PAS terpesona dengan perangkap SPRM dalam melakukan siasatan ini. - 25 Februari 2019.

 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...