"Orang kata jauh perjalanan, luas pemandangan.
Mungkin hasil berjalan sampai ke Jepun inilah dia boleh terfikir idea bernas ini.
Tapi sebab terlalu hebat mengkaji, beliau terlepas pandang bahawa Rancangan Makanan Tambahan ini sejak tahun 1979 lagi dah Kementerian Pendidikan sediakan.
Kita beri RM2.50 seorang sehari untuk Semenanjung Malaysia dan RM3.00 seorang sehari untuk pelajar di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Mungkin beliau terlalu sibuk perihal warna pakaian seragam pelajar beliau tak perasaan Kerajaan PH sendiri dah potong peruntukan untuk Rancangan Makanan Tambahan dalam Belanjawan 2019.
Tak payah ke Jepun nak tahu atau belajar perkara macam ini.
Tidak perlu 'pandang ke Timur'. Lebihkan masa memahami operasi Kementerian.
Agak-agak beliau nak kaji apa lagi lepas ini?," sindir Najib Razak dalam satu kenyataan.
Untuk rekod, Dr. Maszlee Malik sebelum ini ada lawatan kerja di Jepun.
Cadangan itu timbul susulan dari kebanyakan murid dari golongan B40 tidak bersarapan sebelum masuk kelas.
Bagaimanapun cadangan Maszlee Malik itu dianggap mengklaim tindakan terdahulu kerajaan Barisan Nasional dalam program RMT - Rancangan Makanan Tambahan yang disediakan untuk murid-murid miskin di sekolah rendah kerajaan.
Tinjauan yang dilakukan oleh pihak kami mendapati terdapat beberapa percanggahan mengenai RMT. Ada sesetengah sekolah yang menyediakan RMT sebelum masuk ke kelas, 7.54 pagi dan ada sesetengah sekolah menyediakan RMT semasa waktu rehat jam 10 pagi.
Disebabkan perbezaan maklumat itu, netizens bergaduh sesama sendiri mempertahankan kumpulan yang disokong oleh pihak masing-masing.
Info yang kami terima selepas bertanyakan beberapa pihak yang berkerja di sekolah;
1. RMT sebelum tahun 80an adalah diberikan sebelum waktu persekolahan dimulakan, yakni awal pagi sebelum 7.45 pagi.
2. RMT selepas tahun 80an kebanyakkan diberikan pada waktu rehat, berikutan ada murid yang terlepas makan percuma pada waktu pagi.
3. Pada tahun 2001, perkara itu diselaraskan di hampir kebanyakan sekolah, RMT adalah waktu rehat jam 10 pagi.
4. Bagaimanapun sesetengah sekolah masih beri makan percuma sebelum kelas bermula.
5. Sesetengah sekolah pula memberikan makan percuma waktu pagi dan waktu rehat, dimana makan pagi sebelum kelas bermula adalah inisiatif pihak kakitangan sekolah itu sendiri.
Dan berikut adalah kenyataan dari pegawai khas Dr. Maszlee Malik mengenai isu cadangan sarapan pagi untuk golongan B40.
ZF ZAMIR | Aku sebenarnya paling malas nak komen benda remeh macam Najib ni.
Tapi malangnya dia mislead masyarakat seolah-olah Menteri Pendidikan tak tahu apa tentang apa yang dia katakan.
Pertama, Dr Maszlee sebut tentang sarapan. RMT ni makan masa rehat. Bukan sarapan. Kalau jam 10 pagi rehat, dah masuk kelas belajar 3 ke 4 waktu, sarapan apa namanya tu?
Kedua, RMT ni hanya diberi kepada anak-anak tertentu sahaja. Daripada 2,685,403 anak murid sekolah rendah, hanya 489,117 anak sahaja yang dapat. Ini hanya bersamaan dengan 18% daripada jumlah keseluruhan murid. (Data KPM 2018)
Ketiga, kenyataan Menteri adalah berkenaan dengan Sarapan. Menteri ambil maklum dengan rancangan RMT ni dan sedang berusaha untuk tambah baik program tersebut.
Tapi program Sarapan ini adalah program lain yang diperlukan oleh anak-anak terutama dari golongan B40. Malah aku boleh sahkan ada perbincangan untuk pastikan semua anak sekolah rendah sarapan atau dapat sarapan sebelum memulakan kelas pada masa depan.
Real juga Najib ni, baru bagi bantuan kepada 18% anak-anak, dah pung pang macam dia buat semua.
Tahukah anda jumlah wang yang dijumpai di apartment tu bersamaan dengan jumlah kewangan program RMT untuk 1 tahun? Iaitu bagi makan kepada 489,117 anak-anak selama setahun?
Dan janglah kita lupa masa dijumpai wang dalam apartment, Najib juga bertanggungjawab potong duit amanah untuk anak miskin sejak 2017.
Ini yang Pakatan Harapan terpaksa betulkan semula melalui belanjawan yang dibentang minggu lepas.
xxx
Surat Pekeliling Kewangan Bil. 1 Tahun 2018 mengenai Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) menyatakan;
“Bermula pada 2017, Bantuan Am Persekolah (BAP) dikurangkan 50% daripada kadar sedia ada manakala Bantuan Bulanan (BB) yang diberikan kepada murid kategori miskin tegar daripada eKasih & Data Murid Orang Asli (DMOA) dihentikan,”
Tahun 2012 dulu Bantuan Am Persekolahan berjumlah RM200 untuk Sekolah Rendah dan RM300 untuk Sekolah Menengah diberi setahun sekali.
Tahun 2017 dia tinggal RM100 untuk Sekolah Rendah & RM200 untuk Sekolah Menengah. Ni untuk setahun tau.
Tahun 2012 dulu Bantuan Bulanan berjumlah RM250 untuk Miskin & RM500 untuk Miskin Tegar untuk anak-anak Sekolah Rendah untuk 10 bulan.
Tahun 2017 dia jadi 0.
Tapi apakan daya, mana la Najib nak ingat masa dia potong duit orang miskin untuk buat enjoi dulu. - 7 November 2018.