Menteri KPKT Ambil Maklum Teguran Dan Cadangan Rakyat
Saya maklum akan teguran yang telah dibuat oleh sebuah akaun anti-penipuan di platform Facebook yang dikenali sebagai PW Community berkenaan kehadiran saya ke sebuah majlis anugerah yang berlangsung di Kuala Lumpur pada bulan September lepas.
Pihak saya dan kementerian mengucapkan terima kasih dan menghargai teguran tersebut. Kerajaan Pakatan Harapan amat mengalu-alukan segala komen dan kritikan yang membina.
Sebagai kerajaan baru yang mengamalkan sikap terbuka dengan jemputan apa jua majlis untuk mendekatkan kementerian dan rakyat, kini kami telah melaksanakan pemilihan yang lebih terperinci dalam kehadiran ke majlis atau program-program akan datang.
Saringan yang ketat ini perlu, demi memastikan nama dan imej kerajaan dan kementerian tidak disalah guna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Program yang berteraskan pemberdayaan masyarakat dan komuniti akan diberikan tumpuan, selari dengan hasrat KPKT untuk mewujudkan komuniti dan generasi mampan.
Bersama kita membangunkan Malaysia yang lebih gemilang.
YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin
Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan