Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 4 November 2018

Dulu Pemimpin PH Yang Hasut Rakyat Pasal PTPTN, Jangan Buat-Buat Lupa..

CHARLIE VERONA | Isu tiada pembayaran balik PTPTN, penurunan harga minyak, UEC, Legalize ganja, pendidikan percuma, Kebebasan bersuara, ini semua isu populis yang dimainkan oleh ahli-ahli politik PH semasa menjadi pembangkang.

Mereka sedar perkara ini sukar dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah. Mereka tahu isu-isu ini pasti akan menjadi tarikan kepada rakyat dan sokongan pasti akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang memperjuangkannya. Kerna itulah ia dipanggil populis.



Bila Adam Adli kata “Tidak perlu terkejut sangat biasalah janji Politik”. Kenyataan ini bukan bermakna dia menyesali dengan tindakannya yang terdahulu, tetapi pada pandangan aku beliau semakin matang dalam mengenali resam sifat Ahli Politik.

Ahli politik tetap ahli politik. Mereka akan menjadi narcissist dan semakin celaka apabila merasakan apa sahaja yang dilakukannya disukai dan dipersetujui oleh massa. Rakyat yang berjiwa hamba, berpemikiran feudal dan tertawan mindanya, akan terus menjadi mangsa, terus terpesona dengan ahli-ahli politik bersama janji-janji palsu dan semua.

Rakyat mesti selalu mengingatkan ahli-ahli politik. Kuasa dan kedudukan mereka ditentukan oleh kita. Jika bukan kerana kita, mereka juga akan jadi bangsat dan melarat.

INGATKAN MEREKA. Dahulu mereka juga pernah berbaring di atas jalan memegang sepanduk bersama-sama kita. Mereka juga pernah berlari dari bermandi water canon dan menghidu teargas bersama kita. Mereka juga pernah bermalam di Kaki lima bersama kita, mereka juga pernah dihalau dari menjejaki Dataran Merdeka bersama kita. Mereka juga pernah bersama-sama kita memegang lilin di luar pagar penjara.

Kita INGATKAN mereka. Memegang kuasa dan berada di atas sana bukan peluang untuk bersuka-ria. Kita Ingatkan mereka, undi yang diberikan oleh rakyat adalah satu kepercayaan dan amanat. Mereka tidak boleh khianat kepada rakyat. Jika mereka khianat, suara rakyat suara keramat. Rakyat yang memberikan mereka gelaran Yang Berhormat, rakyat juga yg akan mencampakkan mereka jika khianat!



Tentang Mujahid pula, kenapa selepas jadi menteri dan bergelar Datuk Seri anda perlu jadi semakin bangang?
Bukanlah semua teguran rakyat itu ada motif politik. 


Meletakkan Piala Kebanggaan Bolasepak Malaysia di celah kangkang semasa bersantai adalah perbuatan paling bangang yang dilakukan oleh seorang Presiden Bola Sepak negeri dan ternyata tindakan itulah yang membunuh karakter sendiri!!! - 4 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...