Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 November 2018

KKMM Mahu 'Tanggani Fake Akaun', Ini Apa Yang Anda Patut Tahu.

LAPORAN | Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, kerajaan sedang dalam proses menentukan kaedah paling sesuai untuk mengenal pasti pemilik sah bagi pemegang akaun media sosial di negara ini.



Kenyataan menteri itu kemudiannya menjadi polemik di sosial media berikutan ramai yang beranggapan menteri mahu memantau akaun fake bagi pengguna individu.

via GIPHY

"Hahaha, nampak sangat kerajaan dah takut," kata Aedil.

"Baru setengah tahun dah kecut perut, pergi matilah dengan kebebasan bersuara korang," tulis Iffah.

"Dah cakap kerajaan baru utamakan kebebasan bersuara, uturn macam mana tu," komen Azzam.

"Tu diaa dah keluar taring," respon Zaid.

"Kerajaan PH sekarang takut, telur tak ada," kata Tun Tan.

"Negara pertama di dunia yang buat," sindir Irzad.

Komen-komen berbaur negatif itu anda boleh akses kat sini.

Tapi apa yang sebenarnya KKMM mahu buat? Pihak kami difahamkan;

👉 KKMM bukannya mahu memantau akaun facebook/sosial media milik individu bagi tujuan peribadi;

👉 KKMM sebaliknya mahu memantau akaun-akaun yang menyamar sebagai agensi kerajaan, menteri, dan kementerian, yang mungkin disalahguna; 

👉 KKMM juga mahu membendung kenyataan-kenyataan yang tidak sahih yang mungkin disebarkan oleh pihak tertentu, kononnya mewakili agensi kerajaan tertentu;

👉 Akaun-akaun seperti ini perlu dikenalpasti bagi tujuan keselamatan dan membendung penyebaran maklumat yang tidak benar.

KKMM juga berkata, akaun sosioal media yang mewakili menteri dan agensi kerajaan perlu diverifikasi sebagai sahih. Dengan itu, pengguna boleh mendapatkan maklumat hanya dari sumber yang disahkan.

Oleh itu mekanisme yang akan dilakukan oleh kerajaan kelak, hanya akan membabitkan kumpulan pengguna media sosial yang dimaksudkan. - 5 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...