Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 November 2018

Najib Tegur KJ, Jangan Mudah Percaya Pada Berita Nakal & Buat Andaian Sendiri..

POLITIK | 21k pengguna Twitter telah 'retweet' semula respon Khairy Jamaluddin terhadap berita yang melaporkan Najib dipetik sebagai berkata BN kalah kerana penipuan dan manipulasi Pakatan Harapan.



"Kita kalah disebabkan 1MDB. Tamat," katanya dalam kicauan tersebut.

Najib yang mendapat maklumat itu kemudiannya tampil membalas kenyataan KJ di halaman Facebooknya.

Menurut Najib, beliau tidak pernah sekalipun menyebut dengan menafikan 1MDB punca kekalahan BN dalam program sembang santai bersama pengikut-pengikut online beliau.

Berikut adalah jawapan Najib terhadap respon KJ;

NAJIB RAZAK | Nazri Aziz dan Khairy tidak hadir di acara sembang santai saya bersama rakan-rakan FB saya semalam namun mengeluarkan pendapat mereka bersandarkan kepada laporan berita yang tidak tepat dan nakal.


Sudah tentu jika mereka hadir sama-sama atau menonton video FB live, sudah tentu mereka tahu apa yang saya maksudkan tentang propaganda tidak benar dan penipuan dibuat mengenai 1MDB. Saya tak kata 1MDB tidak menjadi faktor kekalahan BN.

Jika saya percaya bahawa tiada apa yang salah tentang 1MDB, sudah tentu saya tidak akan mengarahkan PAC yang dianggotai ahli parlimen pembangkang dan kerajaan untuk siasat atau menandatangani penyelesaian dengan IPIC bagi mendapatkan semula wang yang dikatakan hilang.

Saya tak mahu terjerumus ke dalam permainan menuding jari ini. Tetapi saya percaya setiap seorang daripada kita bertanggungjawab terhadap kekalahan ini.

Saya ambil tanggungjawab itu dan melepaskan semua jawatan serta tidak bertanding dalam apa apa jawatan parti atau dilantik bagi apa apa jawatan.

Tak usahlah bimbang tentang kelantangan saya di sosial media atau sokongan untuk sesi sembang santai semalam.

Sebagaimana saya katakan di program itu semalam, saya hanya berminat untuk memperbetul dan menjelaskan mengenai penipuan yang berleluasa PH selama ini dan yang direka selepas jadi kerajaan, mengeluarkan fakta, membersihkan nama saya, mengkritik dan memberi pendapat saya apabila saya lihat sesuatu isu berkaitan rakyat dan halatuju negara.

Berilah ruang untuk saya mencapai matlamat ini. - 5 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...