Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 9 November 2018

Great Eastern Holdings Belum Setuju Nak Sumbang RM2b Tapi Lim Guan Eng Dah Beria-Ria Umumkan Di #Belanjawan2019.

LAPORAN | Nampaknya Menteri Kewangan buat hal lagi. Kali ini melibatkan skim insurans percuma untuk golongan B40. 

Menurut portal Singapore Business Review, Great Eastern Holdings Ltd. mendakwa, pihaknya masih belum memberi kata putus berhubung sumbangan sebanyak RM2 bilion bagi memenuhi ketetapan pemilikan asing di Malaysia.


Portal Singapore itu melaporkan, Great Eastern Holdings Ltd. ketika ini sedang berbincang dengan kerajaan Malaysia berhubung pilihan bagaimana Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd. (Great Eastern) mampu memenuhi keperluan pemilikan asing.

Katanya, satu daripada pilihan tersebut adalah Great Eastern perlu menyalurkan dana amanah pembangunan khas, berkemungkinan besar dalam bentuk dana perlindungan kesihatan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

“Pada peringkat ini perbincangan berkenaan pilihan masih lagi dijalankan dan maklumat terperinci mengenainya belum lagi dimuktamadkan.

“Berdasarkan pilihan yang sedang dipertimbangkan, Great Eastern Holdings Ltd. percaya perkara itu tidak akan memberi kesan material terhadap pendapatannya dan Great Eastern,”
kata Great Eastern Holdings Ltd. dalam satu kenyataan semalam.

Untuk rekod, pada 2 November 2018 yang lalu, Lim Guan Eng di Parlimen mengumumkan skim kesihatan percuma untuk golongan B40. Skim Kesihatan itu mengandungi Skim Insurans yang akan melindungi kumpulan sasaran sehingga 8,000 setahun bagi 4 jenis kategori penyakit kritikal.


Dan pengumuman itu disusuli dengan kenyataan Menteri Kewangan itu bahawanya, Great Eastern bersetuju untuk mencarum RM2 bilion kepada dana pembangunan insurans.


Dan ini bercanggah dengan apa yang dilaporkan oleh portal
Singapore Business Review. 

Menurut Exco Pemuda UMNO pula, Shahril Sufian Hamdan, kenyataan Lim Guan Eng itu boleh dianggap berbohong dalam Parlimen apatah lagi ketika membentangkan Belanjawan 2019.

Shahril juga mendakwa, jika syarikat insurans Singapura itu bersetuju untuk menyumbang RM2b sebagai modal permulaan, syarikat itu berkemungkinan besar akan dikecualikan dari peraturan terbaru Bank Negara Malaysia (BNM) yang mewajibkan semua syarikat insurans asing perlu ada 30% saham warga tempatan untuk kekal beroperasi di negara ini. - 9 November 2018. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...