Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Oktober 2018

EXCO 'Kangkang' PIALA MALAYSIA Terus Dikecam Netizens Meskipun Dah Minta Maaf.

LAPORAN | Beberapa gambar Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Munaim yang juga Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO bersama Piala Malaysia tular di laman sosial sejak semalam.

Gambar-gambar tersebut menjadi sensasi berikutan Hasnul dianggap sewenang-wenangnya menggunakan kuasanya untuk membawa pulang 'PIALA MALAYSIA' itu dan melakukan sesuka hati terhadapnya. Seperti meletakkan ia di celah kangkang ketika bergambar.
Sumber - Facebook

"Player main bola macam nak mati. Exco merangkap Presiden bola selamba je bawa balik Piala Malaysia macam aboh dia punyo. Ini baru betul Rahmatan Lil'alamin ala PAN bro. Ha Ha Ha," tulis seorang netizen yang dikenali sebagai Ali Abu.
Status Ali Abu

Syahril A. Kadir pula menulis, "KALAU aku salah seorang player Perak yang bermain bermati-matian untuk menang Piala Malaysia hari tu...bangun pagi dan tiba-tiba baca FB Hasnul Zulkarnain pasal status dia.. maka bersaksilah akan kucepuk muka pemilik akaun tersebut waima dia Presiden kelab aku sendiri. Itu kalau akulah. #hampeh".


Mohammad Amin pula menulis,"Bodoh ape nak parade tunggu Menteri Besor? Kenapa tak tunggu alien planet lain sekali, 8 tahun lagi? Nak tunggu orang tu nak tunggu orang ni. Kome masuk stadium tiket pun tak bayor. Pergi stadium pun belum tentu drive sendiri, bawak kereta sendiri. Kome takde hak pun sebenarnya. Sedor la diri tu sikit

Kome cemarkan piala dengan kepentingan peribadi, Jajap dengan event yang takde kena mengena. Usung sana sini macam takde nilai. Hang ingat piala tu sebaya umur hang ke? Tak peduli langsung perasaan penyokong penyokong yang dekat 20 tahun tunggu. Nak tunggu peja datang apa ingat orang kelapor sangat nak nengok bos kome tu? Baik aku menong nengok penyodok. Peja ni ke yang main malam atas padang hari tu? Menteri besor ni ke yang susun taktikal team? Kalau nak sembang pasal duit, itu koje kome. Sapa suruh kebulor sangat nak ambik tanggungjawab urus team. Kome ni lebih sudu dari kuah. Esok dia balik, jilat jubor dia puas puas kat opis. Kome nak jilat, jangan seret penyokong sekali. Renyang tau renyang. Ingat umno je bodoh, ropenye sama dengan je. Baik bagi je Piala tu kat Terengganu kalau ini rope..

Dengan ini, aku lancarkan #PresidenPAFAOut secara rasmi. Aku akan kekal sampai Mr Presiden letak jawatan. Boikot majlis deme nak buat nanti. Sebab apa? Sebab dah KOTOR di tangan orang yang tak sepatutnya. Nak rai ape, benda dah basi? Tak pernah dibuat orang parade tunda sebabkan sekor makhluk jer. Tak payah sembang banyak, kome pun nasib baik PH menang. Jadi tak payah over sangat. Hodoh rope. Jadi, jangan lah kita diperbodohkan dengan orang macam ni. Bior deme rai sesama deme di SUK nun. Kan itu yang deme nak. Dah la Piala tu letak kat telor. Tak semenggah. Ape ke bangse nye ntah

Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, benda lain orang boleh tutup mata. Tapi bab bola jangan buat ikut suka kepala bapak. Tak tahu sukan, jangan berlagak pandai. Tak tahu jaga sensitiviti, jangan ikut sedap tekak, tak tahu maruah, baik diam. Senang hidup, buat salah mintak maap, buat salah mintak maap. Mudah dengan kata kata je kome buat benda ni ye. Meh aku sepak muka hang, lepas tu aku mintak maap. Sorry to say Mr President, you’re not type of President. Hang merompak hari kemenangan kami, Hang merobek hati dan jiwa kami. FUCK OFF Mr President!

#PresidenPAFAOut
#PresidenPAFAOut
#PresidenPAFAOut
#BoikotMajlisSarkas
#BoikotMajlisSarkas
#BoikotMajlisSarkas
#PejaWho
#PejaWho
#PejaWho,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Media sosial juga dipenuhi dengan pelbagai troll ke atas Hasnul Zulkarnain Munaim berikutan tindakannya sewenang-wenangnya yang dianggap mengambil kredit ke atas Piala Malaysia itu.

 




TMJ juga tidak ketinggalan menyertai acara troll beramai-ramai itu;


Pihak kami difahamkan oleh sesetengah netizens pro Amanah bahawanya gambar perarakan yang tular itu adalah versi raptai (tolong jangan gelak) dan disebabkan itulah sambutan dari orang ramai tidak kelihatan.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh sesetengah netizens yang lainnya, yang mengatakan tiadanya sambutan meriah dari orang ramai disebabkan perarakan yang sepatutnya diraikan terus selepas kemenangan ditunda bagi menunggu kehadiran Menteri Besar Perak. Bas pun dipinjam dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, itu juga menjadi kritikan netizens.

Pihak kami menunggu jawapan balas dari Kerajaan Perak dan tidak akan membuat apa-apa andaian berhubung isu ini.

Terdahulu BERNAMA melaporkan Hasnul Zulkarnain Munaim memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan tular foto beliau bergambar dengan trofi Piala Malaysia di tepi kolam renang, minggu lepas.

Beliau dipetik sebagai berkata tiada niat untuk menjatuhkan martabat serta keunggulan piala kebangaan peminat bola sepak negara itu apabila bergambar di tepi kolam renang.

"Itu kelemahan saya sendiri, pertama kali Perak menang Piala Malaysia (selepas 18 tahun) dan saya teruja lalu terkongsi gambar dalam status Whatsapp.

"Saya berjanji tidak akan mengulangi kekhilafan itu,"
katanya.

Beliau juga meminta agar semua pihak tidak mempertikaikan kejayaan Perak memenangi Piala Malaysia seterusnya menerima hakikat tersebut.

"Pengadil sudah membuat keputusan dalam perlawanan itu dan ia muktamad, jadi terimalah hakikat Perak adalah juara," katanya lagi. - 31 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...