Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 November 2018

PPBM Setiawangsa Luluskan Usul Tun Mahathir Kekal Menjadi PM Untuk 5 Tahun.

THE MALAYSIAN INSIGHT | SATU bahagian parti Bersatu meluluskan usul agar Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri untuk tempoh satu penggal.

Pemimpin bahagian Setiawangsa, Abdul Rahman Hashim berkata usul yang dicadangkan ketuanya, Muhamad Zahid Md Arip diluluskan dalam mesyuarat agung pertamanya pada Ahad lalu.

Usul berkenaan antara lain menyatakan alasan, Dr Mahathir perlu terus berkhidmat kerana negara perlukan kepemimpinan yang mantap untuk proses pemulihan.

Usul tersebut, yang dikongsi Rahman di Facebook juga meminta pemimpin PH bersetuju agar Dr Mahathir terus menerajui kerajaan sepanjang penggal ini.

“Justeru kami mengusulkan supaya Dr Mahathir kekal sebagai perdana menteri dan melengkapkan tugasnya untuk tempoh sepenggal sehingga Pilihan Raya Umum ke-15,” usul berkenaan dipetik.

Rahman berkata, usul berkenaan diluluskan dengan sebulat suara.

Dr Mahathir pada Ogos lalu menyebut beliau akan menjadi perdana menteri untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun dan berulang kali berjanji untuk menyerahkan jawatan itu kepada Anwar Ibrahim.

Anwar kini bersedia untuk dilantik ke jawatan itu selepas menyertai Parlimen semula susulan kemenangannya dalam pilihan raya kecil Port Dickson.

Keempat-empat presiden parti dalam Pakatan Harapan – PKR, DAP, Bersatu dan Amanah telahpun menandatangani perjanjian untuk peralihan kuasa tersebut. - 1 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...