Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 November 2018

Kepala Rafizi Ditumbuk, Dimaki Hamun, Pemilihan PKR Keningau Huru Hara.

Syukur Kromim | APA SEBENARNYA BERLAKU DI KENINGAU

Pemilihan parti di cabang Keningau diadakan di lokasi yang tidak sesuai dan dipilih oleh salah satu calon ketua cabang selaku Ketua Cabang semasa, Johari iaitu di kampung beliau.



Pusat komuniti yang dijadikan dewan mengundi terletak jauh dari kawasan bandar, di sebuah kampung yang tersorok jauh dari jalan besar sebelah rumah Johari. Rangkaian telefon dan internet juga tidak dapat diakses.

Pusat komuniti tersebut berdinding kayu, berada dalam keadaan uzur dan hanya mampu memuatkan kurang daripada 100 orang. Dewan yang lebih sesuai patut dipilih sebagai pusat mengundi memandangkan cabang Keningau mempunyai 7000 ahli berdaftar.

Mengikut jadual, pengundian sepatutnya bermula pada jam 8 pagi. Namun begitu, pengundian hanya bermula pada jam 10 pagi akibat masalah sambungan internet.

Khemah dan banner pasukan Rafizi tidak benarkan untuk dipasang dan dicabut sebanyak 3 kali oleh pasukan Azmin (Kartel). Pihak JPP juga tidak mengutamakan aspek keselamatan di kawasan mengundi.

Pihak penyokong Rafizi terpaksa berkumpul di hadapan pusat komuniti kerana tiada ruang menunggu yang disediakan.

Menjelang tengahari, semakin ramai penyokong Rafizi hadir di pusat pengundian.

Memandangkan penyokong Rafizi dapat dikenal pasti dengan baju t-shirt biru, Kartel mula berasa risau dan berusaha untuk membatalkan pemilihan yang sedang berlangsung. Kartel juga cuba mengawal siapa yang dibenarkan masuk untuk mengundi. Laluan utama dikawal oleh Kartel yang berbaju berlogo seladang. Laluan Kartel tidak berpagar, manakala laluan pasukan Rafizi berpagar dan pengundi perlu beratur.

Pihak Kartel cuba untuk membatalkan pemilihan. Pada mulanya, pihak Rafizi tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Rafizi terpaksa keluar daripada kawasan mengundi untuk mendapatkan sambungan telefon dan internet untuk berbincang tindakan selanjutnya.

Setelah kembali ke tempat mengundi untuk memaklumkan setuju batal pemilihan atas faktor keselamatan dan seterusnya memaklumkan pihak JPP, calon-calon ketua cabang pasukan Kartel membuat keputusan untuk meneruskan pemilihan tersebut. Pihak JPP pula bersetuju dengan pihak Kartel.

Pada lebih kurang jam 3:30 petang, masih terdapat kira-kira 1000 orang yang masih belum mengundi, kebanyakannya daripada kalangan pasukan Rafizi. Akibat hanya jaring yang memisahkan bahagian luar dan dalam dewan, penyokong boleh melihat apa yang sedang berlaku di dalam dewan dan keadaan menjadi semakin tegang dan panas.

Pihak RELA cuba untuk mengawal keadaan di kawasan mengundi kerana pada masa itu keadaan dikawal oleh pihak bukan neutral.


Daing Muhammad Reduan, yang rapat dengan Zuraida dan Sivarasa sudah pun berada dalam pusat komuniti dan mula menjerit kata-kata kesat kepada Rafizi — “Rafizi kau pukimak.”

Penyokong Rafizi cuba untuk mengiring Rafizi keluar melalui pintu belakang. Daing menyerang Rafizi dari belakang dan menumbuk kepala beliau. Pihak penyokong Rafizi terus menyelamatkan beliau dan menarik beliau keluar daripada dewan tersebut. - 3 November 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...