Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 2 November 2018

Akhirnya IPIC Mengakui 1MDB Tak Berhutang Apa-Apa Pada Syarikat Itu..

NAJIB RAZAK | I) Kenyataan kerajaan PH hari ini mengenai perjanjian penyelesaian dengan IPIC milik penuh kerajaan Abu Dhabi cuba membina persepsi seolah-olah saya hendak menipu US$5.78b wang rakyat untuk membayar Abu Dhabi.

Ini tidak benar sama sekali.

Saya telah beberapa kali meminta kerajaan untuk mendedahkan kedua-dua perjanjian penyelesaian tahun 2015 dan tahun 2017 jika benar-benar mahu menegakkan keadilan kepada saya dan rakyat tetapi kerajaan PH masih lagi membisu. Kenapa?

 
II) Semalam (30 Oktober 2018), kerajaan umumkan bahawa mereka telah memfailkan untuk tindakan membatalkan perjanjian penyelesaian April 2017 antara IPIC dan 1MDB dan berkata mereka tidak akan membayar US$5.78 bilion yang perlu dibayar 1MDB kepada IPIC.

Sebagai reaksi kepada kenyataan kerajaan Malaysia itu, IPIC mengeluarkan satu kenyataan menyatakan bahawa 1MDB tidak berhutang apa apa wang kepada IPIC yang secara jelas bertentangan dengan kenyataan kerajaan Pakatan Harapan.

Siapa betul, siapa salah? Secara logik, takkan pihak yang kata kononnya 1MDB ada hutang berbilion-bilion dengan mereka tiba-tiba berkata sebenarnya 1MDB tiada hutang apa apa pada mereka?

Malah, IPIC adalah syarikat yang sepatutnya berhutang kepada 1MDB dan perlu dibayar kepada 1MDB menjelang 30 Disember 2020. Perjanjian penyelesaian itu adalah bagi meleraikan isu 1MDB agar setiap sen milik 1MDB dapat diperolehi semula.

Sebab itu, saya telah meminta sekurang-kurangnya 5 kali, menggesa kerajaan untuk mendedahkan perjanjian penyelesaian 2015 dan 2017 antara IPIC dan 1MDB bagi membuktikan bahawa saya sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan sentiasa dapat dilindungi.

Bagaimanapun, pihak kerajaan tidak menghiraukan gesaan berulangkali ini dalam memastikan rakyat tahu fakta sebenar.

Ada yang bertanya mengapa saya tidak mendedahkan ataupun mengulas mengenai penyelesaian ini pada masa lalu.

Ini kerana bukan mudah untuk membuat dakwaan ketika anda menjawat jawatan Perdana Menteri apatah lagi ia melibatkan kerajaan negara asing.

Saya berpendirian bahawa kerajaan kita tidak seharusnya senang untuk cari gaduh dengan negara lain dan saya lebih memilih untuk mencari jalan penyelesaian secara baik dan tanpa kekecohan.

https://in.reuters.com/…/update-1-malaysia-seeks-payment-re…

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...