Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 31 Oktober 2018

Fitnah BERSIH Ada Kaitan Dengan ISIS, Mahkamah Arah Jamal Bayar RM300K.

MALAYSIAKINI | Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos bersalah kerana memfitnah bekas Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM300,000.


Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab juga memutuskan Jamal gagal dalam pembelaan perlindungan bersyarat.

"Mahkamah memerintahkan Jamal membayar ganti rugi RM300,000," kata hakim itu.

Selain itu Zaki juga memerintahkan Jamal membayar kos sebanyak RM40,000.

Jamal sebelum ini mendakwa BERSIH dipengaruhi oleh elemen Islamic State (IS). - 31 Oktober 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...