Perkara itu menjadi kontroversi berikutan pro UMNO mempersoalkan lantikan pegawai yang terpalit imej LGBT.
Pegawai yang dipersoalkan oleh kumpulan itu ialah Numan Afifi, yang pernah menjadi kontroversi dan diserang hebat netizens muslims berikutan mengakui secara terbuka ialah seorang gay dan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama komuniti LGBT.
Syed Saddiq dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi Facebooknya menafikan beliau telah melantik pegawai baru di Pejabat Menteri sebaliknya masih dalam proses 'mencari' dan saring.
"Sehingga kini, tiada satu pun pegawai yang telah dilantik di Pejabat Menteri Belia dan Sukan secara rasmi.
Setiausaha Politik, Setiausaha Akhbar, Pegawai Tugas-Tugas Khas juga belum ada.
Saya masih lagi dalam proses menemu duga pegawai untuk berkhidmat di Pejabat Menteri Belia dan Sukan. Saya tidak ingin tergesa-gesa dalam perlantikan jawatan kerana saya sedar mengetuai KBS adalah satu tanggungjawab yang besar," katanya dalam kenyataan itu.
Beberapa netizens yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Syed Saddiq kemudiannya menyebarkan dua bukti gambar tangkaplayar yang dakwa mereka berjaya mengantoikan penipuan menteri itu.
"Siri tak Kenal Rakan.
2 kali dalam seminggu dah bro Syed Saddiq buek statement tak mengaku member.
Mula mula Amat, Hari ini Numan pulak.
Walhal member dah siap baco doa lam opis kawan ea.
Yang sorang laei siap update fb bai dio dapat kojo baru. Ini dah malu sampai kono delete twitter dengan fb ea. Kesian kawan..
Kalau den jadi kawan-kawan dio la, den dah dobar dah ni takut member menteri den tak mengaku member kang..
😂😂," kata seorang netizen yang dikenali sebagai Khairul Azri di Facebook.
Bagi mempertahankan dakwaan yang Syed Saddiq sebenarnya telah melantik beberapa pegawai baru yang juga rakan-rakannya di Pejabat Menteri, Khairul Azri turut menyediakan bukti video untuk menguatkan hujahnya.
Tinjauan pihak kami di laman sosial seperti Facebook dan Twitter mendapati Numan Afifi masih boleh diakses menerusi Facebooknya tetapi di Twitter, Numan Afifi telah bertindak menutup akaunnya.
Ini dipercayai berikutan tindakan netizens yang tak berhenti-henti 'tag' namanya di Twitter sejak tersebarnya dakwaan itu. - 7 Julai 2018.
Berikut adalah video yang disediakan oleh Khairul Azri;