Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 1 Julai 2018

SPRM Panggil Zahid 'Mengadap' Esok..

Oleh : Fathi Aris Omar / Projek MMO

Datuk Seri Zahid Hamidi akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

 
Bekas timbalan perdana menteri itu ke ibu pejabat suruhanjaya itu jam 10 pagi esok, dipercayai termasuk siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM dalam kenyataannya tadi tidak menyatakan kes-kes yang disiasat seperti dilaporkan di media.

“Beliau dikehendaki hadir bagi membantu siasatan SPRM melibatkan dua kes berasingan,” kata Datuk Seri Azam Baki.

Dalam laporan Bernama, Zahid mengesahkan akan ke SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaan penggunaan wang sebuah yayasan.

“Keterangan yang saya akan beri (ialah) mengenai sebuah yayasan yang dipunyai oleh keluarga saya sendiri,” katanya dalam sidang media di sini.

Jelasnya, yayasan itu bertujuan melakukan amal jariah, pembinaan masjid, maahad tahfiz dan aktiviti kebajikan mengikut hukum syariah.

“Wang yang terdapat dalam yayasan itu datang daripada sumbangan saya sendiri dan beberapa kawan yang mahu melakukan amal jariah,” katanya.

Beberapa portal melaporkan Zahid, pengerusi yayasan tersebut, disyaki membelanja RM800,000 untuk membayar kad kredit miliknya dan isterinya.

Pagi tadi, Berita Harian melaporkan seorang bekas menteri kanan, tanpa menyebut nama, akan memberi keterangan kes derma RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak.

Portal itu bagaimanapun melaporkan bekas menteri tersebut juga disiasat berhubung dua kes, termasuk penggunaan dana sebuah yayasan.

Bekas menteri kanan itu, lapor Berita Harian lagi, pernah mengeluar kenyataan mengenai RM2.6 bilion yang dianggap dana politik.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...