"1MDB punca kenaikan tarif elektrik kerana janakuasa elektrik dijual kepada China," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Suruhanjaya Tenaga sebelum ini mengumumkan kenaikan tarif elektrik bagi kumpulan komersil dan domestik disebabkan peningkatan kos bahan bakar. Bagaimanapun bagi kumpulan domestik, peningkatan akan berlaku pada kadar minima disebabkan pengecualian GST dan hanya melibatkan penggunaan 300 kwj ke atas.
Berikutan peningkatan kos sebanyak 1.35 sen/kWj, kerajaan memutuskan supaya kos itu dilepaskan dalam bentuk surcaj 'kos tak berimbang' (ICPT) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung Malaysia bagi tempoh 1 Julai, 2018 hingga 31 Dis, 2018.
Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataan itu lagi berkata, kerajaan turut menetapkan surcaj ICPT tersebut dikecualikan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh yang sama.
"Pelarasan ICPT ini tidak melibatkan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik tidak melebihi 300 kWj.
"Bagi pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 300 kWj, mereka akan mengalami penurunan atau kenaikan yang minimum dalam bil elektrik iaitu dianggarkan antara RM0.09 dan RM4.89 sebulan, dengan mengambil kira pelaksanaan kadar 0.0 peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula pada 1 Jun 2018," katanya.
Di media sosial, penyokong Pakatan Harapan menyalahkan tindakan kerajaan terdahulu punca kenaikan tarif meskipun kenyataan ST menyebut peningkatan kadar adalah disebabkan kenaikan kos bahan bakar.
"BERKAIT KENAIKAN TARIF LETRIK, BACA NI SLOW-SLOW ;
Lama dahulu Pakatan Harapan dah katakan, Malaysia akan bermasalah sekiranya aset penting negara di jual kepada China. Akhirnya kalian lihat dengan mata sendiri kesan rantaian penjualan aset penting ini saban hari kalian sendiri makin tertekan umpamanya peningkatan kadar tarif elektrik hasil dari penggadaian syarikat janakuasa kepada China semasa di dalam pemerintahan Umno Baru & BN.
Sebelum ada 1MDB, syarikat janatenaga 100% milik negara kita dalam beberapa pegangan. Akhirnya syarikat janatenaga ini (Edra Global Energy Bhd) dapat kepada 1MDB sbg subsidiari miliknya. Kemudian dalam plan rasionalisasi hutang 1MDB, anak syarikat janatenagakuasa ini di cadang kepada umum untuk penjualan.
TNB cuba membida bagi membeli pengangan Edra pada nilai semasa RM8 bilion tapi atas kelangsungan program jagaan Panda sebagai corak perhubungan 2 hala....tawaran TNB ditolak oleh pentadbiran Najib pada tahun 2015 untuk dilepaskan kepada China General Nuclear Power Corporation dengan kadar harga RM9.83 bilion tunai & pegangan 100% selesai sepenuhnya Februari 2016.
Rentetan pada penjualan syarikat janatenaga ini, saudara Rafizi cuba bawa kes ini ke Dewan Rakyat dengan usul tergempar membincangkan keputusan menghapuskan had pegangan ekuiti 100% kepada syarikat asing tapi DI TOLAK mentah oleh SPEAKER Dewan Rakyat! Jika tidak silap GM, usul ini nak dibawa ke Dewan Rakyat pada November 2015.
Amalan biasa adalah 49% atau kurang dari itu saja dibenarkan. Penjualan Edra bukan sykt induk saja, tapi 100% pegangan kesemua entiti subsidiari lain di bawahnya edra iaitu:
- Edra Solar Sdn Bhd,
- Edra Energy Sdn Bhd,
- Powertek Energy Sdn Bhd,
- Jimah Teknik Sdn Bhd,
- Jimah O&M Sdn Bhd,
- Mastika Lagenda Sdn Bhd dan
- Tiara Tanah Sdn Bhd (berfungsi sbg sykt operasi Edra).
Apa yang saudara Rafizi risaukan pada ketika itu sekiranya Edra ini terlepas ke syarikat dari tanah besar ini, bakal datangkan risiko kenaikan tariff apabila konsesi-konsesi penjualan tenaga dirundingkan kembali dengan syarikat asing ini dalam tahun 2016 dan 2022 & kesan kepada TNB di masa hadapan.
Untuk makluman, TNB telahpun tandatangani perjanjian pembelian kuasa selama 21 tahun dari syarikat China ini.
Dengan 100% pegangan asing, apa saja China kata terutama peningkatan tarif elektrik kepada penduduk Malaysia, TNB perlu akur! Tetapi kenaikan tarif ini kini kerajaan Pakatan Harapan terpaksa cari idea bagaimana perlu ringankan tanggungan rakyat.
Akhirnya, dengan isu terbaru yang kalian sendiri bising di media masa dalam menangani kesan kenaikan tarif oleh syarikat China ini, kerajaan PH perlu cari solusi terbaik utk tidak membebankan rakyat & pada masa yang sama perlu tunduk pada 100% pegangan dari China menjadikan tarif Domestik elektrik rakyat di kekalkan, tapi berlaku peningkatan dalam sektor penggunaan industri.
Inilah kesan rantaian 1MDB yg akhirnya kalian, macai juga walaun terjerit-jerit dengan kenaikan tarif. Dalam menguruskan hutang terlalu besar, PH kini terpaksa sekali lagi hadapi kenaikan tarif hasil pegangan ekuiti 100% dari China ini menerusi TNB yang tandatangani perjanjian pembelian kuasa 21 tahun. Apa saja harga yang ditetapkan oleh China, itulah harga TNB nyatakan. PH pula duduk di tengah cari solusi terbaik pada masa yang sama melakukan langkah penjimatan sambil tanpa membebankan rakyat.
Nahhhh...... nak salahkan siapa? Kita usul di Dewan Rakyat agar bantah pegangan ekuiti asing 100% pun Speaker tolak. 1MDB pula cagar sana sini nak kambus hutang yang penyangak regime kleptokrasi sendiri buat. Nasib baik PH dapat ambil alih, jika tidak !!!!! Sendiri fikirlah....," kata kenyataan itu yang tular di sosial media. - 1 Julai 2018.