Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 3 Julai 2018

Luahan Sedih Siti Aishah Tarik Diri Calon Speaker Kerana Tekanan DAP, Amanah Undang Kemarahan Pro PPBM, PKR.

Pagi tadi media sosial digemparkan dengan luahan sayu
Siti Aishah Shaik Ismail yang terpaksa menarik diri dari pencalonan jawatan Speaker Perak disebabkan tekanan yang diterima oleh Keadilan Perak.

Tekanan itu dikatakan dilakukan oleh DAP Perak yang berkeras mahukan jawatan Speaker. Tidak hanya nama DAP Perak disebut bahkan nama Datuk Nizar yang mewakili Amanah turut dikatakan memberikan tekanan yang sama kepada Siti Aishah Shaik Ismail.


Perkara itu kemudiannya mengundang polemik di laman sosial apabila penyokong PKR dan PPBM bersatu menentang tindakan DAP yang dianggap oleh mereka sebagai keterlaluan.

Sebelum ini Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh mempertikaikan kepimpinan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed yang menurutnya gagal mengikut senarai calon anggota kabinet sepertimana yang dicadangkan oleh kepimpinan DAP.

Antara calon DAP yang tersingkir dari menjadi menteri ialah Nga Kor Ming dan Chong Chieng Jen. Ketika berkempen pada pilihanraya ke 14 yang lalu, Lim Guan Eng juga memetik nama Nga Kor Ming akan menjadi menteri andai Pakatan Harapan menawan Putrajaya.

Tun Mahathir dibayangkan tidak tunduk ke atas desakan itu oleh penyokong-penyokongnya di laman sosial.

Ketua PPBM Nibong Tebal, Yaakob Osman, turut memperingatkan Pemuda DAP mengenai beberapa perkara bagi membidas kenyataan Wong Kah Woh.

Menurut Yaakob Osman, DAP seharusnya memahami ia bukanlah perkara mudah untuk menyakini orang kampung bahawanya DAP bukanlah musuh orang melayu.

"Bahkan ia juga bukanlah perkara mudah untuk menyakini melayu agar mengundi Pakatan Harapan tidaklah bermaksud memberikan kuasa politik mutlak kepada DAP.

Ia bahkan sukar juga buat kami untuk menerima DAP sebagai rakan kongsi tetapi untuk Malaysia yang lebih baik, kami semua mengenepikan kesemua perbezaan itu", katanya lagi. 

Di laman sosial, penyokong Pakatan Harapan juga melakukan kempen dengan menyebarkan penulisan yang mendesak agar DAP berhenti menjadi Speaker.  

Antaranya yang dilakukan oleh Zaihan Zainal.

"DAP PERAK JGN HINA PIMPINAN MUDA !!

Sdr Siti Aishah Shaik Ismail merupakan wakil yang dipersetujui Parti Keadilan Rakyat untuk menggalas jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri Perak menjelang sidang DUN dalam masa terdekat.

Tetapi, DAP Perak melalui pimpinan sepupu-pupu iaitu Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham seolah-olah tidak mahu bertolak ansur dan toleransi dalam perkongsian kuasa di negeri Perak.

Memandangkan DAP telah diberi 5 jawatan EXCO kerajaan negeri Perak, maka amatlah wajar memberikan peluang dan ruang buat Keadilan untuk memimpin perjalanan dewan yg mulia.

Dan beliau merupakan calon terbaik daripada Keadilan adalah calon muda yang sangat vokal. Pengalaman sebagai YB Senator penggal yang lepas sangat lah bermakna.

Sdri Siti Aishah telah berjaya menukarkan persepsi bahawa Dewan Negara (Senator) sebagai hanya tempat "rubber stamp".

Tetapi, beliau mencoraknya dengan perbahasan yang baik dan vokal.

Sehingga menyebabkan anggota-anggota Dewan Negera lain serta Menteri kena buat kerja rumah sebelum menjawab soalan-soalan Siti Aishah.

Selain seorang yang dipercayai rakan pimpinan sesama Pakatan Harapan, Siti Aishah juga dihormati pimpinan UMNO dan BN sebelum ini.

Sehinggakan YB Dato Halimah Sadique, mantan Timbalan Menteri turut mengkagumi prestasi Siti Aishah semasa berbahas di Dewan Negara pada sesi lepas.

Sdri Siti Aishah yang juga Ketua Srikandi Keadilan wajar diberikan peluang untuk menggalas tanggungjawab ini.

Mengikuti kronologi dalam tulis Sdri Siti Aishah Shaik Ismail dalam 'posting' beliau di dinding (wall) FB beliau, saya berpendapat bahawa DAP Perak melalui pimpinan sepupu Ngar dan Ngeh sangat tidak bertoleransi.

Apakah ini yang pimpinan DAP mahukan?

Apakah ini gagasan Malaysian Malaysia yang selama ini DAP cuba bawa?

Mentang-mentang kerusi mereka lebih dalam berkongsi kuasa. Mereka mahu menentukan segalanya!!

Untuk makluman Sdr Siti Aishah merupakan salah seorang Alumni Sekolah Politik (#sekpol).

Melalui Sekolah Politik, kami diajar tentang segalanya mengenai falsafah politik kuno dan moden, kami diajar mengenai falsafah Islam dan Orientalis (Cina).

Kami dilatih untuk menjadi politikus yang berkualiti, ampuh dan berpegang pada prinsip.

Justeru, selaku Presiden, Alumni Sekolah Politik saya mendesak agar kepimpinan Pakatan Harapan (PH) menyokong Sdri Siti Aishah Shaik Ismail sebagai satu-satunya calon Yang Dipertua Dewan Negeri.

Sekian,

Sapare Aude.

Zaihan Zainal
Presiden
Alumni Sekpol,"
katanya dalam tulisan tular itu.

.

 
Dalam luahan oleh Siti Aishah itu juga, dikatakan Presiden parti telah mengeluarkan surat arahan agar kesemua parti Pakatan Harapan di Perak memberikan laluan kepada Keadilan.

Namun DAP Perak bukan sahaja enggan bahkan melibatkan Anwar Ibrahim apabila tergamak mengunjungi Anwar Ibrahim ke hospital semata-mata mahukan jawatan Speaker.

"Berikut adalah luahan tersebut;

Dengan lafaz bismillah...
 

Saya dengan ini menarik diri dari pencalonan sebagai Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pagi ini. Saya menerima amanah parti untuk menjadi calon pada hari akhir sebelum pencalonan ditutup iaitu ada 26/6/2018 jam 4 petang.

Ini kerana dap turut menghantar nama dan menamakan Dato Ngeh sebagai calon mewakili Dap. Pelbagai hujah diberikan kepada Dap untuk memberikan laluan kepada keadilan memandangkan exco kerajaan negeri telah dimiliki oleh dap sebanyak 5 posisi. Pelbagai hujah dinyatakan, dibawa untuk kewarasan pemimpin Dap tapi malangnya mereka berkeras sehingga malam semalam.
 

Sehinggalah saya diminta menarik diri dari pencalonan ini maka dengan berat hati saya penuhi. Bukan kerana saya takut dan tunduk kepada dap tetapi kerana saya tidak mahu mensia-siakan kerajaan rakyat yang terbentuk ini dan janganlah hanya kerana sikap tamak haloba kita dalam kedudukan, kuasa dan nama rakyat menjadi mangsa.

👉 Terlalu panjang kronologi yang nak saya tuliskan bagaimana Presiden parti telah mengeluarkan surat memaklumkan kepada semua Pengerusi parti di Perak untuk memberikan ruang buat keadilan namun yang angkuh tetap angkuh.


👉 Bagaimana saya menerima tekanan dari DsNizar yang menyuruh saya menarik diri dari pencalonan dan menyatakan sokongn kepada dato ngeh.


👉 Bagaimana rombongan dap yang diketuai Nga mendesak dan memberi tekanan kepada DSAI di hospital agar dsai bersetuju DAP diberi tempat ini dan memaksa saya menarik diri.

👉 Dan kemuncaknya malam ini di kediaman MB, pertemuan MB bersama adun dihadiri oleh Dato Ngeh tanpa diundang. Biar apa sahaja hujah yang diberikan, DAP tetap mahukan posisi ini diberikan kepada mereka dengan alasan saya terlalu muda untuk ke posisi ini dan menggunakan alasan bahawa saya kurang mahir berbahasa inggeris (kurang mahir bukan bermaksud tidak mahir, kelemahan kecil yang saya akui sedang saya perbaiki). Di akhirnya Amanah menyatakan sokongan dan memperolehi kedudukan sebagai timbalan speaker.

Setelah bercakap dengan YAB MB dan memikirkan tentang rakyat yang menjadi tuan dalam kerajaan ini, saya dengan berat hati bersetuju untuk menarik diri.

Saya mungkin bukan ahli politik tua yang hebat dalam politik kononnya tetapi saya pemimpin muda yang diajar untuk tidak rakus dan mementingkan diri sendiri. Saya terima ini sebagai suatu proses untuk perjalanan politik saya dan bersyukur untuk menyatakan bahawa saya telah melepasinya.kini saya lebih kenal dengan siapa saya berkawan dan lawan.

Terima kasih kepada keluarga dan kepimpinan parti yang menyokong saya dan maaf atas keputusan yang telah saya buat. Saya yakin dimasa mendatang segala yang berlaku ini akan dihitung oleh Allah swt.

SASI,"
jelasnya seperti nada kesedihan dalam kenyataan itu. - 3 Julai 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...