Jamal kemudiannya kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan hanya mendapat satu undi bahagian sahaja.
Jawatan itu dimenangi oleh Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Walaupun kalah di peringkat pusat, Jamal masih lagi mengekalkan kemenangan di peringkat bahagian apabila berjaya mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.
Tindakan itu juga mendorong rasa marah dan kecil hati Muhammad Khir Toyo yang dikhabaranginkan akan keluar UMNO.
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dispekulasikan bercadang keluar Umno kerana kecewa Datuk Seri Jamal Mohamad Yunus terpilih jadi semula menjadi ketua Bahagian Sungai Besar.
Mohamad Khir dikatakan memberi gambaran itu melalui Whatsapp memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana terpaksa meninggalkan Umno, seperti dilapor Sinar Harian.
“Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana saya akan meninggalkan perjuangan dalam Umno kerana tak boleh fikir bagaimana orang seperti (Datuk Seri) Jamal Yunos masih dipilih menjadi pemimpin bahagian.
“Orang yang dalam buruan polis dengan longgokan kes jenayah yang masih menantinya masih dipilih kerana pengaruh wang,” kata mesej yang dipercayai dihantar Mohamad Khir.
Bagaimanapun, Mohamad Khir enggan mengesahkan atau menafikan spekulasi itu apabila dihubungi akhbar berkenaan.
Mohamad Khir menambah dia akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat, lapor Malaysiakini.
Bagaimanapun Jamal hari ini disahkan telah ditangkap oleh pihak polis Indonesia menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.
"Saya dimaklumkan pada jam 6.15 petang (waktu Malaysia) pihak polis republik negara Indonesia telah berjaya menahan Datuk Seri Jamal Yunos.
Pihak polis (PDRM) telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa beliau pulang ke Malaysia," jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan media.
Wajah Jamal yang ditahan polis juga disebarkan secara berleluasa dan menjadi bahan troll netizens ketika ini.
Rata-rata netizens meraikan perkara itu beranggapan ia adalah berita yang mengembirakan. - 2 Julai 2018.