Pasukan itu yang dianggotai oleh Tan Sri Abdul Ghani Patail, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Dato' Sri Mohd Shukri Abdull dan Dato Abdul Hamid Bador berkata demikian dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada pihak media petang ini.
"Pasukan Petugas Khas (task force) 1MDB mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, bekas Perdana Menteri pada pukul 2.35 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.
Tangkapan tersebut telah dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini.
Mohd Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur," kata kenyataan itu.
Petang tadi beberapa pihak media menerima maklumat dari SPRM bahawanya Najib telah ditangkap di rumahnya namun tidak menjelaskan punca penahanan tersebut.
Berita penahanan Najib menjadi tular di laman sosial dan diperkatakan netizens. - 3 Julai 2018.