Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 Januari 2015

Pengerusi SKMM Tamat Kontrak, Putrajaya Cadang Ganti Dengan Orang UMNO.


Antara nama yang disebut bakal menggantikan khidmat Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi yang tidak disambung untuk penggal seterusnya sebagai pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ialah Dr. Mazlan Ismail yang bertanding melawan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu lapor TMI.

Kontrak Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi sebagai pengerusi SKMM selama dua tahun telah pun berakhir pada 31 Disember lalu dan sumber memberitahu kepada wartawan TMI bahawa jawatan tersebut kini dipangku Tengku Zaib Raja Ahmad yang juga ketua pegawai Perkhidmatan dan Sokongan sementara pengerusi baru dilantik.

"Kontrak pengerusi SKMM tidak disambung, jawatan tersebut dipangku oleh staf dalaman SKMM iaitu Tengku Zaib," katanya kepada wartawan The Malaysian Insider.

Dr. Mazlan namanya yang disebut2 bakal menduduki jawatan itu menjadi pilihan kerana berkecenderungan ke arah UMNO. Menurut TMI, pihak mereka mencuba untuk menghubungi Dr. Mazlan bagi mengesahkan maklumat tersebut namun menemui kegagalan.



Sedikit petikan dari laporan berita tersebut ;
Sharil ditekan terutamanya daripada kumpulan sayap kanan dan sesetengah ketua bahagian Umno kerana tidak mahu mengawal Internet di Malaysia terutamanya yang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Bagaimanapun, semakan di laman sesawang SKMM mendapati nama Sharil masih lagi berada dalam senarai sebagai pengerusi agensi kerajaan tersebut. Difahamkan, beliau sudah menerima nota terima kasih daripada kerajaan di atas perkhidmatannya.

Sharil yang mempunyai latar belakang pendidikan guaman mula menyertai SKMM pada 2000 sebelum meninggalkannya pada 2006 untuk menjadi pengarah eksekutif dan ketua strategi sebuah firma perunding kewangan BinaFikir.

Beliau menyertai kembali SKMM pada 2008 dan dijadikan pengerusi pada 2011. Rakan-rakan industri memberitahu Sharil dihormati di peringkat antarabangsa sebagai berpendirian tegas dan pengawal selia yang progresif.

Difahamkan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek seharusnya sudah mengumumkan nama pengerusi baharu tetapi ia tertangguh kerana sibuk menangani isu banjir yang sedang melanda negeri di pantai timur.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...