Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 6 Januari 2015

Apa Itu E-Coli & Kenapa Najib Razak Dijangkiti Dengan Bakteria Itu Selepas Pulang Dari Bangkok?


Najib dan para penyokongnya boleh marah aku selepas membaca penulisan ini. Dan aku tak bercadang nak mendiamkan keraguan aku. Setuju atau taknak bersetuju itu kau punya pasal. Masing2 ada hak masing2 untuk menyuarakan apa yang dia fikir. Lantak lue orang lah. 

Selepas aku membaca satu komen yang aku suspect dia sebenarnya nak bagi sesuatu hint kat aku di facebook, aku laju2 p baca serba sedikit tentang bakteria E-Coli neh. Aku tahu sikit2 je pasal penyakit tersebut. Kalau penyakit E-Joli yang Rosmah kena tue aku tau la banyak2. Tak payah la nak explain panjang2. By name pun semua orang apa bangsa apa agama pun tahu sangat sangat penyakit yang dihadapi oleh mama kesayangan kita tue.

Hehe.

Apa itu E-Coli?

Secara ringkas E. coli atau nama saintifiknya Escherichia Coli adalah sejenis bakteria yang kebanyakannya tidak memudaratkan dan selalu ditemui mendiami usus manusia dan haiwan berdarah panas seperti lembu dan lain-lain.
Secara semulajadi, bakteria tersebut berfungsi memelihara saluran usus daripada dijadikan ‘kediaman’ bakteria pathogenic dengan menghasilkan vitamik K2. Cuma sebahagian kecil jenis E. coli yang mampu membawa kepada cirit-birit biasa.
Namun bakteria ini tak boleh juga dipandang enteng, kerana E. coli 0157:H7 boleh membawa kepada kekejangan abdomen dan keradangan di bahagian usus hingga mengakibatkan keluar darah ketika proses buang air besar dan muntah.
Pada musim hujan seperti sekarang, mangsa banjir terutamanya harus waspada kerana bakteria ini lebih mudah menjangkiti kerana pencemaran air.
Bagi mengelak atau mengurangkan risiko dijangkiti E.coli yang mendatangkan penyakit, moleklah jika anda hanya meminum air yang sudah dididihkan dan mengelak dari meminum air yang tidak dimasak atau susu yang tidak dipasteurkan.
Selain itu, elakkan dari memakan sayur-sayuran mentah dan daging kurang masak kerana ia boleh menjadi perumah atau medium terbaik buat E. coli sebelum memasuki sistem tubuh manusia.
Bukan itu sahaja, sentuhan juga boleh menjadi penyebar jangkitan dari satu individu kepada individu lain. Maka pastikan tangan anda dan keluarga sentiasa dalam keadaan bersih dan kerap dicuci.
Kanak-kanak dan warga emas merupakan golongan paling mudah dijangkiti bakteria ini kerana sistem imun badan mereka yang kurang sukar menghalang pembiakan bakteria.
Justeru golongan ini biasanya memerlukan tempoh lebih lama untuk sembuh berbanding golongan belia dan dewasa.
Ingat.. andai anda mengalami masalah cirit-birit berterusan hingga melarat kepada pengeluaran darah, hadapi kekejangan di bahagian abdomen dan pening-pening, ada baiknya segera berjumpa doktor kerana E. coli mungkin sedang beranak-pinak dalam usus anda.
Ini sumber rujukan. 
Jika aku memilih untuk percaya Najib dijangkiti dengan bakteria tersebut, maka ini yang aku fikir ;
- Najib ialah golongan bangsawan.
- Baru minum dan makan makanan biasa bersama2 rakyat yang terjejas angkara banjir dah tak dapat nak disesuaikan dan dibiasakan dengan usus dia yang seringkali hanya makan makanan yang mahal dan berstandard tinggi.
Tapi. Aku tak fikir aku percaya dia menghidapi penyakit itu. 60% dari ahti aku merasakan bahawa dia sebenarnya bukan sakit itu. 40% dari aku aje yang fikir bahawa dia benar2 sakit.
- Najib ialah perdana menteri Malaysia.
- Tiada rekod atau catatan berita yang mengatakan mangsa2 banjir dijangkiti dengan penyakit tersebut. Ketika artikel ini ditulis, aku search beberapa portal berita dan aku tak menemukan apa2 hasil. 
- Dalam banyak2 mangsa banjir dan sukarelawan yang duduk, tinggal, bersihkan, makan, minum, berkeliaran, bermain dengan air banjir dan sebagainya, mereka semua 'bebas' dari jangkitan E-Coli.
- Apatah lagi Najib tak boleh makan sebarang makan. Minum sebarang minum. Yang jaga dia kiri kanan atas bawah. Kasut pun orang bukakan. Apa je dia buat ketika melawat mangsa2 banjir sehingga menyebabkan dia orang pertama yang dijangkiti E-Coli dalam musibah banjir 2014 tue?
- Jika berjangkit melalui makanan dan minuman yang tercemar, well.. dia dua hari lepas di Bangkok. Dan paling penting, satu2nya. Aku ada baca beberapa portal yang menulis bahawa jangkitan akibat 'salah makan' memakan masa 1 hingga ke 12 jam sebelum menunjukkan kesan. Memang ada logiknya juga kerana melawat mangsa banjir Najib terkena penyakit tersebut. Rujuk sini. Tapi dalam 48 jam yang terakhir sebelum Najib kembali ke Malaysia, Najib tidak menunjukkan tanda2 dijangkiti penyakit. Siap update twitter kata jumpa PM Thailand untuk ucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan dan bertukar2 pandangan bagi mengatasi banjir di Malaysia plak tue.
- Dan yang paling kebetulan yang amat, Najib sakit sebaik tiba dari Bangkok dengan penerbangan pesawat yang menjadi kontroversi ketika ini.
- Untuk rekod, selain dari Najib Razak, bersepah2 lagi menteri yang turun padang membantu mangsa banjir. Pemimpin2 dari BN dan PR pun bersepah2. Wakil rakyat BN siap harung air separas tengkuk hantar beras pun ada. Dan yang paling penting Shabery Cheek, menteri paling sibuk dari hari pertama banjir lagi pun takde kena apa2 jangkitan penyakit pula.
Nampak?
Apakah sebenarnya Najib perlukan masa untuk bertenang dan menenangkan diri? Aku tatau la. Kalau la boleh aku nak sangat pergi intai Najib laju2 dan tengok apa yang dia buat sekarang. Kalau ada teropong ajaib memang laju2 gak nak teropong Najib. Baru boleh tahu dia betul2 sedang berehat kerana sakit ke ataupun sedang rangka strategi perlawanan bagi melawan kritikan rakyat dalam isu pesawat 9M-NAA.
Aku mengaku aku memang ragu2 sikit dengan Najib Razak. Just in case, kalau dia menipu dan kantoi, aku akan pertikaikan. Tapi kalau dia betul2 sakit, aku harap dia cepat sembuh sebab penyakit E-coli yang aku baca ada juga kes yang membawa maut. Bahaya gak tue. Tapi tetap tak boleh lawan penyakit yang Rosmah Mansur kita hidapi. E-joli. Virus E-joli tue pulak sampai sekarang belum ada penawarnya. Itu pun satu lagi masalah yang nak kena fikir gak tue.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...