Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 5 Januari 2015

Kos Minyak Untuk Pesawat 9M-NAA Cecah Setengah Juta Dedah PKR !!!! (Tak Termasuk Lain-Lain Kos Berkaitan).


Ya.

500 ribu adalah anggaran yang didedahkan oleh PKR sebentar tadi. 

Memetik satu laporan yang disiarkan menerusi portal The Malaysian Insider, ketua pemuda penerangan PKR, Lee Chean Chung berkata kos belanja minyak penerbangan pesawat negara 9M-NAA yang baru pulang ke negara selepas mengelilingi dunia dianggarkan bernilai RM500,000.

Penerbangan yang dibuat oleh pesawat Airbus 319 ialah dari Malaysia - Honolulu - Los Angeles - Indianapolis - Los Angeles - New York - Dubai - Bangkok dan kemudian pulang semula ke Kuala Lumpur.



Tambah Lee Chean Chung lagi, "Dengan harga minyak jet antarabangsa RM7.68 per gelen, penumpang misteri di atas jet 9M-NAA menggunakan minyak jet yang bernilai RM494,404!

"Jumlah ini masih belum mengambil kira kos pengupahan juruterbang, kos pendaratan kapal terbang, kos parkir pesawat, kos penyimpanan pesawat (hangar fee), kos tanjakan pesawat (ramp service), kos penyelenggaran jet dan lain-lain".


Dalam satu kajian yang dibuat Biro Penerangan Pemuda PKR, mereka mengganggarkan hampir 64,232.36 gelen minyak jet telah digunakan ketika pesawat tersebut terbang di laluan yang dinyatakan.

Dan, Lee juga menuntut kerajaan mendedahkan siapa "individu misteri" yang menggunakan pesawat rasmi negara tersebut. Sehingga ke hari ini Putrajaya enggan mengeluarkan kenyataan rasmi siapakah individu yang menggunakan pesawat tersebut tanpa kehadiran perdana menteri Najib Razak yang didesak untuk pulang awal ke Malaysia selepas beberapa negeri dilanda banjir teruk.
 

"Jet rasmi kerajaan Malaysia 9M-NAA yang diterbangkan merantau dunia dengan membawa penumpang misteri akhirnya 'pulang' ke tanah air Malaysia pada 4 Januari 2015.

"Namun sehingga hari ini, persoalan berkenaan siapakah VIP misteri yang dibenarkan menggunakan Jet Rasmi 9M-NAA masih tidak terjawab," katanya.
 

Lee juga diaporkan berkata kepada The Malaysian Insider, perbelanjaan tersebut sepatutnya disalurkan kepada bantuan banjir daripada digunakan sewenang-wenangnya.

"Dengan anggaran harga pemborong beras RM2 sekilo, RM494,404 boleh digunakan membeli 247 tan (247,202kg) beras untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

"Jika digunakan untuk membeli sardin (harga RM2.50 setin), RM494,404 boleh menampung 197,761 tin sardin untuk diagihkan kepada mangsa banjir,".
 

Pesawat rasmi kerajaan 9M-NAA akhirnya tiba di Lapangan Terbang Subang pada jam 11.15 malam tadi. Siasatan di website flighradar24, menunjukkan yang pesawat itu mendarat di KLIA pada jam 10.20 malam yang berlepas dari Bangkok dan kemudian terbang menuju ke Lapangan Terbang Subang dan selamat mendarat pada jam 11.15 malam.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...