Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 7 Januari 2015

Kantoi - 1MDB Gagal Bayar Hutang 2 Billion Ikut Tarikh Yang Ditetapkan !!!!

WOW!!!

Berita neh huge kot. Jika sebelum neh orang mempersoalkan ;

Kenapa 3 CEO, 3 akauntan dan 2 pengerusi dalam masa 5 tahun kali neh 1MDB dilaporkan gagal membayar semula pinjaman bernilai 2 billion dalam tempoh yang dijadualkan. Isu pasal CEO itu timbul bila 1MDB memutuskan untuk melantik CEO baru iaitu Arul Kanda Kandasamy apabila Mohd Hazem Abdul Rahman memutuskan untuk meletak jawatan serta merta pada 5 Januari 2015.

Boleh rujuk sini dan sini.

Baca persoalan yang ditimbulkan oleh seseorang yang bergiat aktif dalam dunia korporat. Dia mengaju persoalan dalam masa 5 tahun sahaja, 1MDB telah menukar 3 kali CEO, 3 kali individu yang bertugas menjaga akaun dan 2 kali pengerusinya. Ini jelas menunjukkan yang 1MDB menghadapi sesuatu masalah apatah lagi dengan jumlah hutang yang mencecah lebih dari 40 billion ringgit Malaysia seperti yang dilaporkan menerusi portal The Malaysian Insider.

Dan tadi Malaysiakini memetik laporan dari agensi berita REUTERS, bahawa 1MDB dilaporkan gagal membayar semula pinjaman mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Baca ;


Nilai pinjaman ialah 2 billion banyaknya dan pinjaman itu digelar sebagai bridge loan. Orang yang terlibat dalam bidang kewangan mungkin lebih memahami apa yang dimaksudkan sebagai pinjaman darurat.

Tetapi bagi mereka yang di luar bidang boleh rujuk sini dan sini untuk memahami serba sedikit apa itu bridge loan. 

Hasil pembacaan aku tentang bridge loan, ini info yang aku temukan ;

1. Pinjaman jangka masa pendek antara 2 minggu hingga 3 tahun.

2. Apabila individu atau syarikat memerlukan aliran wang tunai dengan segera bagi memenuhi keperluan. Andaikata 1MDB sangat mempunyai banyak aliran wang tunai, perlu kah dia mengambil pinjaman ini?

3. Faedah, bunga dan riba yang lebih tinggi berbanding pinjaman jenis konvensional.

Aku tak tahu terma2 perjanjian 1MDB dengan MAYBANK & RHB berkaitan pinjaman tersebut. Cuma ini apa yang aku fikir.

Pertama. 1MDB kekurangan aliran wang tunai. Sebab tue mereka perlu melakukan pinjaman.

Kedua. 1MDB menghadapi masalah kewangan. CEO lama berhenti mungkin atas dasar mengambil tanggungjawab apabila gagal membayar hutang mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Ketiga. 1MDB gagal mendapatkan keuntungan sebab tue mereka menghadapi masalah kewangan. Masalah kewangan ini la yang menjejaskan pembayaran balik hutang mengikut tempoh. Ini kontradiks dengan penjelasan menteri bahawa 1MDB memberikan pulangan kepada negara.

Kalau sungguh la 1MDB neh mendatangkan lebih banyak kerugian berbanding keuntungan, aku memikirkan kepada siapa agaknya masalah itu akan dicampakkan. Rakyat Malaysia? Sekali lagi?

Phew.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...