KAH KAH KAH
Baru2 neh Sultan Kelantan buat pengumuman bahawa sebanyak rm32 juta akan disalurkan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban yang mereka alami.
Bantuan itu dipecahkan kepada beberapa perkara.
10 juta diperuntukkan untuk bantuan one-off. Bagi duit tunai.
12 juta ialah bantuan untuk membina dan membaiki rumah.
5 juta untuk baiki segala kerosakan berkaitan masjid.
2 juta ialah bantuan berkaitan perubatan dan kesihatan.
2 juta untuk mengisi tabung bencana negeri.
1 juta untuk pelbagai perbelanjaan am.
Bagaimana caranya untuk mangsa banjir memperolehi bantuan yang disediakan oleh MAIK itu?
Perlukah mereka menaiki pejabat MAIK dan minta borang?
Sepatutnya perlu. Kerana itulah standard operasi MAIK dan mana-mana pusat berkaitan pengagihan bantuan under kerajaan kat negara neh. Karenah biokrasi dan bantuan untuk rakyat berpisah tiada. Tapi. MAIK ubah SOP mereka selepas dikutuk kaw2 oleh masyarakat awam. Khususnya bagi mereka yang terjejas.
Sedikit ulasan ;
Orang dah marah maka mereka tukar SOP serta merta. Kali neh gunakan ketua jajahan di kawasan masing2.
Ini surat rasmi berkaitan hal tersebut ;
Kaedah pertama. Dan kaedah kedua. Ia membuktikan MAIK itu apa pada korang?
Dengar nasihat rakyat sebab tue tukar SOP?
MAIK respon secara positive dengan kritikan?
Atau MAIK ialah PEMALAS nak mampos?
Cara pertama dan cara kedua membuktikan yang MAIK by hook or by crook tetap mengharapkan pada orang bergolek2 meminta bantuan kepadanya.
Cara pertama. Directly antara yang terjejas dengan MAIK.
Cara kedua. Indirectly antara yang terjejas dengan MAIK.
Kenapa MAIK sendiri tak turun padang dan consult sendiri pada yang terjejas tanpa mengharapkan peranan third party seperti ketua jajahan di tempat masing2?
Kenapa MAIK sendiri taknak turun padang dan percaya melulu pada ketua jajahan pula?
Kau ingat semua ketua kampung ahtinya suci murni ke apa?
Sungguh ada yang baik tapi ada juga yang keji.
Kat tempat aku neh ada ketua kampung yang keji. Bahkan aku rasa ketua kampung yang keji neh bukan ada kat tempat aku jek malahan bersepah-sepah di ceruk merata Malaysia.
Pada aku. MAIK kena tukar strategi la.
Dia turun padang, buka meja, bawa borang, dan biar mangsa isi terus kat situ. On the spot.
Jangan gunakan atau harapkan pada laporan third party semata-mata. Karenah biokrasi macam neh la kadang2 menyukarkan dan menyusahkan mangsa yang terjejas sebenarnya.
Kalau ada nama2 yang tertinggal atau ditinggalkan, kan dah menyusahkan orang tak pasal2.
Part MAIK kata mangsa banjir tak perlu susah payah naik pejabat dan amek borang dah betul. Tapi part MAIK kata dorang akan salurkan bantuan berdasarkan kepada maklumat dan nama-nama yang dibekalkan oleh ketua penjajah tue aku tak gemar.
Apa kata MAIK turun padang buat tinjauan sambil edar borang. Bergerak la sikit. Pastikan ko turun ke semua kawasan yang terjejas tak kira la kat ceruk mana pun untuk agih borang. Agih borang tue pula jangan agih aje. Pastikan mereka terus isi on the spot dan kau terus amek borang berkenaan. Satgi nak jadi satu kerja pula. Agih dan hantar. Tolong ek MAIK. Aku yakin ko semua boleh melakukannya.
KAH KAH KAH