Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 23 Januari 2015

Pekerja Swasta & Bekerja Sendiri Juga Tiada Duit Nak Beli Rumah - Mana Suara Kami?


Korang perasan tak? CUEPACS ada kesatuan kerja untuk memperjuangkan hak-hak mereka dalam negara ini.

Setiap kali masuk berita.

CUEPACS minta itu minta ini untuk penjawat awam.

Yang terbaru CUEPACS minta agar harga rumah diturunkan bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah sendiri.

CUEPACS juga mahu kerajaan lakukan sesuatu berkaitan pinjaman bank agar kakitangan awam diberikan lebih banyak kelonggaran supaya mereka boleh mendapatkan pinjaman bank lebih mudah.

Dari apa yang aku perhatikan. Kakitangan awam la paling mudah diberikan pinjaman sebenarnya. Sebab kerja tetap dan paling penting terjamin atas sebab dia penjawat awam.

Kalau ko tengok pinjaman koperasi dan pinjaman dari agensi kewangan berlesen pun dorang mengutamakan kakitangan awam berbanding pekerja swasta dan peniaga.

Part harga rumah yang mahal aku setuju. Tetapi part mengatakan yang kakitangan awam sukar mendapatkan pinjaman untuk membeli rumah aku sebenarnya tak setuju. Mungkin aku salah. Jadi boleh betulkan point aku kat bawah di ruangan komen. Cuma ini yang aku rasa berdasarkan pemerhatian aku.

Aku tak persoalkan peranan CUEPACS. Jangan salah faham. Bagi aku CUEPACS memang buat kerja la bila dia minta itu ini dan macam-macam demi mempertahankan hak penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan.

Tapi korang perasan tak? Yang sebenarnya pekerja2 swasta dan yang bekerja sendiri samada berniaga atau dalam bidang2 lain sebenarnya takde union ataupun kesatuan yang boleh membela nasib mereka.

Aku tatau jika ada union untuk pekerja swasta. Sepertinya aku tatau jika ada union untuk yang bekerja sendiri.

Aku terfikir. Alangkah bagusnya jika kakitangan swasta dan yang bekerja sendiri ini ada union nya yang tersendiri seperti CUEPACS bagi memperjuangkan dan membela nasib kakitangan pekerja swasta kat negara neh. 

Contohnya. Kita boleh menyuarakan masalah2 yang dihadapi oleh peniaga yang didiskriminasi oleh majlis perbandaran melalui pengagihan kedai secara tidak adil dan masalah perlesenan secara konsisten jika kita ada satu union yang kuat dan kukuh bagi menyuarakan hak kita yang tertindas.

Kita boleh menggunakan union untuk melawan korupsi dalam agensi kerajaan yang membenarkan warga asing masuk berniaga di pasar-pasar tani dan pasar malam.

Kita boleh menggunakan union agar peniaga dan yang bekerja sendiri (tak semestinya meniaga) diberikan peluang seadilnya untuk mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah.

Begitu juga alangkah bagusnya jika kita ada union yang boleh membela nasib pekerja2 swasta yang tertindas dengan majikan dan polisi kerajaan yang double standard. Kami pun nak peluang yang seadilnya kerana kami pun bayar macam-macam kat negara neh. Bukan penjawat awam aje yang membayar, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri pun menyumbang kepada negara.

Tapi kat mana suara kami?
Siapa yang menjadi wakil kami?
Siapa yang bercakap untuk membela nasib kami?
Siapa yang berjuang untuk kami?
Siapa yang memekak pong pang pong pang agar kami diberikan hak untuk beli rumah juga?
Pasal gaji?
Pasal layanan diskriminasi dan teruk majikan ke atas kami?
Penindasan dan double standard yang dilakukan oleh pihak tertentu ke atas kami?

Takde.

Memang senang la kena buli macam tue.

Apa yang ada ialah perseorangan. Perpecahan. Sana cakap sikit. Sini cakap sikit. Situ cakap sikit. Secara berasingan sedangkan masalah kita semua sama. Senang cakap kita tak duduk dalam satu movement. Sedangkan kita diajar melalui lidi yang sebatang senang ditundukkan, lidi yang sekumpulan sukar dipatahkan tetapi kita sendiri tak disatukan melalui satu organisasi yang kuat dan kukuh bagi memperjuangkan hak-hak kita di negara ini.

Bagaimana?

Boleh kah pemimpin kerajaan atau pakatan rakyat atau individu tertentu mula menubuhkan kesatuan bagi mempertahankan dan membela nasib pekerja swasta dan yang bekerja sendiri seperti kami?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...