Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 23 Januari 2015

Hapuskan PLKN, Jangan Bayar Gaji Buta Kepada Kakitangan PLKN & Cadangan Gantian Program PLKN.


PLKN perlu dihapuskan kerana tak memberikan kebaikan waima satu inci pun. Kau pergi program latihan tue ini yang ko akan lalui ;

- Dapat makan 6 kali sehari.

- Jalani latihan ala ketenteraan yang kelakar-kelakar

- Ditawarkan pelbagai jenis kursus dari IPTS dan program franchais sana sini

- Melepak dan jumpa kawan-kawan baru dan lama 

- Belajar menembak kalau diberikan kebenaran

- Dengar jurulatih PLKN membebel blablabla..negara blablabla.. berbakti.. blablabla... patriotisme blablabla.. aku rasa tengok semut berjalan atas pasir sampai dia tiba di destinasi pun lagi best dari dengar jurulatih PLKN merepek

- Buat aktiviti sempena bakal tamat latihan

- Dapat sijil

Lepas tu? Lepas tue? Apa pun takde.

Keburukan PLKN di Malaysia pula ;

1. Memaksa pelatih menghadiri PLKN walaupun mereka taknak. Walaupun ibu bapa berat ahti.

2. Sudah la memaksa, dan kerajaan pula tidak cekap dalam menanggani kes kematian peserta PLKN dalam latihan. Yang kena rogol pun ada. KERAJAAN GAGAL MENJAGA ANAK2 YANG MENJALANI LATIHAN PLKN SETELAH MEMAKSA IBU BAPA UNTUK PATUH DAN TUNDUK PADA POLISI BEBAL DORANG.



3. Setelah anak2 ini mati atau dirogol atau dibuli atau disakiti dan emosi mereka terjejas, emosi ibu bapa terjejas kerana kehilangan anak tersayang, apa pula tindakan kerajaan untuk bertanggungjawab? Boleh kah kerajaan hidupkan kembali anak2 yang mati? Boleh kah kerajaan memutar semula masa bagi peserta perempuan yang dirogol? Kerajaan tidak bertanggungjawab langsung.

4. Kegagalan menyediakan tahap keselamatan yang sempurna dan terbaik bagi pelatih-pelatih PLKN agar mereka boleh menjalani latihan kelakar-kelakar bangang neh untuk tempoh lebih kurang 3 bulan pun kerajaan tak mampu nak buat.
 

5. Mencampurkan peserta perempuan dan lelaki.

6. Mewajibkan peserta perempuan untuk turut serta.

7. Tidak memberikan option agar latihan ini dijalani secara sukarela bagi pelajar2 yang inginkan bukannya memaksa seperti konsep sekarang.

SEKARANG CUBA FIKIR KENAPA KERAJAAN GUNAKAN KONSEP PEMAKSAAN SEPERTI HAMBA ABDI DIBUATNYA KE ATAS RAKYAT MALAYSIA?

Ini kerana jika dibuat secara SUKARELA haram le orang nak pergi. Mesti majoriti ramai yang TAKNAK PERGI dari PERGI, kan? 

Kenapa KERAJAAN nak orang RAMAI pergi pula?

Projek baju seragam?
Projek catering?
Projek IPTS JV tawar kursus?
Projek keselamatan?
Projek pembersihan?
Projek tukar cadar, tukar tilam?
Projek itu ini?

PLKN diwujudkan bukan untuk memanfaatkan rakyat sebaliknya berperanan untuk menggunakan rakyat sebagai alat bagi mencapai maksud tertentu.

Maksud tertentu kat sini ialah PROJEK.

Sampai bila rakyat harus memperbodohkan diri mereka untuk dijadikan alat bagi memenuhi kepentingan pihak tertentu. Bodoh sangat ke rakyat sampai tak boleh melawan dan menghentikan penindasan ke atas mereka?

PLKN perlu dimahsuhkan secara total. Jika kita mahu kesiankan kat operator2 PLKN yang kehilangan kerja, projek dan tender, siapa pula yang nak kesiankan kat kita kalau anak-anak kita andaikata mati ketika jalani latihan PLKN ini kelak? Duit boleh dicari. Kerja boleh dicari. Selagi hidup projek dan tender silih berganti. Tetapi bukan nyawa.

Apatah lagi jika nyawa anak itu hilang disaat dia dipaksa menghadiri satu program yang tiada jalan keluarnya melainkan dia sakit. 


Orang kata. Mati ada di mana-mana. Ya. Mati memang ada di mana-mana. Tetapi itu tak mewajarkan anak2 untuk dibenarkan mati ketika menjalani latihan PLKN. Kerana PLKN itu program seliaan di bawah kerajaan. Jika kerajaan tak boleh SECURE nyawa anak2 ini maka jangan la paksa mereka untuk hadir.

Jurulatih dan operator PLKN perlu dibawa ke kawasan banjir.

Ya. Daripada bayar gaji buta. Mengikut menteri bahawa gaji kakitangan PLKN akan berjalan seperti biasa walaupun PLKN ditangguhkan buat sementara.

Ini namanya makan gaji buta. Kesemua mereka sepatutnya diangkut ke kawasan banjir bagi bersihkan kawasan dan pulihkan semula kawasan2 yang terjejas angkara banjir.

Bagi mereka kerja sehingga selesai dan bayarla pampasan sewajarnya andaikata kerajaan bersetuju dengan cadangan rakyat agar PLKN dimahsuhkan secara total.

Cadangan program ganti kepada PLKN.

1. Ada baiknya jika kerajaan tiru sebijik2 seperti SG dan Korea Selatan buat khidmat nasional di negara mereka.

2. Berbanding buat latihan kelakar2 elok terapkan anak2 ini ke latihan ketenteraan yang sebenar-benarnya.

3. Perempuan dikecualikan secara total melainkan ada permintaan dari mereka untuk turut serta.

4. Korea Selatan buat dua tahun. Singapore pun sama. Ia wajib bagi setiap lelaki yang sihat, berakal dan sempurna untuk menjalani latihan tersebut bagi memberikan khidmat bakti kepada negara.

5. Ajarkan mereka semangat patriotisme (tanpa pembabitan politics) disini. Ilmu berkaitan ketenteraan, keselamatan, untuk mereka pertahankan diri dan orang awam, untuk mereka menjadi berani, untuk mereka tahu baik buruk kesan sesuatu tindakan, ajar mereka macam2 berkaitan ilmu yang bermanfaat, pupuk semangat mereka betul2 untuk mereka keluar menjadi seorang lelaki yang baik.

6. Kerajaan bayar elaun kepada mereka untuk sara diri. Dalam waktu yang sama kerajaan bantu mereka jalani kehidupan berpandukan undang2. Dalam waktu yang sama juga rakyat tahu dan terdedah dengan keselamatan negara. Jadi apabila sesuatu berlaku kelak, mereka tahu bagaimana untuk mempertahankan negara dari serangan kerana kesemua mereka sudah ada asas.

7. Selepas itu bagi mereka2 yang memohon untuk diserap sebagai askar dan tentera, kerajaan boleh buat pengambilan manakala bagi yang mahu menamatkan latihan dengan jayanya selepas memberikan khidmat bakti kepada kerajaan, mereka dilepaskan dengan ilmu dan pengalaman yang bermanfaat.

Ini yang patut kerajaan buat. Bukan PLKN. Buat khidmat negara seperti mana negara2 maju yang lain buat. Latihan kelakar2 dan main2 dalam PLKN bukan khidmat negara sebaliknya khidmat buang masa.

Dengan penjimatan 400 juta setahun melalui pemahsuhan PLKN adalah baik jika ;

1. Kerajaan lengkapkan prasarana sekolah.

2. Tengokla sekolah2 luar negara macam mana. Banyak kan lah membaca, mengkaji dan tengok dokumentari sistem persekolahan negara2 maju. Jangan bandingkan dengan negara2 yang kurang maju. Kita makin lama makin nak meningkat bukan nak merundum.

3. Sekolah bangunan bertutup kerana bangunan terbuka dan terdedah merisikokan nyawa budak2 ini. 

4. Berhimpun dalam dewan tertutup bukan terbuka. Lapisan ozon semakin susut. Sekolah kita bukan satu sesi tapi dua. Budak2 yang berhimpun tengahari pun ada. Bukan seminggu sekali je yang jadi persoalan. Perhimpunan selepas rehat dan perhimpunan untuk event2 tertentu. Sekolah di negara maju ada dewan ada kerusi sangat civilize la.

5. Keadaan kelas yang sangat teratur dan bersih. Lantai bukan setakat simen bahkan pasang mosaic.

6. Lokar yang sangat tersusun dan setempat.

7. Kantin yang sangat luas dan berimejkan pendidikan

8. Sesetengah sekolah ada kipas dan air cond

Sampai bila kita harus meremehkan dan merendahkan status sekolah awam hanya kerana ia sekolah awam?

Sekolah awam itu dibiayai menggunakan duit pembayar cukai bukan menggunakan duit poket pemimpin BN.

Kenapa pemimpin BN enggan meningkatkan prasarana sekolah awam dan alirkan duit pembayar cukai kepada rakyat secara saksama?

Kerana nak simpan untuk diri sendiri atau projek kroni?

Inila masanya. Untuk kita bangkit sama2 dan menuntut hak sekolah awam. Sekolah awam tak layak ada pintu kopak atau cermin pecah dan tak lengkap. Sekolah awam tak layak diperlihatkan buruk dengan warna cat yang luntur. Sekolah awam tak patut ada lokar yang hancur. Sekolah awam tak patut ada suasana kelas yang hambar dan buruk. Sekolah awam dibiayai oleh pembayar cukai maka sudah sepatutnya prasarana sekolah awam berada di tahap yang terbaik memandangkan ia didanai oleh rakyat.

Ini baru lah sekolah awam di negara maju.



Ada nampak lantai simen?

Ada nampak meja kopak

Ada nampak tingkap pecah?

Ada nampak pintu atau lokar kopak?

Ada nampak suasana kelas yang hambar?

Takde. Ini kerana rakyat di negara itu paksa dan pastikan ahli politik dan pemimpin di negara mereka buat kerja.

Pada saat ada pintu kopak di sekolah awam, pada saat ada pemegang tangga yang berkarat, pada saat warna cat pagar luntur, pada saat sekolah kekurangan prasarana dan kelengkapan itula saatnya yang membuktikan kita ada pemimpin dan rakyat yang satu haram jadah tak hingin buat kerja dan amek port masalah2 pendidikan anak2 di negara ini.

Pemimpin makan gaji buta. Itu satu hal. Persoalannya, atas sebab apa rakyat kita pula benarkan pemimpin bersikap demikian? Bodoh sangat ke rakyat sampai tak reti nak bersuara dan melawan?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...