Antara maklumat lain yang disertakan oleh Interpol ialah nama penuh dan gambar Sirul Azhar Umar. Interpol turut memuatkan satu kenyataan ringkas yang menerangkan bahawa Sirul menjadi orang buruan bagi Polis Diraja Malaysia kerana dijatuhkan hukuman mati. Maklumat yang dimuatnaik oleh Interpol adalah bertujuan untuk edaran umum dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan agar menghubungi Interpol bagi membantu siasatan kes. Maklumat lanjut mengenai kes pembunuhan dan penjenayah pula akan disalurkan jika permintaan dibuat ke atas Interpol menerusi website tersebut.
Ini apa yang Interpol hebahkan.
Altantuya ditemui mati di Bukit Raja, Shah Alam di antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Altantuya dilaporkan telah dibom menggunakan C4 selepas ditembak mati. Kes pembunuhan model sambilan dari Mongolia itu mendapat perhatian umum kerana kes pembunuhan tersebut dikaitkan dengan bekas pembantu Najib Razak. Altantuya mati pada usia 28 tahun dan meninggalkan 2 orang anak hasil dari dua perkahwinannya yang berakhir dengan perceraian ketika hidup.