Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 21 Januari 2015

Sirul Azhar Akhirnya Berjaya Ditangkap.


Anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Koperal Sirul Azhar Umar, yang dikenakan perintah ekstradisi bagi menjalani hukuman mati kerana bersalah membunuh model dan penterjemah Altantuya Shaariibuu, dilaporkan telah ditahan di Queensland.

Sirul Azhar, 43, kini sudah semalaman berada dalam tahanan pegawai imigresen di Brisbane selepas notis merah dikeluarkan polis antarabangsa (Interpol), lapor media Australia.

Notis merah Interpol bermaksud usaha mencari serta menangkap individu yang dikehendaki tersebut akan dilakukan oleh suatu bidang kuasa kehakiman atau tribunal antarabangsa, dengan tujuan untuk mengekstradisi.

Altantuya dipercayai dalam keadaan hamil sewaktu dibunuh dengan tembakan di kepala dan kemudian diletupkan dengan bahan ledakan di pinggir Kuala Lumpur pada tahun 2006. - Awani-


Kelmarin. PAS ada membuat sidang media bagi meminta Sirul Azhar buka mulut siapa yang arahkan dia membunuh Altantuya. PAS bersedia bekerjasama dengan Sirul jika Sirul bersedia buka mulut dengan mendedahkan siapa yang mengarahkan dia melakukan pembunuhan tersebut.

Then semalam. Interpol keluarkan notis merah. Dan hari ini Sirul ditahan.

Aku syak la. Syak saja. Sirul perlu ditahan dan berada di dalam pengawasan pihak tertentu sebelum dia bertindak buka mulut memandangkan terlalu banyak desakan dari pelbagai pihak yang mahu Sirul tampil memberikan penjelasan tentang motif dan kronologi kes pembunuhan Altantuya.

Sebelum Sirul jatuh ke tangan2 pihak yang ber-risiko mampu memujuk Sirul untuk buka mulut baikla Sirul berada dalam kawalan dan pemerhatian mereka.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...