Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 19 Januari 2015

Blogger Milo Suam Dijatuhkan Hukuman Penjara 2 Tahun.


Sebelum ini seorang blogger mesra Pakatan Rakyat yang menulis di sharpshooter.blogspot.com telah dihukum penjara selama 3 bulan kerana menulis artikel yang mengaitkan Rais Yatim dengan seorang pembantu rumah dari Indonesia.

Baca : Blogger PR Dipenjara Selama 3 Bulan.

Kali ini seorang lagi blogger mesra Pakatan Rakyat telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun kerana menyiarkan satu gambar yang mendedahkan bahawa Sabah bakal di serang Sulu. Gambar atau dokumen itu adalah dibawah kuasa MKN = Majlis Keselamatan Negara. Aku tak pasti samada gambar itu sahih atau palsu tetapi MKN tidak menafikan penyebaran dokumen berkenaan.

Apa yang dibuat ialah individu yang menyebarkan dokumen berkenaan dipanggil untuk siasatan polis atas nama khianat awam.

Dan Milosuam disiasat dan didakwa dibawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan di Kota Kinabalu, Sabah, kerana perkara tersebut membabitkan keselamatan dan kedaulatan negeri Sabah jadi perbicaraan perlu dijalankan di sana.

Selepas menjalani perbicaraan selama berbulan-bulan, pada hari ini mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Milosuam dan dia dihukum penjara selama 2 tahun.

Hukuman penjara 2 tahun ialah hukuman maksimun dalam Seksyen 505 
Kanun Keseksaan dan Milo tidak la dipenjarakan lagi kerana peguamnya akan melakukan rayuan bagi kes tersebut. Hukumannya ditangguhkan sehingga keputusan rayuan dibacakan. Ketika menjalani proses perbicaraan, banyak juga duit yang milo kena keluarkan. Pergi balik Sabah je dah berapa berhabis. Nak hadir mahkamah untuk proses perbicaraan. Kalau tak hadir kena tuduh hina mahkamah pula. Sekali kena jatuh hukum. Kesian woo. Memang kesian kawan aku. Upload satu gambar pun kena penjara 2 tahun. Yang dok sebar video lucah dan fitnah berjela-jela pun relax je kan. Adilnya lahai. 


Masa. Duit. Dan kebebasan. Semua hilang.

Tapi kan. Sejak apa yang terjadi ke atas Milo Suam, aku dan King J (Jason, aku suka panggil dia King J), dah jadi cuak dan takut untuk sebarkan maklumat yang dianggap OSA dan ISA neh. Bukan kami tak pernah dapat tapi kami jadi takut nak sebar.

Satgi sebar punya sebar punya sebar punya sebar hah kau tak pasal2 aku dalam penjara.

Kalau ye pun aku nak sangat masuk penjara. Biarla atas kes melempang Najib live depan tv ke. Marah Najib ke. Aku rasa berbaloi gak nikmat aku dipenjarakan. Bukan senang wooo nak marah pemimpin2 negara kat dunia neh. Kita marah dalam blog pun bukan dia nak baca. Kalau dapat marah depan2, kaw2 dia mesti rasa terpukul. Itu sebab Adam Adli kena buang. BN rasa terpukul dengan tindakan cabut bendera Najib kat PWTC. Maruah beb maruah.

Apa2 pun aku harap kita semua neh kena ahti2 sikit la. Lepas apa yang terjadi kat Sharpshooter dan Milo Suam nampak gayanya bila2 masa kita memang boleh ke dalam. Anytime. Kalau taknak ke dalam sila la kau laju2 fitnah dan sebarkan video lucah yang membabitkan pembangkang. Insya-Allah selamat selagi tak bercakap jujur kat negara neh. Mari la ramai2 jadi penipu untuk selamatkan diri sendiri dari rejim BN.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...