Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 16 Mei 2014

DSAI Kata 'Orang Luar' Yang Buat Huru Hara Di Pemilihan PKR!


Orang luar?

Bukti video ada. Lihat sini.

Kata Anwar ;

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kelemahan proses Pemilihan PKR 2014 ‎termasuk insiden kekerasan dan gangsterisme yang berlaku di beberapa cabang.
Mendakwa perbuatan itu juga dilakukan orang luar dan bukannya ahli parti, Anwar berjanji untuk mendedahkan bukti video kepada umum setelah selesai proses siasatan J‎awatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).
"Saya bersetuju secara telus bukti video disiarkan. Itu pendapat saya.
"Usul Mesyuarat Biro Politik semalam ialah mendedahkan semua maklumat kepada awam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini. – TMI.

Orang luar yang dimaksudkan disini ialah kemungkinan besar orang yang diluar kelayakkan untuk mengundi di kawasan tersebut.
Dalam sidang media tersebut yang turut menampilkan Azmin, Saifuddin dan Khalid Ibrahim turut kelihatannya menghadirinya bersama2 ;
1. Anwar akan dijadikan beg penyelamat maruah pemilihan PKR.
2. Alasan2 yang dikemukakan Anwar sudah tentu disampaikan oleh orang lain. Anwar pula main percaya aje sebab geng2 sendiri. Anwar tatau yang geng2 sendiri la berrisiko cucuk kita.
3. Anwar sekali lagi dijadikan talian hayat bagi membentuk kestabilan dalaman PKR.
Aku bukan apa.
Anwar neh dah jadi punching bag untuk segala-gala yang berlaku sekarang neh. Dalam BN begitu. Dalam PR begitu. Dalam PKR pun begitu. Sudah sampai masanya untuk PKR dan PR itu sendiri cari pelapis baru yang boleh memainkan peranan yang Anwar mainkan. Sementara dia masih hidup neh la PKR masih mampu orang respect. Percayalah. Bukan aku nak nafikan peranan pihak2 lain yang turut jatuh bangun bersama PKR okay. Cuma suka atau tak suka kekuatan PKR banyak dibantu dengan peranan Anwar Ibrahim itu sendiri. Agak menyedihkan la untuk orang2 yang memanipulasikan Anwar dengan bagi maklumat palsu berhubung kekacauan di pemilihan PKR dibuat oleh ''orang luar'. Bukan kerja orang luar pun beb. Sapa pergi mengundi, sapa yang jadi ahli, maka tahu la sapa yang buat onar kenapa huru hara itu tercetus. TITIK.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...