Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 13 Mei 2014

Adun Permaisuri, Kemasik Nafi Keluar Parti - Adun Hulu Besut Menghilang !!!!!


Adun Hulu Besut lesap. Hilang. Menyorok. Lari. Tidak dapat ditemui dan dihubungi oleh ramai orang ketika ini. Jika Hulu Besut mengumumkan dia keluar parti sepertimana 3 adun yang terdahulu termasukla bekas menteri besar Terengganu, rujuk sini maka ini menjadikan kedudukan BN daripada 14 kerusi kepada 13 kerusi. PR pula kekal dengan 15 kerusi.

Baca ;

KUALA TERENGGANU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang dikatakan mengikut jejak bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said keluar UMNO, menafikan spekulasi yang mengatakan mereka keluar parti. 

Dua ADUN itu iaitu Datuk Mohd Jidin Shafie (Permaisuri) dan Rosli Othman (Kemasik) ketika dihubungi mengesahkan perkara itu. 

Mohd Jidin dan Rosli berkata, mereka masih dan akan tetap bersama UMNO dan menganggap spekulasi yang tersebar hanyalah spekulasi pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memporak-perandakan politik Terengganu yang sedang bergolak. 


Dalam masa sama ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad turut dikatakan keluar UMNO, bagaimanapun setakat ini difahamkan ia hanyalah spekulasi. 

Namun, Nawi setakat ini gagal dihubungi.

Kalau di ikutkan BN sudah bukan lagi pentadbir di negeri Terengganu. PAS berhak desak bubar dun adakan pilihanraya semula ataupun PAS berhak diberikan mandat untuk tadbir Terengganu. Oi BN jangan nak buat tatau malu duduk kat kerusi tue lagi ek..

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...