Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 19 Mac 2014

Media Malaysia Buru Keluarga Kapten Zaharie Pulaa.

Masalah betul.

Hari tue kat Astro Awani salah seorang ahli keluarga kepada penumpang pesawat MH370 ada berkata dengan wartawan. Mereka tak suka digangu dan ramai di antara mereka tak berminat untuk ditemubual. Mereka rasa privacy mereka dikacau dan mereka sememangnya rimas dengan kehadiran media. 

Nak berjalan pun media tangkap gambar.

Pendek kata setiap pergerakkan ahli2 keluarga penumpang pesawat MH370 menjadi tatapan lensa kamera media arus perdana.

Bukan aku tak faham tugas wartawan. Aku faham. Aku hormat. Tapi yang aku tak faham tue ialah apa point pihak2 media pergi buru keluarga2 penumpang yang tengah stress sakan tue?

Nak interview?

Dah kalau dorang taknak, kenapa pula?

Tak boleh ke tak interview?

Lagi satu. Yang sudi di interview tue je la yang media layan. Yang tak sudi di interview tue tak payah la dok paksa2 buat citer lain pula..

Adoi.

Yang terkini. 

Aku tengok geng2 media arus perdana mengejar pula keluarga kapten Zaharie. Adoiyaiiii.. dorang pergi godek2 tempat tinggal kapten Zaharie. Anak bini dia semua takde. Rupa2nya dah cabut. Sebenarnya dah lama cabut. Sejak kehilangan pesawat MH370 lagi. Tapi bukan cabut pergi luar negara. Jangan salah sangka okay. Dorang cabut pergi duduk kat rumah lain. Nak kan privacy. Dari hari pertama geng2 media dok tinjau2 tempat tinggal isteri Zaharie. Aku ingat dia pun dah naik rimas. La neh depa dah tahu dia kat rumah anak dia. Masak la family anak2 dia pula kena kacau dengan wartawan media arus perdana.

Dah tak cukup dengan isteri kapten Zaharie. Depa pergi kacau pula rumah mak bapak kapten. Gila betul. 

Tengok ;



Usaha Sinar Harian mencari rumah ibu bapa juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah berjaya dengan bantuan rakannya yang enggan identiti didedahkan.

Kedudukan rumah dua tingkat itu agak tersorok di  Kampung Sungai, Jalan Makbul, Sungai Pinang dengan keadaan jalan utama untuk masuk ke lorong agak sempit.

Sebaik tiba di hadapan sebuah rumah berwarna ungu, wartawan Sinar Harian mendapati rumah berkenaan sunyi tidak berpenghuni.

Terdapat sebuah kereta jenis Proton Wira di garaj rumah berkenaan.

Usaha untuk menemubual jiran di kampung itu tidak berjaya apabila mereka enggan memberi kerjasama.

Tambahan pula mengetahui wartawan datang ke situ untuk bertanya maklumat mengenai keluarga yang tinggal di rumah berkenaan.

Salah seorang penduduk di situ mengakui rumah berkenaan rumah milik ibu bapa Zaharie namun enggan mengulas lanjut.

“Ya, itu rumah Zaharie, tetapi rumah ibu bapanya,” katanya.

Apabila ditanya sama ada rumah berkenaan berpenghuni, wanita itu terus menjawab "tidak tahu".

Menurut sumber, penduduk di situ enggan memberi kerjasama kerana sebelum ini ramai wartawan dari luar negara datang ke kampung itu untuk mengambil gambar dan menemubual mereka.

“Rumah itu didiami abang Zaharie sebelum ini namun sudah berpindah ke tempat lain sejak setahun lalu,” katanya.

Tue dia..

Semua orang depa nak cari.. patutlah penduduk kampung malas nak melayan. Korang tengok sini ==>  Menurut sumber, penduduk di situ enggan memberi kerjasama kerana sebelum ini ramai wartawan dari luar negara datang ke kampung itu untuk mengambil gambar dan menemubual mereka.

Hish hish hish..

Apa kena mengena pula family Zaharie dalam insiden neh? Sampai kena sorokkan diri dari pihak media pula. Dorang tengah stress kot. Dengan ahli keluarga hilang lagi. Kena tuduh lagi. Kena buru lagi. Media2 Malaysia neh takde sensitiviti ke? Agak2 la nak buat kerja tue. Jangan la dok babitkan orang takde kaitan. Nak berita punya pasal semua benda depa langgar. Kesian family Zaharie. Kena sorokkan diri walaupun bukan penjenayah. Apa pun tak boleh..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...