Lihat ;
Baiklah.
Isu neh nampaknya sangat kecoh.
Untuk rekod, aku pun fikirkan perkara yang sama. Bahkan aku semakin syak wasangka apabila tiba2 facebookers di atas melenyapkan diri aka mendeactivatedkan account facebook dia apabila isu neh menjadi kecoh dan tersebar meluas.
Pada mulanya aku berfikir ;
1. Agaknya suami dia mendapat tekanan dari pihak MAS.
2. MAS keluarkan kenyataan yang berbeza dan menafikan kenyataan dia.
3. Maka dia perlu larikan diri.
Itu yang aku sangka. Tetapi rasanya aku dah terlebih2 kot. Bila aku baca betul2 ayat dia, aku rasa dia tak sentuh pun bab kapten Zaharie. Dia cuma bagitau yang suami dia sepatutnya ditugaskan sekali dalam pesawat #MH370 yang hilang tetapi nama suami dia ditarik keluar pada saat akhir. Ada dia sebut yang suami dia ditarik keluar dan digantikan dengan kapten Zaharie? Takde. Dah tue sapa sebut? Sapa sangka? Well kalau tanya aku jawapan dia aku sendiri la yang sangka begitu. HAAHAHA.. aku dah cakap. BM aku memang failed.
HAHAHA...
Dan, kat bawah neh pula penjelasan dari salah seorang kakitangan MAS. Aku tak sure betul ke tidak penjelasan dia tetapi korang boleh baca dan buat pertimbangan sendiri. Lagi satu aku nak bagitau, MAS dah sahkan nama ANAS MAZLIN itu memang ada dalam senarai kakitangan MAS. Maksudnya account di atas tue tulen bukan fake yer. Harap maklum.
Baca ;
Salam..
Saya bekerja di MAS bahagian jadual crew...Capten Zahari sememangnya dijadualkan utk flight terbabit. Perlu di ingat, flght departure ialah 12.40 malam. Keesokan hari iaitu sabtu..tetapi pada hari jumaat ialah hari off kapten Zahari. Jadi dia memang ikut jadual dan tidak mmbuat sebarang pertukaran. Itu satu..
Yang kedua. Anas Mazlin ialah seorang FO bukannya capten. FO tidak boleh menggantikan capten. Dia sepatutnya menjadi trainer kepada FO Fariq yang baru sahaja diserapkan ke kapal yang lebih besar atau widebody flight. Tetapi kami kekurangan kakitangan, Kami terpaksa tarik dia dari flight itu dan di masukkan ke flight yang lain. Ini prosuder biasa. Both techcrew and cabincrew memang selalu berlaku tukar last minute. saya hanya mahu bersihkan nama rakan2 kami yang sedang berjuang di sana. Apa yang Hishamudin cakap adalah betol cuma tidak detail...
Saya akan beri bukti nanti berhubung jadual Capt. Zahari. Harap nama dia dapat dibersihkan dan tiada kekeliruan lagi. Dia sememangnya bertugas mengikut jadual yang diberikan oleh department.
Salam...
Untuk rekod aku betulkan semula part ejaan supaya korang faham apa yang dia cuba sampaikan.
Oke bai.