Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 20 Mac 2014

Betul Ke Wan Azizah Menipu Isu Anwar Tidak Kenal Kapten Zaharie? - Ini Jawapannya.

Pertama.

Sentiasa ambil tahu media apa yang laporkan berita tersebut. Kalau geng2 media arus perdana tak payah la nak main percaya aje. Check dulu kesahihannya. Adoi la..

Lihat ;


Ini tajuk.

Apa pula isinya? Kenapa geng2 BN hanya sebar dan petik bab tajuk je? Bagaimana pula dengan isi artikel?

Baca jap ;

"Tak ada kaitan kalau nak dikaitkan (keahlian PKR)," katanya pada sidang media selepas mengadakan kunjungan ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini, Isnin.
Selain itu tegas Wan Azizah yang juga Presiden PKR, beliau amat yakin bahawa Anwar tidak mengenali Zaharie secara peribadi.
"Saya musykil kenapa semua nak salahkan Anwar?" soal Azizah dalam nada kecewa dengan laporan media antarabangsa yang menjadi perhatian umum sejak Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan The Mail bahawa Zaharie merupakan penyokong 'obsesif ' kepada Anwar yang juga Ketua Pembangkang.

Apa yang cuba Wan Azizah nyatakan di atas?

1. Anwar tidak mengenali Kapten Zaharie dengan akrab (maksudnya rapat yang amat).

2. Sebab tue perkataan PERIBADI digunakan kat sini. Kalau tak kenal langsung Wan Azizah akan sebut tak kenal langsung.

3. Ia untuk membawa maksud bahawa perhubungan Anwar dengan Zaharie tidak la sampai mereka sanggup berkomplot untuk melakukan sesuatu.

Apa yang Wan Azizah cuba sampaikan tak jauh berbeza dari apa yang DSAI dah sebutkan beberapa kali sebelum ini. Iaitu Anwar tidak dapat mengingati berapa banyak kali dia melihat kehadiran Zaharie di majlis2 parti namun Anwar sedar bahawa kapten Zaharie ialah salah seorang yang menyokong perjuangan PKR dan dia kenal (perasan) kelibat kapten Zaharie walaupun tidak rapat.

Apakah kalau kita kenal seseorang kita mesti rapat dengan dia?

Apakah kalau ada seseorang yang menyokong apa yang kita buat itu bermaksud kita ada hubungan yang erat dengan nya?

Mengenali seseorang tak bermaksud kita dimestikan rapat dengan dia. Just kenal2 sebab duduk dalam perjuangan yang sama. 

PKR terpaksa define hubungan DSAI dengan Zaharie disebabkan ada cubaan untuk mengaitkan kecenderungan politik Zaharie adalah punca MH370 hilang. Dan eveen mereka rapat sekalipun takan la kapten Zaharie dan Anwar Ibrahim nak memperjudikan karier dan masa depan masing2. Itu tak masuk lagi bab2 teknikal yang lain. Malas aku nak ulas panjang2. Fikirlah sikit oiiiiii..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...