Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 21 Mac 2014

Harrussani Terlupa Nak Halalkan Darah Kaki Clubbing.

Ingat tak?

Dulu Harussani pernah keluarkan kenyataan ini kepada semua pendemo2 yang keluar melawan;

1. Polisi yang tidak adil terhadap rakyat kebanyakkan. Rakyat marah kegagalan kerajaan uruskan isu subsidi sehingga menyebabkan harga barang2 naik mendadak dan mengakibatkan kesan rantaian.

2. Kerajaan yang korupsi.

3. Sistem keadilan yang dicemari.

4. Hak untuk bersuara dinafikan.


Itu antara yang dia pernah sebut. Memang menjadi kebiasaan mufti di negara neh. Hanya pandai sembang kencang.  Seperti biasa mufti kita hanya pandai sembang. Bila kita cabar dia bunuh kita ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/01/jawapan-harussani-dalam-isu-darah-halal.html dia pun tak pernah buat sampai sekarang. Jika benar apa yang dia sebutkan itu berlandaskan Islam kenapa dia sendiri tak pergi bunuh terus peserta2 demo? Bukan kah ia selaras dengan kandungan Alquran dan menepati hukum? Jadi, kenapa Harussani tak bunuh2 lagi pendemo2 di seluruh negara?
 

Ya.

Sekali lagi.

Heret orang kafir sana sini. Orang kafir la orang paling jahat. Paling jahat kerana tak percayakan tuhan (belum kembali kepada tuhanNYa). Bukannya orang melayu berdemo sebab tak mampu beli rumah. Bukannya orang melayu berdemo sebab kena tekan dan tindas dengan kerajaan yang tidak adil. Bukan sebab orang melayu merempat. TAKDE. Mesti salah orang kafir punyalah.

Pongpang2 yahudi salah.

Pongpang2 cina salah.

Pongpang2 kafir salah.

Pongpang2 kristian salah.

Pongpang2 barat salah.

Semua orang pasti ada salahnya tetapi orang islam macam Harussani takan pernah buat salah. Semua orang bersalah dan bermasalah tetapi orang islam macam Harussani takan ada salahnya. Kita boleh tengok isu TURUN digerakkan oleh orang2 ISLAM majoritinya. Mereka la paling terkesan apabila rasionalisasi subsidi dan GST diperkenalkan. Tetapi tah macam mana orang kafir yang kena petik lebih2 walaupun majoriti penggeraknya ialah orang Islam. 

Begitu juga dengan konsert2 kaki clubbing. Yang bagi permit orang Islam. Yang terlibat pun orang Islam. Yang menguruskan event pun muka2 melayu. Bahkan yang hadir pun ada juga melayu2. Yang bertudung pun ada. Siap ada yang meninggal lagi. Ada ko dengar mufti Perak menegur orang2 melayu yang pergi clubbing tue? Ada ko dengar mufti nak halalkan darah mereka?

Takde.

Kenapa?

Orang Islam yang terlibat dalam konsert clubbing ialah geng2 BN. Geng2 UMNO. Buat apa mufti nak tembak orang sendiri.

Orang Islam yang terlibat dalam rangkaian demo ialah orang2 PR. Geng2 pembangkang. Geng2 haluan kiri. Memang la kena tembak sebab bukan kawan2 kita.

Bila sebut kejahatan kita sibuk nak bercakap pasal bangsa dan anutan. Itu sebab barat kena petik sana sini walaupun barat tak pernah paksa melayu luluskan konsert. Sama seperti barat tak pernah paksa sesiapa pun di antara korang untuk minum arak dan hisap dadah. Tetapi somehow kat sana pasti barat akan terpalit sama. Apabila ada kumpulan dari negara tersebut menganjurkan kejahatan ia bukan masalah bangsa, ia bukan masalah negara jauh sekali anutan, tetapi ia adalah masalah kumpulan tersebut. Dan, apabila ko meniru perbuatan yang jahat itu, ia bukan masalah orang yang cipta kejahatan, ia adalah masalah kau yang meniru perbuatan yang jahat. Dalam erti kata lain, ia adalah salah kau sendiri. Arak bukan haram pada orang bukan Islam. Seks bebas bukan haram pada orang bukan Islam. Tetapi ia haram pada kau. Jadi apa sebab ko pergi tiru, ikut, amal dan sebarkan?

Punyalah berlambak2 budaya baik, yang bagus, yang elok dari barat boleh kita semua tiru, tapi yang buruk dan bertentangan dengan akidah juga yang ko ikut, dah kenapa? 

Begitula bermasalahnya cara mufti Perak korang neh berfikir. Pada dia, budaya demontrasi amalan barat yang mana bila kita ikut, kita diperbodoh-bodohkan.

Tetapi apabila kita ikut yang bangang macam konsert yang menganjurkan maksiat itu apa pula? Diperpandai-pandaikan ke? 

Ketahuilah Harussani,

Ia bukan ada kaitan dengan orang kafir (apabila rakyat berdemo) apabila UMNO gagal memerintah dengan adil.

UMNO bukan orang kafir. UMNO orang ISLAM. Apabila UMNO tidak menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan rakyat bangkit melawan, ia takde kena mengena dengan orang kafir tetapi rakyat point fingers pada sikap UMNO. Pada intergriti pemimpin2 UMNO.

Apabila UMNO gagal menjalankan amanah, ia adalah kerana pemimpin2 UMNO tidak mampu memikul tanggungjawab dan cuai.

Benda ini la yang rakyat sedang cakap dan benda ini la yang rakyat nak tukar dan benda ini la yang Harussani tak faham2 walaupun sampai kering air liur rakyat asyik ulang2 benda yang sama.

Dan kini, apabila kecohnya isu umat melayu islam mati dek dadah kerana clubbing yang mana permitnya diluluskan oleh kerajaan kita, Harussani tak sebut apa pun. Mana Alquran? Mana Islam? Mana Allah? Mana? Sebutkan lah apa hukumnya bila kerajaan bersubahat membina rangkaian maksiat? Kenapa tak sebut berpandukan apa yang Alquran sarankan?

Memang ada di antara kami yang mati kerana sesak nafas.
Memang ada di antara kami yang luka dibantai polis.
Memang ada di antara kami yang buta kerana ditembak FRU.
Memang ada di antara kami yang dipenjara kerana melawan kerajaan.

Tetapi belum ada lagi di antara kami yang mati kerana dadah dan syok berclubbing di atas konsert maksiat yang permitnya diluluskan kerajaan.

Belum ada.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...