Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 8 Mac 2014

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Diseru Jangan Makan Gaji Buta - Nak Boikot Parlimen Konon !!!

Tanda solidariti?


Buat la. Sapa larang. Tapi sila pilih cara yang berhemah dan lebih mendekati maksud. 

Imbas kembali. 

Alasan boikot sebab SPR tidak adil. Tetapi YB2 PR tak heran semua tue. Boikot = tak angkat sumpah = bukan ahli parlimen = takde gaji = macam mana nak perform dan bantu rakyat? Itu pendapat mereka dan ia diraikan. Ada kebenaran juga tetapi kat BANGKOK sana MP dorang siap boikot PRU lagi. Pasal pada dorang PRU kat negara tue tak adil. Apa jadahnya nak PRU bagai.

Hehe..



 

Alasan rakyat yang seru WAKIL PARLIMEN YANG MENANG boikot SIDANG PARLIMEN sebab ; 

1. SPR tak adil dalam mengendalikan PRU.

2. SPR tak telus dan bersikap terpilih dalam undang2.

3. SPR gagal menyeru media bersikap telus.

4. Masalah dakwat kekal.

Point rakyat mudah. Boikot hinggala PRU dibuat sekali lagi. Kali neh dengan amanah. Atau, boikot dengan turun ke jalanraya.

Kedua2 option itu diabaikan oleh pimpinan parti. Alasan mereka seperti di atas. AMANAH RAKYAT. AMANAH RAKYAT KENA JAGA. BLABLABLABLABLA..


Sebenarnya, bila rakyat anjurkan boikot pada awalnya, rakyat sedang meletakkan amanah rakyat di depan tau. Macam mana?

Mudah.

Rakyat bengang dan bengkek dengan segala macam skandal penyelewengan dan rasuah yang terpalit ke atas pimpinan BN. So rakyat akan menangkan PR by hook or by crook dengan harapan PR akan mengamalkan pentadbiran yang berbeza dari apa yang diamalkan oleh BN dan disamping itu mendakwa dan menghukum mereka2 yang terlibat dalam menyalahgunakan wang pembayar cukai dan dana rakyat.

Meletakkan kepentingan rakyat di depan, maka seruan boikot dibuat.

Tetapi pada pimpinan dan penyokong mereka, seruan boikot juga bermaksud mengabaikan amanah rakyat. Ia tak boleh dibuat.

Okayyyyy.

Tapi kenapa setelah beberapa bulan berlalu, korang  nak boikot pula? Pelik je aku tengok.

Boikot sebab SPR tak adil = tak boleh sebab ini amanah rakyat.
Boikot sebab sistem kehakiman tak adil = dibolehkan sebab ia tak kacau amanah rakyat ka?

Ia tak mendekati kepada maksud yang ingin disampaikan. SPR berkaitan rapat dengan parlimen dan wakil rakyat. Maka gerakan boikot bersesuaian sebab mendekati kepada isu.

Sistem kehakiman sepatutnya lain cara menangganinya. Bukan boikot. Boikot disini ialah satu seruan berdasarkan sentimen emosi semata2. Langsung takde ke-ilmiah-an nya disitu. Maafkan la bahasa bm ku yang teruk. Tetapi itulah yang ingin aku nyatakan.

Fikirkan.

1. Berapa lama mao boikot?

2. Berapa hari yang ahli2 parlimen neh nak boikot?

3. Adakah dengan boikot korang rasa ia dapat memberikan impak?

Tidak. Ia tidak akan memberikan apa2 impak pun. Sekadar jadi millage politics boleh la. Short-term punya millage. 

Teruskan hadir ke sidang parlimen macam biasa dan lakukan kerja2 pembongkaran dan apa2 saja kerja2 yang berkaitan rapat dengan amanah rakyat. Jangan nak makan gaji buta. Bukan tiap2 hari ada persidangan parlimen. Yang sikit neh la beria2 nak boikot bagai. Tak rasa ke keputusan ini entah apa2?

Dulu2 rakyat suruh boikot sebelum korang disahkan menjadi ahli parlimen. Maka tiada istilah makan gaji buta. Sekarang dah disahkan sebagai wakil rakyat suka2 ahti aje nak boikot bagai. Punyalah berlambak2 masalah rakyat kat depan, sibuk pula nak boikot. Apa benda?

Sistem kehakiman bukan la tidak adil 100%. Ia cuma lah tidak adil selalunya bila ia babitkan seseorang yang berpengaruh atas apa2 isu sekalipun. Senang cakap kes berprofail tinggi. HIGH RANK.

Walaupun kita tidak suka kepada fitnah tetapi tidak la patut sampai babitkan kepentingan rakyat disini.  Dalam erti kata lain, ada cara yang lebih menyampai kepada maksud selain dari boikot. Cara2 alternatif yang sewajarnya boleh difikirkan kemudian. Cuma macam aku sebut tadi, jangan makan gaji buta.  Bahkan berhujah mengenai ketidakadilan sistem kehakiman menerusi parlimen lebih menyampai kepada maksud perjuangan. Itu belum lagi kita keluarkan semula nota2 lama untuk mengingatkan kembali kepada orang ramai betapa liwat II adalah kes fitnah semata2. Kita ada macam2 cara yang lebih sampai kepada maksud perjuangan, namun boikot persidangan parlimen, sehari, dua hari ataupun beberapa hari langsung tak mendekati maksud tersebut. Apa yang aku nampak cuma la ahli2 parlimen beramai2 sedang berusaha untuk makan gaji buta.

Oke bai.

Rujukan berita yang mengatakan mereka mahu boikot sidang parlimen disini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...