Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 5 Mac 2014

Akhirnya Ahli PKR Batalkan Saman Ke Atas Presiden PAS..


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon agar kes saman dua juta melibatkan presiden PAS dan ahli PKR tidak diteruskan bagi menunjukkan semangat setiakawan Pakatan Rakyat.

Menurut Anwar (kiri), beliau dan PKR telah menemui sendiri pihak keluarga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun Mohd Shamsul Mat Amin yang menang kes saman fitnah RM2 juta kerana penghakiman ingkar bulan lalu.

"Kita nasihatkan kes ini tidak wajar diteruskan kerana ia bukan saja libatkan sahabat tapi pimpinan Pakatan Rakyat.

"Saifuddin dah temui beliau (Shamsul) minta untuk tak teruskan dan beliau setuju dan saya sendiri dah jumpa ayah beliau dan beliau setuju," kata Anwar.


Tue dia..

Sapa buat salah, sapa pula yang berjumpa dan berbincang?

Tatau la aku kalau presiden PAS dah sep tangan DSAI untuk settlekan masalah neh bagi pihak dia. Tapi pendapat aku tetap mengatakan ada baiknya jika presiden PAS sendiri yang jumpa dan settle sendiri. Settle all out. Jika perlu minta maaf, minta maaf sudah. Dah sah2 kot yang PAS takde bukti langsung bahawa bekas calon PKR tersebut terbabit dengan penjualan dan pengedaran pil kuda. Kenapa masih nak teruskan benda yang tak betul?

Apa pun, benda neh nampaknya selesai secara aman buat sementara waktu. Agaknya bagi memberikan laluan kepada PKR Kajang kot.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...