Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 Mac 2014

Wanita Difitnah Murtad Mahu Saman Blogger UMNO.

Kan.

Sapa tak terasa sedih dan sakit ahti. Tetiba je gambar di jaja ke sana ke mari sebagai seseorang yang murtad. 

Episode pertama kat sini ==>  http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/lagi-gambar-melayu-murtad-blogger-umno.html

Episode kedua pula kat sini ==> http://sozcyili.blogspot.com/2014/03/dr-harlina-murtad-juga-ke-soalan-untuk.html

Sekarang makcik yang dalam gambar dah tampil untuk melawan setelah difitnah selama bertahun2 lamanya.

Meh aku buka sedikit kisah kronologi awal.

1. Mula2 citer neh disebarkan oleh bloggers UMNO. Makan tahun dah.

2. Kemudian, entah kenapa tetiba ia tersebar menerusi wassap. Bermula 4,5 hari yang lepas. Aku pun dapat sama tapi aku buat bodoh je sebab aku tahu apa2 yang datang dari UMNO ialah fitnah sehingga terbukti sebaliknya.

3. Aku syak. Just syak je la. Mungkin ada sesiapa yang baca blog UMNO. Then screenshot. Dan sebarkan di wassap. Minta ber-ahti2. Tengok makcik2 yang bertudung pun masuk gereja dan murtad. Bahkan, forum Indonesia pun siap sebarkan benda tue lagi. Adoyaii. Sampai ke luar negara muka makcik kena jaja. 

4. Maka, tak pasal2 makcik tersebut dicop sebagai seseorang yang murtad.

5. Yang tahu tue fitnah, tahu la.

6. Yang tatau? Kalau jumpa makcik tue kat tengah jalan mengata2 dan mengutuk2 camne?

Soksek soksek.. pstt tue ahh makcik yang murtad tue kan?

Ha'ahh la. Muka sama je..

Hishh apa nak jadi dengan makcik neh. Dah tua kutuk pun nak murtad lagi.

Bayangkan. Perasan makcik tue, anak2 dia, keluarga dia, sedara mara dia macam mana?

Sepatutnya la kan, bloggers UMNO bila dah tahu benda neh fitnah, dorang kena tarik balik artikel tersebut. Tulis la statement minta maaf ke apa ke. Sehinggala aku tulis benda neh ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/lagi-gambar-melayu-murtad-blogger-umno.html

Dorang masih tak amek apa2 respon dan tindakan pun. Buat bodoh je. Berani gila. Fitnah orang dan buat tatau. Terer betul la kekuatan mental mereka menghadapi bahasa maki.

Sekarang tatau la. Dah tarik balik ke delete ke ataupun apa.

Hehe..

Dan sekarang, makcik yang tersebar wajahnya itu sudah marah.

Lihat ;



Dan lagi ;
Zaiton Ismail, 55, berkata tindakan itu terpaksa diambil demi menjaga reputasi dan nama baik keluarga yang terjejas teruk akibat dakwaan itu yang turut mengancam keselamatan keluarganya, lapor Berita Harian hari ini.

Ibu kepada 11 anak itu terkejut apabila dimaklumkan mengenai gambar beliau dan rakannya yang mengikuti program seminar di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) pada Febuari 2012 disiarkan dengan tajuk 'Melayu dimurtadkan dalam gereja'

"Sebenarnya kami mengikuti program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Kuliyyah Undang-Undang UIAM.

"Ia berkaitan dasar keluarga negara dan kami sebagai pelajar PhD dalam bidang kaunseling menghadiri program berkenaan.

"Namun, tidak sangka gambar itu dimanipulasi pihak tertentu yang diperhatikan seperti kami duduk dalam gereja.

"Tindakan itu mencetuskan gangguan psikologi, kebimbangan dan ancaman apabila terdapat maklum balas tindakan bunuh boleh diambil," katanya.

Laporan itu menyebut, Zaiton yang juga ahli NGO Ikram Malaysia berkata pihaknya sudah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada peguam untuk mengambil tindakan lanjut.

"Saya berharap tindakan undang-undang yang tegas dapat diambil terhadap pemilik blog tidak bertanggungjawab itu demi keadilan dan pengajaran kepada orang ramai.

"Fitnah yang dilakukan amat serius kerana membabitkan isu akidah," katanya.

Rujukan :  http://www.malaysiakini.com/news/255982

Nasihat aku pada bloggers UMNO.

Nama ada, rupa ada, macam mana nak contact makcik neh pun ada (ahli NGO IKRAM) so pandai2 la jumpa dan minta maaf. Tolongla jangan buat fitnah2 macam neh lagi. Setakat nak serang DAP, dengan fakta bersepah2 ada. Itupun kalau korang rajin cari ah. Dalam blog aku pun ada aku serang DAP. Copy paste pun boleh. Amek. Serang. Cuma jangan fitnah. Itu saja.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...