Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 7 Mac 2014

Anwar Batal Hasrat Tanding Kajang - Apa Sudah Jadi Dengan Kajang Move?

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui wartawan sebaik keluar dari Istana Kehakiman Putrajaya mengesahkan beliau bukan lagi calon PKR bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Sesiapapun yang ganti, beliau mestilah calon lebih baik," katanya.

Anwar bagaimanapun menegaskan beliau akan terus berkempen untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil yang dijadualkan berlangsung pada 23 Mac nanti.

Ketua Pembangkang itu hilang kelayakan bertanding pilihan raya kecil DUN Kajang setelah mahkamah rayuan mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium enam tahun lepas.

Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjaran lima tahun atas kesalahan tersebut dan Anwar dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Persoalan yang timbul kini, ialah siapakah yang bakal dipertaruhkan oleh PKR dan Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Nama dua Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail disebut-sebut bakal menggantikan Anwar sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Kajang dilaksanakan pada 23 Mac nanti manakala penamaan calon pula pada 11 Mac. -Astro Awani-

Anwar tidak akan menjadi calon di Kajang. Maksudnya orang lain akan ambil alih. Maka segala-gala pasal Kajang move tidak lagi menjadi kajang move. Anwar tak bertanding. Anwar tak boleh masuk duduk dalam kerajaan negeri secara lebih dekat. Anwar tak boleh masuk campur urusan pentadbiran kerajaan negeri. Ada macam2 krisis politik dan dalaman kat negeri Selangor tue. Maka macam mana? Macam mana mao selesai? Macam mana nak tawan Putrajaya tanpa kajang move? Apa dia pelan taktikal awal yang Rafizi nak rancang pula lepas neh? Apa sudah jadi dengan kajang move? Apa sudah jadi dengan air mata Rafizi?

Ce citer?

Rombak balik la kot.

Ye tak?

Oke bai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...