Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 4 Mac 2014

JATI Kemuka 20 Alasan Syarie Anwar Perlu Ditolak - Anwar Ada Ciri2 Dajjal Kata Hasan Ali


Gila babi punya hujah.

Hahaha..

Kelakar nak mampos la mereka2 yang gelar diri mereka sebagai pendokong agama. Macam ini punya hujah pun ada ka.

Lihat ;
Dalam sidang media mereka ini Datuk Aidit Ghazali, Pengerusi Pembela telah berkata "Sifat-sifat dajal ada diterangkan dalam hadis dan al-Quran. Anwar bukan dajal tetapi mempunyai sifat-sifat kedajalan.

"Anwar pandai. Dia bercakap berbeza-beza pada audien yang berbeza. Anwar ada karisme tapi sayang pada penghujung usia Anwar ada sifat-sifat dajal." tambah Hassan Ali..

Dan kata mereka lagi ;

Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam mengemukakan 20 alasan syarie untuk pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menolak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung di DUN itu pada 23 Mac ini.
Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali yang membacakan kenyataan akhbar, menyatakan NGO-NGO Islam berpendapat, Anwar tidak memenuhi kriteria untuk bertanding pada pilihan raya berkenaan terutama apabila menonjolkan diri untuk jawatan Menteri Besar Selangor.
Antara 20 alasan syarie NGO Islam menolak Anwar antaranya, Ketua Umum PKR itu didakwa berpegang pada fahaman pluralisme dengan menganggap status Islam sama sahaja dengan agama-agama lain.
Anwar juga, kata Dr Hasan, dikaitkan dengan persoalan murtad apabila didakwa bersetuju bahawa memilih pegangan agama adalah hak indidivu apabila seseorang telah mencapai satu tahap umur.
Anwar juga didakwa menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dan bertentangan dengan titah Sultan Selangor dan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri, katanya.
Hasan Ali berkata, alasan syarie bagi menolak Anwar termasuk didakwa mempamerkan sikap liberal dan menyokong alasan songsang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta didakwa terlibat dengan gerakan Yahudi antarabangsa.
"Kami membayangkan bencana dan malapetaka sekiranya Anwar menang dan menyebabkan pertembungan antara rakyat di Selangor dan merebak ke seluruh negara.
"NGO-NGO Islam juga meramalkan berlaku pertembungan antara Islam dan bukan Islam kerana fahaman yang dibawa oleh Anwar,"kata Hasan Ali dalm satu sidang akhbar di sini hari ini.
Serentak itu, NGO-NGO Islam akan turun ke DUN Kajang bagi mengajak rakyat menolak Anwar sebaik sahaja proses penamaan calon selesai pada 11 Mac sehingga hari pengundian.
Turut hadir pada sidang akbar yang berlangsung di rumah Hasan Ali di Taman Tun Dr. Ismail itu adalah Pengerusi Yayasan Murni Akidah, Datuk Aidit Ghazali; Pengerusi Pembela, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin dan Pengerusi Muslim UPRo, Azril Mohd. Amin.

Diyakini sangat apa yang mereka nyatakan di atas ialah apa yang mereka cedok serba sedikit dari penulisan2 blogger UMNO yang tersebar di pelbagai media sosial.

Lihat ;

4. Imej DSAI peringkat antarabangsa yg berhubung rapat dgn pro zionis  terutamanya dgn Kumpulan Yahudi Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF).

6.. Majoriti Ngo2 Melayu Islam tempatan di Selangor menolak dan membantah beberapa pendirian Anwar dalam soal survival melayu dan Islam di Selangor. Anwar lebih mirip kpd fahaman liberalisme dan pluralisme agama KHUSUSnya dalam pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja yg ditentang hebat oleh Ngo2 Islam seperti ACCIN dan  PEMBELA termasuk rakan2 lamanya dalam ABIM.

7. Anwar secara terbuka telah menyokong  keselamatan Israel yg disiarkan dlm The Wall Street Journal ( WSJ) bertarikh 26 Januari 2012 dgn melafazkan kata sokongan kpd segala usaha utk menjaga keselamatan negara Israel dgn berhasrat utk membuka hubungan diplomatik bersama Israel. Ini bercannggah dgn dasar luar negara yg tidak mengiktraf kewujudan negara Israel..

8. Anwar telah dikenali umum oleh bekas2 rakan karibnya dalam ABIM termasuk oleh Allahyarham Dr Uthman ElMuhammady sbg seorang yg berfahaman pluralisme agama yg menganggap semua agama di dunia ini sama saja matlamatnya untuk kebaikan dan akan ke syurga. Tak layak jadi MB Selangor kerana MB mesti seseorang yg kuat berpegang kpd Ahlus Sunnah Wal Jamaah..Pluralisme Agama terkeluar dari agama Islam.

9. Anwar telah menunjukkan sikap takabbur apabila mengesahkan dalam wawancara dgn Australia Network's Newsline (Jim Middleton) yg disiarkan 7 Feb 2014 bahawa beliau sedang dlm perbincangan dgn Tan Sri Khalid utk menggantikan sbg MB Selangor yg baru. Sedangkan pd 29 Januari Pas selangor menolak secara terbuka perlantikan Anwar sbg MB Selangor yg baru...

10. Diperingkat serantau Anwar telah menjalin hubungan rapat dgn Jaringan Islam Liberal (JIL) yg dah diketahui umum mendapat bantuan dana drpd musuh2 Islam bagi menyebarkan fahaman pluralisme, Liberalisme dan sekularisme di Indonesia.
20. Kebanyakan kawan2 karib beliau serta pegawai2 yang pernah rapat dgn beliau telah bermufaraqah dgn beliau. Antaranya Dato Dr Sidiq Baba, Hj Ismail Mina, Dr Halili Rahmat, Anuar Shaari bekas su sulitnya, Dato Zulkifli Nordin bekas peguambelanya, Dr Chandra Muzafar, Ezam Mohd Nor bekas Supolnya dan ramai lagi.

21. Anwar juga sering terlibat dlm majlis2 dan perhimpunan2 yg melanggar perundangan negara seperti BERSIH, Seksualiti Merdeka, Blackout 505..

Bacaan penuh disini.

Hujah aku.

Adakah menuduh seseorang tanpa mengemukakan bukti konkrit, hujah solid ialah sesuatu yang syarie? Suruh orang ramai tolak DSAI, tetapi kemukakan hujah yang tidak 'betul' ? Yang lebih teruk menamakan ia sebagai 20 alasan syarie'? Adakah itu kena dengan caranya?

Jika kita beranggapan Anwar pluralisme, kita mesti la meletakkan satu hujah yang kuat dan konkrit bagi membuktikan kenyataan kita. Kita tak boleh ke sana sini pongpang2 orang neh pluralisme, orang neh gay, orang tue sesat, yang neh pula murtad, yang tue kafir, yang neh lgbt, yang neh pula nak bom orang, yang neh nak jatuhkan kerajaan, yang tue pula ada agenda nak komuniskan negara, yang sebelah sana tue ada niat nak kristiankan Malaysia.

Ini apa punya stail pemikiran yang korang bawa neh?


Apa pun terima kasih la. Sekarang semakin jelas bagaimana JATI gunakan agama atas nama politik. Bukan berpolitik mengikut cara Islam. Tetapi Islam yang perlu mengikut cara korang berpolitik. JATI perjuangkan agama konon. Orang yang perjuangkan agama perkara pertama yang dorang takan buat ialah tuduh orang tanpa bukti, fitnah sebarangan lepas tue letakkan fitnah2 dia sebagai alasan syarie. Yang lebih teruk tue, punya la berlambak2 lagi permasalahan umat Islam yang boleh difikirkan, dihuraikan dan perlukan jalan penyelesaian yang menyeluruh, part ini juga yang dia sibukkan. Part2 lain semua BN buat ikut syarie ka? JATI la sangat.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...