Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 6 Mac 2014

Angkara Perkataan 'Allah' Buku Ultraman Diharamkan.

Episode pertama kat sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/hot-kdn-larang-penjualan-buku-ultraman.html

Alasan KDN ;

Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’, yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam.

Dan, aku terima info dari rakan UMNO disini yang dimaksudkan oleh KDN sebagai memudaratkan ketenteraman awam ialah berkenaan hal kat bawah neh ;


Masalah translisasi rupanya.

Ada perkataan Allah disitu.

Sila baca pada baris yang ke 10.
 
Kenapa tulis sebagai memudaratkan ketenteraman awam. Kegagalan KDN memberikan penjelasan yang munasabah punca orang ramai salah sangka dan berspekulasi. Pendapat aku tak perlu sampai kepada ban memban. Aku tak sure sangat ayat sebenar dia macam mana (sebelum ditranslatekan) tetapi rasanya benda2 begini boleh dibawa berbincang dan tak perlu la sampai kepada proses pengharaman. Tukar ayat lain yang bersesuaian pun boleh aku rasa.
 
Apa pun benda2 begini aku nak relax dulu. Kita tengok apa penjelasan lanjut dari KDN. Mungkin perkataan Allah tue ada banyak sangat dan ia boleh mempengaruhi minda kanak2 somehow kalau2 ia dibaca oleh anak2 muslim kot. Aku tak sure. Ialah budak2 baru nak belajar kenal tuhan, kenal Allah, tatau mana satu imiginasi dan mana satu benda betul. Mesti dorang tertanya2 gak apahal Allah kat sini dimaksudkan seperti ini pula..
 
Senang2, tunggu je la penjelasan penuh dari kementerian yang berkaitan. 
 
Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...