Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 Oktober 2013

Tindakan Undang2 Kepada Penganut Kristian Jika Masih Guna Kalimah Allah.

Tindakan ini keras tak bertempat. 

Ko nak hukum non muslim? Ko tengok muslim yang buat maksiat bersepah2 tue ko dah habis hukum ke belum? Apa belum? Kalau belum jangan sembang kencang bab nak hukum non muslim. Tolongla. Jaga sket la maruah orang Islam kat negara neh. Sedih la tengok beria2 nak hukum non muslim bagai di saat muslim sendiri bebas melakukan maksiat secara terbuka tanpa larangan, halangan dan sekatan.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan semua pihak di negeri ini bahawa sesiapa sahaja yang melanggar Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam 1981 termasuk menggunakan kalimah Allah di luar Islam boleh dihukum berdasarkan enakmen tersebut.

Tegas beliau, perlanggaran terhadap enakmen tersebut adalah sama dengan tindakan seseorang individu di negara ini yang melanggar undang-undang iaitu kesalahan dilakukan akan dibawa ke muka pengadilan untuk dihukum secara adil.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131017/dn_04/Tindakan-langgar-hukum-kalimah-Allah#ixzz2hwoxBggD 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Kang kejap lagi ada la yang pongpang2 bagi ceramah khas kat aku. Apa la aku neh beria2 bekap kristian la itula ini la. Mesti punya ada orang islam macam neh. Mereka ada masalah untuk focus kepada isu. Sentiasa ada masalah macam neh sebab tidak fully gunakan otak mereka. Bila jarang2 tajamkan akal pemikiran, maka lama kelamaan ia jadi tumpul. Bila tumpul itu yang fikir mengarut2. Orang cakap lain, ko faham lain. Bila faham lain, komen pun spesis merapu jek lebih.

Aku bukan di posisi yang mestilah beria2 sangat berikan kristian hak untuk gunakan kalimah Allah. Aku dalam posisi, jika ia boleh digunakan dan tidak menyalahi hukum Allah, biar saja la mereka guna. Seperti yang berlaku di negara2 lain. Alasan yang digunapakai untuk melarang umat kristian dari menggunakan kalimah Allah bukan alasan yang berkait rapat dengan akidah. Atas sebab tersebut, Nooh Gandut pun silap hukum orang murtad dan kafir tak pasal2.

Tak percaya? Rujuk la keratan akhbar di bawah neh hah ;

 
Berlandaskan kepada kebimbangan dan pertelingkahan. Itu ada babitkan akidah ke? Tak kan. Jadi apa hak Nooh Gandut nak hukum orang kafir dan murtad bila tolak apa yang diputuskan oleh mahkamah sivil = undang2 sekular, bukan berlandaskan syariah dan bukan putuskan hukum ikut dalil Alquran?

Di kesempatan ini aku nak share sikit pendapat Khalid Samad bagi menyelesaikan pertikaian ini. Penat la beb nak gaduh2 isu remeh temeh macam neh. Buang masa. Aku tak rasa pun Allah nak aku beria2 pertahankan kalimah Allah apa bagai. Yang Allah nak, aku buat apa yang DIA perintahkan dan tinggalkan apa2 yang DIA larang. Itu je. 

Menurut Khalid Samad ;

1. Kita patut jemput semua pihak yang terbabit dan lakukan perbincangan.

2. Kita dengar la pendapat dari kesemua pihak.

3. Seteruskan putuskan hukum berlandaskan dalil Alquran.

4. Dan bersama2 la bersetuju bila satu2 keputusan itu dibuat.

5. Cara terbaik ialah sesi perbincangan, perbahasan dan juga soal jawab. Bukan menghukum membuta tuli.

Ini kaedah yang patut mufti mana2 negeri buat. Malu la. Awak tue mufti. Awak patut ada lesen untuk berfikir dengan matang dan cerdik. Bukan menghukum aje kerja awak. Yang sorang sibuk nak hukum orang murtad dan kafir. Yang sorang sibuk nak amek tindakan undang2 terhadap penganut2 kristian. Memalukan untuk ada mufti dan penasihat agama macam neh. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...