A : Aku bagi ko satu citer neh. Aku nak ko main kaw2 kat blog. Nanti aku bagi le ko upah. Macam tak biasa. Nanti ko cakapla perjuangan ko demi bangsa agama dan negara.
B : Oke. Ini memang kepakaran aku no 1. Kalau tak pembohong tak aku namanya tue. Allah pun aku slumber je bohong inikan pula pembaca2 aku. Senang jek tue beb.
KAH KAH KAH
Aku tak tulis nama kan? Ada? Ada? Takde. Kalau lue terasa itu lue punya pasal la.
KAH KAH KAH
Citer dia macam neh. Ada seorang pekerja wanita MIMOS kena tindas akibat mengadu harga makanan kat kantin MIMOS tue mahal sangat. Sesiapa yang tahu citer neh mohon tampil ke depan. Dengar citer dari sumbernya sendiri lebih baik. Ikut sumber2 dari pemfitnah neh bahaya beb. Dikatakan gaji dia kena sekat sebab complaint benda tue. Pelik gak la aku kan. Ko komplain harga makanan mahal = gaji kena sekat? Ada kaitan ke apa? Takan tak boleh komplen langsung kot? Bukan setakat kena sekat gaji bahkan dipindahkan ke tempat lain. Tempat apa? Pelik gak aku. MIMOS neh ada cawangan setiap negeri ke apa yang sampai boleh ditukarkan2? Maaf la aku tak tau sangat operation MIMOS. Aku pernah beberapa kali p bangunan MIMOS atas urusan kerja tapi aku sejujurnya tatau sangat OPERASI MIMOS. Sesiapa tahu mohon bantu, oke.
Cuma kalau pasal komplen, then sekat gaji itu keterlaluan la beb. Kalau citer2 pasal sekat gaji ko mesti ada kuasa yang powerful untuk membolehkan perkara itu berlaku. Cuba tengok BOD MIMOS tue sapa. Rujuk link ==> http://www.mimos.my/corporate/board-of-directors/
Agak2 korang dorang akan layan tak isu komplen2 tue sampai sekat gaji bagai? Entahla. Tinjauan aku mendapati MIMOS neh milik penuh kerajaan Malaysia rupanya. MIMOS di bawah kementerian sains, teknologi dan inovasi beb. Jadi kalau betul la citer pasal kantin MIMOS direnovasikan sehingga mencecah 1juta ringgit, ini kes seriyus neh. Kita kena amek tahu juga pasal apa renovate kantin sampai 1juta? Tapi lebih baik contohi rakan2 dari PR bila nak buat pendedahan, pertanyaan dan pembongkaran tue sediakan bukti. Jangan main sembang kencang aje. MIMOS renovate kantin sejuta la, CEO Mimos kena ugut dengan India dan Sri Lanka la, MIMOS dikuasai oleh PAKATAN RAKYAT la, ini seme sembang2 orang BODOH yang tak p sekolah je boleh terpengaruh. Orang yang akalnya waras, akan meneliti dulu sebelum buat tuduhan.
Contohnya ;
1. Ada apa2 bukti tak yang MIMOS renovate kantin sampai 1juta ringgit?
2. Ada apa2 bukti tak yang harga makanan kat kantin MIMOS tue mahal nak mampos? Cuba tunjuk resit ka p makan kat sana ka apa.. takan tak boleh kot? Kata nak buat pendedahan, usaha le sikit.
3. Ada apa2 bukti ke yang pekerja2 MELAYU MIMOS kena tindas dengan CEO yang diugut oleh seseorang yang berbangsa India atas alasan supaya melayu2 kat MIMOS tertindas ? Ikut pengalaman, melayu2/pemimpin2 UMNO lebih banyak menindas orang melayu di Malaysia. Contohnya yang naikkan harga minyak tue. Rasanya dia tue melayu tulen tue. 100% pior.
4. Ada apa2 bukti ke yang MIMOS dikuasai oleh PR? Ke ini satu lagi segmen sembang kencang?
Dan err aku tak kena bayar dengan MIMOS oke. Cuba bila aku baca penulisan di blog tersebut aku tak boleh halang dari jari aku untuk menulis apa yang aku fikirkan. Takan la orang2 UMNO neh bebal sangat sampai tak minta bukti dan main percaya je bulat2 apa yang dituliskan? Hargai sikitlah akal tue. Aku nak kata anak Nazri Aziz beli banglo 7 juta pun tak berani walhal dah dekat 2 bulan aku tengok dokumen2 tue. Pasal apa? Pasal SAMM nak pergi siasat dulu la. Nak pastikan isu neh betul2 berlaku bukan tuduhan rambang. Alih2 bila SAMM dedahkan hasil siasatan, Nora Danish pun mengaku. Benda dah bawa ke SPRM, tapi macam biasalah, bakul sampah je la aduan kita, kan? Btw bukan isu anak Nazri Aziz je. Macam2 isu yang mana bila kita orang dapat, kita orang siasat dulu kalau ia melibatkan pendedahan yang besar2. Yang penting perkara pertama kita orang buat, tanya, bukan tuduh atau fitnah.
Kita nak bercakap mesti ada bukti, ada bukti. Ini berdasarkan cakap2 lepas tue sembang macam ia benda betul pula. Kalau ye pun ko bergosip ko tulis la ko sedang bergosip dan perlukan pengesahan dari pihak2 tertentu. Ini tulis macam ye2 je sahih. Alahai. Pun begitu kalau ia benda betul MIMOS renovate kantin 1juta, don't worry aku dulu akan sembang kencang kutuk BN. Aku tunggu bukti. Cepat sikit oke.
KAH KAH KAH
Rujukan : http://malayrights.blogspot.com/2013/10/ubahsuai-kantin-rm1-juta-undang-komen.html?m=0