Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Gambar Bunuh Babi Kat Kawasan Sekolah - Isu Sembelih Lembu Kat Sekolah.

Wowww

Kalau ikut berita yang aku baca dari Malaysiakini upacara korban yang dilakukan semalam telah dibuat pada waktu persekolahan. Kalau waktu cuti persekolahan pada aku ia tak patut dijadikan isu langsung. Kalau nak buat juga pada waktu persekolahan patut melarang murid2 penganut hindu dan non muslim hadir ke sekolah supaya ianya tak jadi isu.

Tatau fakta kes. Dengar cerita dari Malaysiakini je. Kita boleh tunggu pihak sekolah menjawab sendiri kes neh. Apakah aduan oleh ==> http://www.malaysiakini.com/news/244218

Berkait rapat dengan insiden yang dipersoalkan oleh Saravan? 

Takpelah. Kita beri ruang kepada pihak sekolah untuk menjawab isu yang ditimbulkan terlebih dahulu. Dalam waktu yang sama tak perlu la kita membalas mereka dengan lagak yang penuh racist dan berbaur hasutan. Nak terangkan gunakanlah kaedah yang elok2.

Pun begitu, aku juga tidak menyenangi komen2 berbaur perkauman yang dipetik dari sini ==> 

http://www.malaysiakini.com/news/244128

Aduhai.

Cover2 la sikit nak kata kita menindas binatang. Kita buat benda tue untuk meraikan rasa syukur atas apa yang kita perolehi sepanjang tahun. Meraikan mereka2 yang tidak mampu. Kebetulan pula harga lembu memang mahal pun. Ramai la yang jarang2 dapat makan lembu dapat merasa makan lembu. 

Dan Islam juga tidak menyeksa binatang. Kita pastikan proses penyembelihan akan membuatkan mereka mati dengan cepat tanpa perlu bertarung dengan kesakitan. Kita juga mementingkan konsep kebersihan. Banyak binatang2 di dunia ini di makan oleh pelbagai bangsa dan agama. Tidak semua di makan hidup2 macam ulat. Ada juga yang dimakan selepas sembelih. Kenapa pula mereka tidak kejam tetapi bila ia babitkan Islam tak pasal2 di anggap kejam? Bukan kah itu diskriminasi terhadap umat Islam? Tiada istilah kekejaman kat sini. Jangan la bersangka negatif. Kamu tak perlu makan apa yang kami makan tapi apabila kami makan tak bermaksud kami kejam pula. Haizhh 

 

Susulan dari aduan Saravan. Ini kami ada terima satu inbox berkaitan babi pula.

Rujuk ;




salam.. 

sebenarnya kalau admin nak tahu.. tahun lepas sy penah mengajar di pedalaman sarawak, majoriti adalah kaum iban.. apabila sambutan menyambut gawai tiba, akan ada acara membunuh babi di sk bagi menyambut kedatangan su yb yg merasmikan majlis hari gawai. di depan mata sy sendiri sebagai seorg islam mereka membunuh babi tersebut dengan menusuk tombak di kepala babi tersebut. lebih kurang 6 org guru islam di sekolah tersebut, tp tidak pernah pula kami melenting sebegitu rupa. kami hormat cara mereka sb kami sedar kami golongan minoriti di situ.


sila rahsiakan nama sy jika nk siarkan perkara ini. sy takut jd isu di sarawak ni.. sebab ini merupakan amalan mereka..

gambar bukti pembunuhan babi di sekolah pedalaman sarawak sempena pra gawai. babi ditombak mati oleh su yb BN pakaian warna pink..

Faham. Faham. Faham. Tolong faham.

Kat atas neh bukan aduan oke. Bukan. Sebaliknya ia adalah satu penjelasan bahawa umat Islam juga meraikan perbezaan dan kami boleh tolerate berdasarkan kepada situasi dan keadaan. 

Yelah, kami tak makan babi. Tapi itu kan adat masyarakat Iban di sana. Buat kat kawasan sekolah juga. Kena belajar untuk hormat dan saling terima menerima. Seperti kami hormat penganut2 Hindu yang berjalan malam2 untuk sempurnakan ritual mereka dan juga ritual2 yang menggunakan jalanraya tue. Jalanraya kan hak bersama. Tapi mereka nak guna pada waktu2 tertentu. Takpe. Amek la.

Bukan tiap2 hari kami. Kami boleh tolerate.

Dan alang2 cakap pasal ritual jalan kaki tue. Mohon la jalan tepi2. Ada yang tak pakai baju, jalan tengah2 jalan pun ada. Kami faham kamu sedang buat ritual. Tapi fikir juga pasal keselamatan kamu. Kang dah terlanggar kang, sapa yang susah? Aduhai.

Ini bukan citer pasal minoriti kena terima apa yang majoriti percaya dan apa. Sebaliknya ini citer pasal meraikan perbezaan dengan cara yang matang dengan mempromosikan budaya tolenrasi. Kalau amalan2 ini dibuat kat sekolah jenis Tamil dan Cina aku tak rasa murid2 muslim akan sembang kencang dan komplen bagai. Kami umat Islam sangat2 tolerate. Ada banyak bukti woo.

Takan la sebab muslim tak makan babi maka ia salah pula kalau ada non muslim nak makan babi?

Give and take la. Jika pihak sekolah tersebut dah adakan perbincangan, dah mendapat persetujuan dan edarkan surat maka bertolerasi la.

Sikit2 hal macam neh tak payah beria2 sangat nak lambung. Isu audit, GST, barang naik semua mati woo. Isu2 penting semua LEMAS sebab rakyat Malaysia masih lagi gemar mainkan perbezaan antara kita daripada duduk dan mencari persamaan.

Sebab tue dulu pernah ada seseorang atheis inbox aku. Dia tulis dalam english aku ulas serba sedikit la apa yang dia cuba sampaikan kat aku oke.

1. Ameno, saya berani terus terang sebab awak bersikap terbuka.


2. Orang2 agama adalah orang2 paling teruk di dunia ini.


3. Yang paling teruk ialah Islam, Kristian, Yahudi dan Hindu.


4. Di setiap negara yang ada 4 golongan beragama ini pasti akan menimbulkan perpecahan dan menyumbang kepada masalah.


5. Malaysia begitu, Thailand begitu, Philippines begitu, Amerika begitu, Indonesia begitu, Arab begitu, China begitu, dan India juga begitu. Pendek kata asal saja ada 4 agama ini di mana2 negara, mereka akan menghadapi pelbagai konflik yang ditimbulkan oleh 4 kumpulan ini.


6. Betul ke you cakap Palestine kena tindas dengan Israel? Saya rasa awak nak menafikan kebenaran.


7. Hakikatnya Palestine dan Israel adalah dua proksi kejahatan yang menyusahkan rakyat masing2.


8. Kenapa Israel yang di kelilingi dengan negara2 islam tidak boleh membantu Palestine?


9. Kenapa negara2 Islam ini, orang2 yang beragama sanggup menindas bahkan sama agama sanggup memberikan laluan kepada Israel untuk melakukan penindasan? Tuhan kamu berbeza tetapi adakah setiap dari tuhan2 itu mengajar kamu untuk saling berbunuhan dan bermusuhan? Kenapa bukan menganjurkan kepada kebaikan dan saling bekerjasama ke arah kemajuan manusia ?


10. Bukan kah itu bermaksud orang2 Islam sendiri yang memberikan peluang kepada yahudi untuk melakukan penindasan?


11. Kamu boleh kata ia konspirasi yahudi, sekarang saya bagitau kamu, bila orang islam sudah tahu ia adalah konspirasi yahudi dan masih lagi membantu yahudi, orang islam atau yahudi yang sedang berkonspirasi sekarang ini?

12. Begitu juga yang berlaku di China. Pembunuhan ke atas umat Islam. Diskriminasi agama juga wujud. Less tolerate juga wujud terhadap mereka2 yang berbeza dari kebiasaan.

13. Tak kurang berbeza seperti yang berlaku di India. Yang menyebabkan Pakistan, Bangladesh terbentuk akibat peperangan antara agama yang melampau.

14. Perpecahan dan peperangan wujud atas nama agama. Dan ia dihalalkan dalam setiap agama atas nama untuk mengembangkan ajaran kamu. Kamu fikir kamu adalah paling betul. Semua agama fikir mereka adalah yang paling sempurna. Tetapi adakah itu kebenaran nya?

15. Dan atas nama agama kamu mula menghukum orang2 yang berbeza agama dari kamu dan orang2 yang tidak mempercayai agama kamu.

16. Kamu tak perlu balas mesej saya dengan penjelasan. Saya tak minta kamu untuk bersetuju. Saya hanya mahu kamu menjadi pembaca dan saya bukan sedang mencari penghujah.

Dan ya, aku tak balas pun mesej dia. Aku jadi pembaca je la. Nampaknya dia selesa setakat membiarkan aku membaca hujah2 dia dan dia membaca hujah2 aku menerusi wall aku. Hehe. Aku tak semestinya bersetuju dengan point2 dia tetapi apa yang dia nak sampaikan aku faham serba sedikit. Mesej lama neh. Mesej masa isu Palestine kena serang. 

Apa kaitan pula mesej tersebut dengan isu yang kita sedang bincangkan neh?

Apa yang aku nak sampaikan disini ialah sikap orang2 yang beragama, apabila mereka menjadi pelampau, ataupun ektremis ia sebenarnya menyebabkan manusia jadi muak. Ia terpakai untuk semua jenis 'penganut agama'. Agama sepatutnya dijadikan sebagai pendorong untuk kita mencegah benda2 yang negatif. Dan membantu memberikan kita semangat melakukan kebaikan. Agama tak sepatutnya digunakan sebagai alasan untuk kita mencipta permusuhan. 

Fikirlah ek. 

Nota : Isu pasal babi tue, sesiapa pun tak dizinkan copy paste dengan niat untuk menyeleweng dari maklumat sebenar ataupun mewujudkan agenda perkauman. Jika mahu menyampaikan maksud asal, ia dibenarkan dengan syarat tidak menokok tambah dan mengubah apa2 keterangan yang dinyatakan. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...