Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 15 Oktober 2013

Polis Melayu VS Pemandu Cina - Siapa Biadap, Kurang Ajar Dan Siapa Salah Sebenarnya?

Bukan stail aku stresskan isu bangsa kat sini. Tapi itulah yang terjadi sekarang. Satu video yang telah di upload oleh Js Chan telah menjadi viral di facebook dengan berpecah kepada dua fraksi. Yang cina bekap cina. Yang melayu bekap melayu. Isu2 macam neh memang akan jadi isu perkauman. Bukan sekali dua beb, banyak kali. Korang boleh imbas kembali ingatan pada kes2 yang lampau. Silakan.

Aku telah belajar dari kesilapan yang lampau. Apabila tersebarkan sesuatu isu yang mana kita sendiri tak tahu siapa betul, siapa salah, siapa yang berkata2 benar dan siapa pula yang menipu maka cara terbaik jangan berdiri di mana2 pihak sekalipun.

Isu video tue, kalau kita p dengar cerita dari geng2 cina. Mereka akan bagitau macam neh ;

1. Polis memandu secara berbahaya.

2. Tak bagi signal semasa nak membelok. Main keluar aje.

3. Dia pun hon penunggang motorsikal tersebut sebab bersikap cuai. Kat belakang dia dah la ada kereta, dia nak berhenti pun tak boleh. Polis tue pula tak ikut peraturan jalanraya, nasib baik tak kena langgar.  [Agaknya itulah sebabnya POLIS TRAFFIK cakap nasib baik tak jatuh longkang]

4. Start kena hon, penunggang motorsikal tue mengekori dia dan mendesak dia berhenti.

5. Rupanya polis. Dia pun berhenti. Pada awalnya dia tatau polis sebab polis tersebut pakai jaket, cover baju polis.

6. Polis traffic tanya kenapa dia memandu dengan melulu?

7. Dia cakap dia memandu betul aje.

8. Polis suruh keluar, dia taknak keluar. Lepas tue polis tue nak buka pintu kereta dia. Start tue dia suruh awek kat sebelah dia rakam.

9. Bila kena rakam, tetiba nada polis tue berubah jadi baik.

10. Maka start dari rakaman yang korang tengok kat sini ==> https://www.facebook.com/photo.php?v=169786263223501

Itulah kisah yang terjadi.

Kisah dari POLIS TRAFFIC tue pula ;

 

Aku tatau benda neh di screenshot dari mana. Bukan aku yang screenshot. Member admin, Alang KBSB yang screenshot. Nak bagi link pun tak boleh. Sorry.

Cuma kat sini nak bagitau, kat atas neh penjelasan dari polis itu sendiri. Cerita berbeza dari dua pihak yang berbeza beb. Nak percaya kat sapa? Itu hak masing2. Aku takmo taking side. Dengar sudah. Dan hasil pemerhatian aku dari sudut rakaman video semata2.

Pendapat aku dalam kes neh simple jek. Aku tengok video tersebut. Aku dapati polis tersebut memang bersikap cuai dalam 2 perkara. Pertama tak tunjuk kad kuasa. Lantakla dia nak percaya ko polis ke bukan ke atau apa ke, ko kena tunjukkan kad kuasa. Saya polis, minta lesen encik. Kedua, kegagalan menamakan kesalahan pemandu. Kita faham tugas polis. Antara salah satu tugas polis menahan dan menyaman mereka2 yang melakukan kesalahan di jalanraya. Bagus. Tapi kena la juga tahu menamakan jenis kesalahan. Yang neh kena study sikit la. Bidang tugas kita kan, supaya nanti bila ada orang persoalkan tugas kita, kita mampu menjawab berlandaskan undang2.

Aku juga berpendapat pemandu cina tersebut bersikap berlebih2an. Benda dah settle. Yang dia pergi upload dan kecohkan di facebook buat apa? Ada orang kata dia simpan ini sebagai bukti jika ada apa2 tindakan undang2 di kenakan ke atas dia, maka dia ada bukti. Itu yang orang kata la. Entah betul entah tidak aku pun tatau beb. Cuma kalau betul benda dah settle, yang lue lebih2 dah kenapa? Sehingga terbukti sebaliknya boleh la kecoh bagai. Aduhai.

Pada aku isu neh nak cari titik penamat senang je. Masing2 p report polis dan biar polis siasat. Jika benar polis tersebut bersikap cuai, maka ada la hukuman untuk dia. Jika benar pemandu cina tersebut fitnah polis, maka adalah hukuman untuk pemandu tersebut.

Pada yang nak taking side, korang boleh terus bergaduh macam biasa. Orang tak taking side macam aku akan jadi pemerhati aje. Lama kelamaan isu neh akan mampos dengan sendirinya sepertimana isu2 lain. Oke juga ada isu. Tak la sunyi hari2 yang di lalui beb. 

Bagi yang tidak tahu, ada juga dakwaan yang beranggapan bahawa polis tersebut nak makan curi [minta duit kopi]. Persepsi dan andaian demi andaian hadir dari pelbagai pihak dan ia tak terkawal. Cara terbaik pergi report polis dan titikkan permasalahan neh. SETTLE.

Oke bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...