Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 17 Oktober 2013

Sabah, Sarawak Mahu Keluar Dari Malaysia Selepas Di Sarankan ISMA.

ISMA yang tersangatnya cerdik. Sikit2 halau orang, sikit2 halau orang. Penduduk Sabah dan Sarawak kalau dah dihalau keluar dari Malaysia mereka bukan akan keluar terus dari Malaysia sebaliknya mereka akan kekal berada di Sabah dan Sarawak dan menggunakan isu neh untuk membuatkan Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Tak faham ke yang SABAH + SARAWAK + TANAH MALAYA membentuk Malaysia. Suruhanjaya Cobbold 1962 ketika itu memutuskan yang penduduk SABAH dan SARAWAK mahu bersekutu dengan tanah melayu. Tapi selepas 50 tahun berlalu tetiba ko halau orang Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Malaysia, cerdik ke tak cerdik tue?

Sabah + Sarawak = dipelawa menyertai Malaysia.

Selepas 50 tahun, orang2 kristian yang tidak bersetuju pasal penggunaan kalimah Allah di Malaysia boleh keluar dari Malaysia.

Maksud keluar dari Malaysia kat sini pada orang2 Sabah dan Sarawak ialah = SABAH + SARAWAK dikeluarkan dari persekutuan Malaysia sebab selama neh SABAH + SARAWAK menyertai Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.

Faham tak?

Tak faham2 boleh la pergi borak2 dengan orang Sabah atau Sarawak. Korang neh kalau nak bagi hujah pun biarlah bersesuaian. Ada ke disuruh orang keluar dari negara. 

Aduhai, ISMA oo ISMA..

BTW, di Sabah dan Sarawak, mereka ada perjanjian pasal agama dan lain2. Jadi jangan pandai2 cakap apa yang berlaku di semenanjung [semangat racist] juga berlaku di Sabah dan Sarawak. Orang2 islam di Sabah dan Sarawak menerima baik penggunaan kalimah Allah dalam bible dan bible bahasa melayu. Tiada masalah pada mereka sebab itulah yang berlaku selama bertahun2. 
 
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) telah menyeru masyarakat Kristian Malaysia untuk menerima keputusan Mahkamah Rayuan mengharamkan penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh mingguan Katolik The Herald.
Katanya, mereka sentiasa boleh mempertimbangkan berhijrah jika tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
Pelawaan Isma disambut baik oleh rata-rata penduduk Sabah dan Sarawak yang ingin menyatakan hasrat untuk keluar dari Persekutuan Malaysia yang diluahkan dalam Facebook mereka.
“Itu yang sebaiknya. Keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Suruh Isma buat kertas cadangan. Hantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Harry Nelson J. Seliang.
Daniel Aishiteru pula berkata,”Malaysia- bawah Thailand, atas Singapura manakala Sabah & Sarawak dalam pulau Borneo.Jauh panggang dari api bah….memang kita layak keluar. Jangan tunggu lagi…”
“Peluang sudah Isma bagi. Sabah Sarawak bantah isu kalimah Allah, keluar Malaysia. Kita tak payah sain sain surat tak susah payah gaduh mulut. Bagus lah idea Isma bagi nih,” ujar Philip Harry Son
Beberapa orang tidak merasakan, Malaysia tidak bermakna sudah bagi mereka.
“Saya di Borneo bukan di Malaya. Saya tidak mahu bah Malaya,” ujar Collin Ontak
Gafpelz Blizt Ridexz pula berkata, “Kita bantah perkauman… Mereka semua nak keluarkan kita jadi teruskan… Lebih cepat lebih bagus.. Tak payah nak peduli bah. .Tolong keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia….Kami sedia utk keluar!”
Eva Claude menambah, “Siapa tahu Tuhan sedang bagi jalan sama Sabah Sarawak keluar Malaysia,”

Rujukan :  http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/10/17/pelawaan-isma-disambut-baik/

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...