Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 19 Oktober 2013

Kritikan, Persoalan Dan Janji Yang Tidak Tertunai Oleh PAS Kelantan. - MB Kelantan Sila Jawab.

Wowwwww


Aku suka betul dengan point2 yang di utarakan. Pembangkang kepada pembangkang macam neh la yang membuatkan pembangkang di Malaysia tak senang duduk. Kalau pembangkang macam UMNO dan BN, lembu pun lagi terer dari mereka. Setakat fitnah dan maki hamun sesiapa pun boleh.

KAH KAH KAH

Harap perkara ini diberikan perhatian sewajarnya dari pihak PAS Kelantan. Mohon baca slow2 dan fahamkan betul2. Mohon jangan nak keluarkan statement berbaur serangan lepas neh. 

Anggap je la awak bagi service dan customer memberikan feedback hasil dari service tersebut. Simple as that.

Baca bawah ;

Penulisan oleh Profesor Muhammad Agus Yusof.

Klik nama prof tue untuk direct ke fb dia oke. 

Aku sunting beberapa perenggan yang tidak perlu supaya tidak kelihatan terlalu panjang oke.

PENGURUSAN KERAJAAN TEMPATAN

1. Kebersihan bandar teruk sangat. Kutipan sampah sarap tidak terurus. Cadang 
sediakan banyak tong sampah dan belikan lori sampah. 

 
2. Tandas awam kotor dan tidak terurus. Tidak menggambarkan Kelantan
sebagai sebuah negeri Serambi Mekah.

 
3. R&R Gua Musang kotor sebagai tempat makan dan singgahan. Tandasnya juga
tidak terjaga. Tidak sesuai untuk dijadikan sebagai pintu masuk ke Kelantan.

 
4. Tempat buang sampah dan tong sampah di bandar-bandar tidak disediakan.

 
5. Restoran dan kedai makan kotor. Contohnya, medan selera belakang pantai 
timur. Tempat makan memang ramai, tetapi persekitarannya tidak bersih dan
penuh dengan tikus dan lalat. Tempat parkir juga teruk dengan jalan yang 
berlubang hingga apabila hujan, air bertakung.

 
6. Sistem perparitan bandar yang kotor dan tersumbat dan berbau busuk. Apabila
hujan pula, air mudah melimpah jalan. Lihat HUSM.

 
7. Papan tanda yang uzur. Mohon kerajaan negeri melengkapkan papan 
tanda di jalan-jalan utama, khususnya pintu masuk ke Kelantan seperti di Gua
Musang.

 
8. Ceriakan landskap Kota Bharu dan bandar-bandar utama. Sekurang-kurangnya
tanamlah rumput di sepanjang jalan dan bersihkan kawasan tepian jalan secara 
berkala, terutamanya di laluan utama yang sentiasa dilalui oleh pengunjung 
luar. Misalnya, di Kota Bharu, tidak ada pokok-pokok bunga yang sedap mata 
memandang. Kalau ada pun sedikit sahaja dekat dengan bulatan jam saja. Di 
Rantau Panjang paling kotor dengan sampah yang bersepah.

 
9. Kerajaan negeri perlu perbaiki kelemahannya jika mahukan rakyat membayar 
cukai pintu dan lainnya.

 
10. Perancangan bandar lemah dengan pembinaan rumah dan taman
perumahan yang tidak tersusun.

 
11. Kerajaan negeri perlu sediakan ruang penjaja kecil yang lebih tersusun, selesa
dan kemas kerana kawasan pasar Siti Khadijah sudah padat. Bersihkan juga 
kipas angin dan longkang di Pasar Siti Khadijah.

 
12. Sediakan tong sampah bagi setiap taman perumahan. Rakyat tidak puas hati 
kerana cukai pintu kena bayar, tapi tong sampah dan lampu jalan tidak 
disediakan.

 
13. Rakyat cadangkan penguatkuasaan ke atas kebersihan dilakukan seperti di 
Singapura. Mesti saman biarpun RM5. 

 
14. Untuk menangani kebersihan, usaha terapkan pendidikan di kalangan
masyarakat (contoh melalui kuliah agama, khutbah Jumaat, roadshow ke 
sekolah-sekolah) dan tindakan penguatkuasaan. 

 
15. Wajibkan setiap premis perniagaan mempunyai tong sampah yang standard 
untuk diletakkan di luar premis.

AGAMA

 
1. Masjid tidak ada penjagaan.

 
2. Tandas masjid kotor.

 
3. Masjid dikelilingi dengan pengemis dan tidak ada tindakan yang diambil seperti 
Masjid Muhamammadi. 

POLITIK

 
1. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk menunjukkan 
komitmennya dalam melaksanakan hudud?

 
2. Apakah langkah yang diambil untuk merapatkan hubungan ulama dan 
profesional dalam pentadbiran kerajaan negeri sekarang?

KEBAJIKAN SOSIAL

 
1. Pengemis yang ramai, mengapa tidak ambil tindakan? Mana Jabatan kebajikan 
masyarakat? Mana wang zakat?

PERUMAHAN RAKYAT

 
1. Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk melaksanakan 
agenda perumahan rakyat? Apa kemajuannya setakat ni?

 
2. Selain rumah kos rendah, kerajaan negeri perlu juga beri perhatian pada rumah 
kos sederhana. Jangan hanya bina projek kondo mewah, tetapi bina juga 
apartmen di bawah 150k.

 
3. Rakyat mengeluh kerana harga rumah di Kelantan juga tinggi seperti di Kuala 
Lumpur.

 
4. Rakyat mahu tahu berapa projek preumahan yang telah dilaksanakan oleh 
kerajaan negeri setakat ini dan projek perumahan yang sedang dibina pada 
tahun 2013 dan akan dibina pada tahun berikutnya?

MASALAH AIR

 
1. Bila kerajaan negeri mahu selesaikan masalah air rakyat? Apa tindakan yang 
telah diambil setakat ini?

 
2. Kerajaan sediakan tangki air kepada rakyat supaya bila tidak ada air, setiap 
rumah sudah ada simpanan air di tangki.

 
3. Tindakan untuk mengatasi masalah air berkarat dan juga tekanan air yang 
perlahan.

 
4. Bilakah masalah air di Kelantan akan dapat diatasi oleh kerajaan negeri?


PENGANGKUTAN DAN LEBUH RAYA RAKYAT

 
1. Sejauh mana kerajaan negeri serius untuk menyiapkan lebuh raya rakyat? Ini 
kerana tidak ada peruntukan dalam bajet 2014. Jika kerajaan tidak ada 
peruntukan untuk siapkan lebuh raya rakyat, mengapa tidak beri kepada 
syarikat swasta untuk siapkannya dengan bayaran tol dikenakan kepada rakyat?

 
2. Mencadangkan kerajaan negeri membuka tender tol, tetapi tender tersebut 
hendaklah telus dan tidak dirahsiakan dari pengetahuan rakyat. Jika tendernya 
telus, rakyat sanggup untuk membayar tolnya.

 
3. Rakyat mohon kerajaan sediakan laman web yang up-to-date untuk 
melaporkan perkembangan lebih raya rakyat.

 
4. Jika kerajaan negeri tidak mampu untuk menyiapkan lebuhraya rakyat 
sekarang, mohon buat bypass di persimpangan lampu isyarat Gua Musang-Kota 
Bharu dan persimpangan lampu isyarat Guchil kerana inilah punca kesesakan.

 
5. Kelantan perlukan road map jangka panjang untuk kemudahan pengangkutan 
awam rakyat. Selain jalan menghubungkan antara bandar ialah mengatasi 
kesibukan di bandar Kota Bharu. Apa tindakan kerajaan negeri setakat ini 
untuk mengatasi masalah kesesakan ini?

 
6. Kerajaan negeri perlu campur tangan dalam sistem bas ulang alik. Sudahlah 
perkhidmatannya sejam sekali, waktu pun tidak tepat dan ini membazirkan 
waktu. 

 
7. Mohon kerajaan negeri bina satu lagi jambatan menghubungkan Machang-
Tanah Merah atau hidupkan semula Jambatan Kusial.

 
8. Minta kerajaan negeri baiki banyak jalan yang rosak.

 
9. Minta kerajaan negeri baiki dan tingkatkan jalan Kota-Bharu-Pasir Puteh.

 
10. Minta kerajaan negeri buat flyover dari pejabat kerajaan negeri Kota Darulnaim 
melepasi Wakaf Che Yeh sampai ke traffic light Tendong bagi mengelakkan 
kesesakan dekat kawasan Wakaf Che Yeh.

 
11. Gaji pekerja Jurutera Perunding Zaki (JPZ) yang tidak dibayar hingga sekarang. 
Seminggu sebelum Aidil Fitri, gaji dibayar separuh bagi bulan Januari dan tidak 
dibayar lagi sejak Januari hingga Mei. Sudah berapa kali pekerja berjumpa 
pihak berwajib, tapi tidak selesai. Surat terbaru dari Baldah Toyibah lagi 
menyakitkan hati pekerja JPZ, nampak sangat mereka tidak hendak bayar baki 
gaji (hal ini telah saya nyatakan secara khas kepada MB dan TMB. Jawapan 
MB dan TMB memuaskan hati saya).

PENDIDIKAN

 
1. YIK kekurangan guru terlatih dan tidak terlatih.

 
2. Bilakah hendak selesaikan masalah guru kontrak yang telah bekerja melebihi 
lima tahun dengan YIK?

 
3. YIK perlu tubuhkan sekolah vokasional Islam

 
4. Kerajaan negeri sediakan kolej teknikal supaya dapat memahirkan anak-anak 
Kelantan untuk memenuhi jawatan-jawatan profesional.

 
5. Kerajaan negeri wujudkan satu maahad tahfiz sains bagi setiap daerah dengan 
memulakannya sejak dari sekolah rendah lagi.

 
6. Minta YIK tingkatkan dua perkara: infrastrukur sekolah agama rakyat yang 
terlalu daif dan meningkatkan lagi sistem pembelajaran yang lebih baik supaya 
setanding dengan sekolah-sekolah kerajaan.

 
7. Mohon kerajaan buat pemantauan yang agresif ke atas kemudahan 
infrastruktur sekolah-sekolah YIK dan juga sistem pengajaran dan 
pembelajarannya.

 
8. Bagaimana dengan status sekolah agama negeri (SAN) dan SAR? Masih 
terbuka lagi ke untuk diserap ke status SABK (sekolah agama bantuan 
kerajaan). Ramai yang mengeluh dan tertanya-tanya apa sebabnya masih tidak 
diserah?

KEWANGAN NEGERI

 
1. Apa tindakan dan strategi kerajaan negeri untuk meningkatkan pendapatan 
kerajaan negeri tanpa hanya bergantung kepada hasil balak dan hasil sedia 
ada? Rakyat tidak mahu lagi mendengar alasan kerajaan negeri tidak boleh 
uruskan pembangunan negeri kerana masalah dengan kerajaan pusat atau 
tunggu duit royalti sahaja.

 
2. Bagaimana dengan status pengunaan Dinar dan Dirham serta pencairannya? 
Rakyat yang menyimpannya mengadu kerana simpanan mereka masih belum 
dapat dicairkan untuk keperluan harian. Mereka membeli masa harganya tinggi 
dan sekarang, KGT sendiri pun tidak berusaha untuk mempromosikan 
penggunaannya lagi. Duit simpanan dilaburkan ke situ, tetapi tidak boleh 
digunakan. Apabila Dinar mahu dicairkan dengan wang kertas dengan wakil 
PMBK, ia mengambil masa yang sangat lama untuk dilunaskan. Mereka dakwa 
Dinar yang diserahkan kapada wakil PBMK untuk dicairkan telah disimpan 
sebagai stok kerajaan negeri untuk keperluan kerajaan negeri. Di Kota Bharu, 
belum ada satu pun kedai yang mahu menerima Dirham untuk belian barangan. 
Kalau ditanya pada KGT, jawapan mudah yang diberi adalah tidak tahu, dan 
banyak kali panggilanpun tidak dijawab (hal ini telah saya nyatakan secara khas 
kepada MB dan TMB. Saya sendiri masih kabur dengan jawapannya). 

PELANCONGAN

 
1. Apa tindakan kerajaan negeri untuk menarik pelancong luar ke Kelantan?

 
2. Mengapa kerajaan negeri tidak menjaga tempat rekreasi sehingga Kelantan 
yang kaya dengan ekopelancongan sepi aktivitinya? Contoh Pantai Sri Tujuh, 
siapa yang menyelia kawasan ini kerana pantainya kotor dan tidak terurus?

 
3. Apa rancangan untuk memajukan tanah tinggi lojing menjadi kawasan 
pelancongan seperti Cameron Highlands? Mengapa tidak dibuka ladang sayur 
dan strawberi serta menyediakan kemudahan hotel untuk penginapan?

 
4. Rakyat mahukan tempat rekreasi yang boleh dikunjungi seisi keluarga. Jika 
adapun sudah terabai seperti zoo di Kuala Krai, hutan lipur Bukit bakar, Jeram 
dan lainnya. Selain itu, surau dan tandas yang ada di kawasan ini kotor sekali 
sehingga tidak tergamak menggunakannya. Mengapa kolam air panas Tok Bok 
tidak dimajukan macam kolam air panas di Baling, Kedah? 

 
5. Mohon jadikan kawasan Tok Bali betul-betul sebagai pusat pelancongan.

 
6. Mengapa kerajaan Kelantan tidak membangunkan flora dan faunanya? Melaka 
telah menggunakan setiap inci dan ruang yang ada untuk menambah daya 
tarik ke negerinya. Ada Jeram Pasu, Jeram Linang dan lainnya. Jika tidak 
mampu usahakan, kenapa tidak diswastakan?

 
7. Majukan kelebihan yang ada seperti kebudayaan dan kesenian.

 
8. Beca adalah salah satu keunikan Kelantan, namun semakin pupus kerana 
pendapatannya tidak seberapa. Mengapa tidak menjadikan beca sebagai ikon 
Kota Bharu seperti di Penang dan Melaka? Mengapa tidak sediakan sedikit 
peruntukan untuk penarik beca ini menghias beca mereka dan sediakan 
kawasan khas untuk mempromosikan beca mereka?

PERINDUSTRIAN

 
1. Apakah sektor perindustrian tempatan yang kerajaan Kelantan bangunkan 
sekarang ini? Bagaimana dengan industri pertukangan, perak, emas, wau 
bulan, batik dan lainnya? 

 
2. Apakah strategi yang diambil oleh kerajaan negeri untuk membangunkan 
teknologi industri pertanian?

 
3. Apakah plan infrastruktur untuk masa depan pembangunan perindustrian di 
Kelantan? 

 
4. Apakah strategi kerajaan untuk menarik pelabur domestik atau asing? Mengapa 
permohonan serius dari pelabur untuk memohon bantuan kerajaan negeri 
sukar dilayan dan mendapat kelulusan? Kesan kelembapan pengurusan 
kerajaan negeri ini ialah berlakunya brain drain.

 
5. Tingkatkan industri pembuatan budu dan keropok, jika boleh dipasarkan 
sehingga ke Eropah. Thailand jual budunya sehingga ke Eropah dan Amerika.

 
6. Rakyat mahu tahu program-program yang dirancang berkaitan dengan 
pembangunan usahawan dan keusahawanan.

 
7. Mengapa kerajaan negeri tidak gunakan teknologi tinggi untuk industri 
perkapalan di Tok Bali bagi membolehkan nelayan kita guna kapal besar untuk 
ke laut. Ramai anak muda Kelantan berkebolehan dalam bidang bina kapal 
dan penyelenggaraan. 

 
8. Bagaimana dengan perkembangan industri gelatin halal?

 
9. Berapakah projek industri yang ada dalam perancangan kerajaan negeri dan 
berapakah bilangan pekerjaan yang boleh diwujudkan dari perindustrian ini?

SUKAN DAN BELIA

 
1. Apakah dasar sukan kerajaan negeri untuk meningkatkan sukan negeri supaya 
boleh cemerlang di peringkat negara?

 
2. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan aktiviti belia?

 
3. Apakah perancangan negeri untuk mewujudkan taman rekreasi di setiap 
bandar bagi membolehkan anak muda dan warga tua berehat dan berjogging?

 
4. Apa tindakan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah gejala dadah yang 
teruk dalam kalangan kaum belia? Masalah dadah jangan dilepaskan 
tanggungjawabnya kepada kerajaan pusat sahaja. Kerajaan negeri juga perlu 
ikhtiar dengan memberi penerangan/kerjasama atau buat program untuk belia. 

 
5. Mana janji kerajaan kepada Persatuan Bola Keranjang (KBA) untuk membina 
sebuah gelanggang bola keranjang awam untuk rakyat Kelantan? Janji ini 
diberikan oleh Exco negeri berkaitan pada waktu itu. 


Rujuk link. https://fbcdn-
sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos
akprn1/35436_121767067866367_7201114_n.jpg; 

 
http://www.sinarharian.com.my/cmlink/sinar-harian/edisi/kelantan/sedia-bina-
stadium-baru-1.3056; dan http://www.sinarharian.com.my/cmlink/sinar-
harian/edisi/kelantan/sedia-bina-stadium-baru-1.3056) (Saya menyatakan hal 
ini secara khusus kepada MB dan TMB. Kerajaan negeri akan melihat semula 
hal ini).

PERTANIAN DAN PENTERNAKAN

 
1. Apakah projek pertanian di tanah lojing?

 
2. Apakah dasar projek pertanian untuk menyediakan keselamatan makanan 
kepada rakyat Kelantan?

 
3. Bagaimana status projek kambing jamnapari?

 
4. Bagaimana dengan projek padi organik?

 
5. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk membantu petani supaya menjadi 
lebih efektif?

PERHUTANAN, TANAH DAN GALIAN

 
1. Bagaimana dengan status lombong bijih besi yang kononnya mempunyai rezab 
sebanyak 2 billion Ringgit? Rakyat mahukan penjelasan kepada dakwaan YB 
Husam ini.

 
2. Rakyat minta kerajaan negeri bersikap telus dalam soal pemberian konsesi balak 
kerana maklumat dalaman mengatakan walaupun berlainan nama syarikat, 
tetapi sebenarnya hanya 2 ,3 org Cina sahaja yang sama membolotnya.

 
3. Apakah inisiatif kerajaan untuk membangunkan tanah-tanah terbiar di 
Kelantan, lebih-lebih lagi tanah yang dahulunya adalah bekas penanaman padi? 

 
4. Mengapa saban tahun tempat yang sesuai untuk menanam padi digantikan 
dengan bangunan? Mengapa tidak ambil model contoh Kuala Selangor?

 
5. Mengapa kompleks perkayuan Kelantan selalu rugi? Apakah tindakan kerajaan 
negeri untuk mengatasi kerugian ini?

 
6. Bagaimana dengan status hutan simpan gunung Stong yang dimohon untuk 
milikan oleh penduduk? Dahulunya kerajaan kata tanah tersebut boleh 
dipohon untuk milikan.

 
7. Bagaimana dengan perkembangan perlombongan emas di Sokor, Kuala Krai 
dan Gua Musang serta bijih besi di Felda Kemahang,Temangan dan Gua 
Musang?

 
8. Mengapa wujudnya sehingga lebih 200 perlombongan pasir yang terlalu 
banyak di sepanjang Sungai Kelantan? Akibatnya, berlaku beberapa kesan 
negatif seperti hakisan, pencemaran, merendahkan paras sungai dan suburnya 
amalan rasuah kepada pihak penguatkuasa PTG. Rakyat mohon kurangkan 
lesen-lesen perlombongan pasir ini kerana ia menyebabkan ekosistem sungai 
hancur.

 
9. Sejauh manakah kerajaan negeri mengadakan perundingan dengan peladang 
besar yang mempunyai lebih 200 ekar ke atas untuk meningkatkan 
pendapatan hasil negeri? 

 
10. Mohon kerajaan negeri mengkaji semula kedudukan tanah terbiar laluan TNB 
semasa LLN dulu. Tanah berkenaan tidak dibayar LLN, hanya pampasan hak 
laluan sahaja yang diberi. Sepatutnya TNB membayar semula tanah ini 
mengikut harga semasa atau dikenakan terus pungutan hasil kepada TNB.

 
11. Bagaimana dengan dasar dan polisi pemilikan tanah di Jajahan Kuala Krai, 
Mukim Enggong secara khususnya? Ini kerana dasar kerajaan hanya 
membenarkan satu nama sahaja di atas mana-mana lot dan tidak 
membenarkan tanah-tanah di sini dipecah lot walaupun ia mempunyai 
keluasan untuk dibahagi. Isu ini akan menjadi masalah besar apabila ia 
melibatkan pembahagian harta pusaka dan akan menjadi lebih rumit apabila 
melibatkan generasi kedua dan ketiga. 

 
12. Apakah status sebenar royalti minyak yang dikatakan milik kerajaan Kelantan? 
Rakyat minta kerajaan neegri menyediakan laman web khusus untuk 
melaporkan perrkembangan tentang hal ini.

 
13. Apakah langkah kerajaan negeri untuk memastikan pengeluaran bijih besi 
dikawal selia supaya tidak berlaku penipuan oleh pemaju? Mencadangkan 
supaya wujudkan mekanisme untuk pihak berkuasa tempatan atau kastam 
memantau proses pemindahan hasil bumi keluar dari Kelantan.

 
14. Pengeluaran bijih besi sekarang dieksport 100% keluar negara dan ini 
merugikan kerana kerajaan negeri hanya mengutip royalti sahaja. 
Mencadangkan supaya diwujudkan satu industri berkaitan besi dengan 
mensyaratkan supaya 30% daripada pengeluaran diproses dalam negeri dan 
eksport yang sudah siap. Pelabur juga disyarat mewujudkan satu kilang 
pemprosesan bagi menyediakan satu industri baru dan membuka peluang 
pekerjaan kepada rakyat.

 
15. Apakah betul bijih besi yang bercampur tanah telah dieksport melalui 
pelabuhan Tok Bali? Sekiranya ini benar, maknanya kita telah bersetuju 
menjual tanah kita kepada orang luar. Dalam konteks ini, kerajaan negeri 
dicadangkan memikirkan satu kaedah supaya yang dieksport ini adalah 100% 
bijih besi sahaja. Teknologi pengasingan ini telah dibina di Teluk Kalung, 
Kemaman dan ianya sepatutnya digunakan juga di Kelantan.


PENTADBIRAN DAN GOVERNANS 

 
1. Rakyat tidak puas hati dengan tadbir-urus dan ketelusan dalam membuat 
keputusan. Misalnya, rakyat mahukan sebarang kenaikan kos atau tarif di 
bawah bidang kuasa kerajaan negeri diumumkan terlebih dulu sebelum 
dilaksanakan untuk menunjukkan ketelusan kerajaan.

 
2. Sistem tender kerajaan perlu telus. Ikut Pulau Pinang yang menggunakan 
sistem tender terbuka, tapi Kelantan masih dengan sistem runding terus. 
Contohnya, pembinaan lebuhraya rakyat.

 
3. Rakyat minta kerajaan mewajibkan semua YB-YB terutamanya yang 
memegang jawatan di kerajaan negeri untuk mengisytihar harta masing-
masing. Jangan hanya pandai berceramah menggunakan cerita Khalifah Umar 
Abdul Aziz dan minyak kereta kerajaan jika pengisytiharan harta pun tidak 
berlaku. 

 
4. Rakyat mahu tahu tentang kewajaran kerajaan negeri yang hanya memilih 
calon dari kalangan anak beranak dan suku sakat saja dalam menjawat setiap 
jawatan kosong yang diwujudkan. Kata rakyat, iklan jawatan kosong ada siap 
dengan jual borangnya sekali, tetapi akhirnya calon menunggu dari keluarga 
sendiri sudah ada. Jika begitu, apa gunanya iklankan jawatan kosong jika 
sudah ada calon?

 
5. Kerajaan negeri perlu tubuhkan Jawatankuasa Hibah bagi 
meningkatkan ketelusan dalam pentadbirannya seperti kerajaan Pulau Pinang 
yang ada CAT dan Selangor yang ada SELCAT.

 
6. Pentadbiran Tanah dan Jajahan perlu dipertingkatkan untuk melicinkan 
perkhidmatan kepada rakyat dan menambahkan hasil negeri. Pejabat 
Penggawa perlu diperkasa bukan ditutup. Pengurusan tunggakan hasil tanah 
perlu diserahkan kepada penggawa seperti masa Dato`Asri dulu. 

 
7. Pentadbiran tanah di peringkat mikro seperti pecah sempadan, pecah 
bahagian dan permohonan tanah baru diserahkan kepada Pejabat Penggawa. 
Satu badan pemantau perlu ditubuhkan kerana ada JET (Jawatankuasa Hal 
Ehwal Tanah) yang opportunis. Contohnya, di mukim Meor Long Jeli, ada 
tanah lebih 100 ekar diluluskan kepada individu, sedangkan had sebenar yang 
boleh diluluskan adalah 50 ekar sahaja.

LAIN-LAIN

 
1. Bila YB Dato' MB (dan Exco) hendak bertemu mata dan adakan dialog bersama 
dengan anak-anak Kelantan di Lembah Kelang?

 
2. Tubuhkan sebuah entiti ilmuan seperti Majlis Profesor Negeri atau lain-lain demi 
memerah idea cendikiawan untuk membangunkan Kelantan. 

 
3. Lantik penasihat ekonomi kerajaan Kelantan.

 
4. Bagaimana hubungan-pusat negeri?

 
5. Apakah keajaan negeri mempunyai rancangan untuk memperkenalkan insurans 
perubatan kepada kakitangannya supaya mereka boleh ke klinik swasta untuk 
mendapatkan perawatan kerana mutu perkhidmatan dan masa menunggu di 
klinik dan hospital kerajaan adalah lama.

 
6. Sebelum pilihan raya, wisma Tok Guru dirasmikan di Kmpung Padang Pak Amat 
Pasir Puteh, namun sehingga kini hanya rumput yang makin panjang. Apa 
perancangan kerajan negeri untuk Wisma ini? Mengapa tidak digunakan Wisma 
ini?

 
7. Rakyat mahu kerajaan negeri tetapkan gaji minimum untuk mereka yang 
bekerja di kedai makan dan juga pasaraya. Ini kerana gaji di Kelantan sangat 
rendah berbanding dengan gaji di negeri lain, hatta lebih murah dari bandar 
Kuala Terengganu dan Kuantan.

 
8. Bagaimana dengan perkembangan projek stadium?


CADANGAN
 
1. Adakan makmal bagi setiap portfolio untuk merangka strategi membangunkan 
negeri. Jemput sama pegawai kerajaan berkaitan dan juga pemimpin UMNO 
untuk membincangkan hal ini.

 
2. Kerajaan negeri memperkasakan bahagian komunikasi korporatnya supaya 
aduan rakyat dapat dijawab dengan cepat oleh kerajaan negeri. Laman web 
juga perlu ditingkatkan untuk membolehkan kerajaan negeri berhubung 
dengan rakyat di alam maya. 

Selamat membaca. Sekian, terima kasih.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...