Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 30 Jun 2013

Hakim Kes Kugan Di Desak Letak Jawatan ?


Baru2 neh agensi PDRM dan KPN telah pun diarahkan untuk membayar gantirugi terhadap keluarga mendiang A.Kugan apabila hakim memutuskan bahawa agensi PDRM dan kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku ke atas A.Kugan ketika berada dalam tahanan polis.

Ingat.

Nama pun suspect. Kita tak boleh menolak kemungkinan bahawa Kugan tidak bersalah sepertimana kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa Kugan mungkin bersalah dalam jenayah yang dihadapkan ke atasnya.

Sebab itu suspect kena hidup. Ia bagi menjaga keadilan untuk suspect dan juga bagi menjaga keadilan untuk PDRM itu sendiri.

Bila suspect mati, usah kata keluarga suspect, dengan PDRM2 sekali kelam kabut. Dan lebih teruk, PDRM tak mengambil iktibar dari apa yang dah berlaku pada tahun 2009. Kes kematian suspect dalam tahanan terus meningkat bahkan lebih mengejutkan pada bulan [June] ini sahaja 4 suspect dalam tahanan mati secara berturut2 meskipun pada minggu yang berbeza sehingga mencetuskan persoalan kepada masyarakat.

Kaitan antara mereka dadah.

Boleh jadi PDRM disabotaj.

Sebab tue PDRM kena tingkatkan kawalan keselamatan dalam balai polis. Bila suspect mati dalam tahanan, for sure la PDRM kena tanggung persepsi negatif. Ini memang logik. 

Sebab?

Mereka hanya suspect. Bukan terbukti penjenayah. Oleh kerana mereka hanyalah suspect maka ada harapan dan peluang bahawa mereka mungkin bukan penjenayah sebenar. 

Berbalik pada cerita A.Kugan, selepas dua hari hakim mengarahkan agar KPN dan semua pihak yang dinamakan oleh keluarga A.Kugan, membayar gantirugi berjumlah RM800,000.00 <== menggunakan wang pembayar cukai, hakim yang mengendalikan kes itu mengumumkan akan bersara.

Baca bawah neh sat ;

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham, yang sangat dihormati rakan sejawatan atas dedikasi dan komitmen beliau dalam menegakkan keadilan sistem kehakiman, bersara pada hari jadi ke-65nya, Jumaat.
Berita persaraannya memeranjatkan ramai pengamal undang-undang termasuk staf beliau yang mengaku mereka langsung tidak mengetahui perkara itu apabila ditanya oleh pemberita mengenai persaraan Singham.
Menurut Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, persaraan Singham pada usia 65 tahun adalah persaraan wajib kerana Singham memilih untuk bersara pada usia itu ketika usia persaraan wajib bagi hakim dinaikkan kepada 66, beberapa tahun lepas.
Seorang pekerja kanan beliau yang enggan namanya disiarkan, menggambarkan Singham sebagai seorang perahsia yang tidak mahu persaraannya diheboh-hebohkan.
Ditanya sama ada penghakimannya pada Rabu lepas mengenai kes A. Kugan ada kaitan dengan keputusan Singham untuk bersara, pekerjanya itu berkata: "(Sebab)mengenalinya, saya ragu-ragu kes itu ada kena-mengena dengan keputusan beliau."
Seorang lagi pekerjanya berkata Singham tiba di pejabatnya pada pukul 7 pagi dan adakalanya lebih awal.
"Beliau mungkin meninggikan suara kepada peguam di mahkamah tetapi amat jarang terhadap kami. Beliau cuma mahu stafnya cekap dalam mengendalikan tugas yang diserahkan dan belajar daripada kesilapan," kata pekerja itu.
Penghakiman terakhir Singham ialah pada hari Rabu lepas apabila beliau memberi award lebih RM800,000 sebagai bayaran ganti rugi kepada seorang suri rumah, susulan kematian anak lelakinya A. Kugan ketika dalam tahanan polis pada Januari 2009.
Dalam penghakimannya, Singham memutuskan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Ibrahim (ketika itu Ketua Polis Selangor) bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan di dalam pejabat awam.


Bersara secara tiba2. Mengejutkan. Mungkin nak buat surprise pada rakan2 sekerja. Atau boleh jadi, kerana dia merancang mahu bersara pada hari jadinya, maka dia buat satu keputusan yang tepat bagi membela nasib A.Kugan.

Hehe.

Apa pun kita sebenarnya kena fikirkan isu yang lebih penting dari isu persaraan hakim dalam kes neh. Jumlah wang gantirugi RM800,000.00 bukan satu jumlah yang kecik. Dan wang2 tersebut diperolehi dari pembayar cukai.

Sampai bila PDRM harus membiarkan perkara ini berleluasa? Itu belum lagi beberapa kes saman yang PDRM hadapi ketika ini termasuklah saman dari keluarga Aminul Rashid yang bakal memberikan kesan mendalam kepada masyarakat dan PDRM apabila suspect yang berusia 15 tahun mati ditembak bertubi2 oleh PDRM.

Akhirnya kita yang menjerit bagai nak rak kat bawah neh ialah kita juga yang kena membayar kepada semua keluarga2 mangsa yang terjejas akibat kecuaian yang wujud dalam agensi PDRM.

Sampai bila? Bukan hanya keluarga mangsa je menjadi mangsa, actually kita neh pun mangsa gak.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...